From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Thursday 29 October 2009

Lapangkan Dada Anda Dengan BerUzlah

Maaf, kerana tidak update blog ini.. kepada Anonymous yang bertanya "tentang duit monetary yang kita pakai skrang nih pun riba' camner?". InsyaAllah, saya akan jawab dalam bentuk post. Masa yang mencemburi saya dan tindakan hambaNya yang terbatas, saya tidak jadikan alasan untuk 'berhenti'. Dikesempatan ini saya sempat menaip semula dari sebuah buku. Sekadar perkongsian semata-mata


Mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunnah Rasul adlah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak waktu kosongnya, orang-orang yang lalai, dan orang-orang yang senang membuat huru-hara. Dengan begitu, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih, dan anda akan merasa leluasa dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.

Mengasingkan diri(‘uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli pengubatan hati. Banyak cara untuk menjauhikan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Diantaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dengan kaedah “takut kepada Allah”, dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan zikir. Betapapun, perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut dikunjungi adalah yang digunakan untuk menjalankan solat berjamaa’ah, menuntut dan mengajarkan ilmu, atau untuk saling membantu dalam kebaikan. Maka dari itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula berguna! Jaga kesucian kulit anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda! Semoga, dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Sebabnya, melakukan hal itu berti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar bohong, peramal bencana dan petaka. Dan itu, akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benar mati. Maka …..

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antara kamu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
(At-Taubah: 47)

Atas dasar itu, harapan saya satu-satunya adalah supaya anda menjalani apa pun keadaan anda, tetap menyendiri di “bilik” anda dan hanya keluar untuk berkata atau bernuat baik saja. Pada saat seperti itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari menggunjing (ghibah), hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauh dari ucapan kotor, dan jiwa anda bebas darai berburuk sangka.

Siapa pun yang selalu mencuba pasti akan mendapat pengetahuan. Siapa pun yang membiarkan jiwanya bersama keragu-raguan dan bercampur-gaul bersama orang awam, maka katakanlah: “Alaihissalam!” (Semoga dia mendapat keselamatan)

Monday 19 October 2009

Seminar Ilmiah Minggu Ini

Seminar: Sisters In Islam - Pembela atau Perosak Wanita?

Satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat lanjut seperti berikut:


Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Dewan Serbaguna, Jalan 51A/227, Petaling Jaya, Selangor DE
Masa: 9.00 Pagi - 1.30 Petang

- Masuk Adalah Percuma, Semua Dijemput Hadir -


Friday 16 October 2009

Keadilan Menurut Ibn Taimiyah

Allah menolong negara yang adil walaupun (negara itu) kafir dan tidak akan menolong negara zalim walaupun negara itu Mukmin [Syaikhul Islam Ibn Taimiyah].

Kenyataan di atas adalah benar pernyataan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dalam salah satu kitabnya, Majmu 'al-Fatawa (VI/322).

Pertanyaannya adalah, apa makna sebenarnya dari pernyataan tersebut? Benarkah bagi Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah-dengan ungkapan tersebut-sistem yang tidak islami atau sistem Islam itu bukanlah suatu hal pentinh dan yang penting adalah keadilan? Bolehkah ungkapan di atas dijadikan hujjah bagi kebolehan bermusyârakah dengan sistem yang tidak islami dan berkoalisi dengan parti sekular?


Mengurai / Menyelesaikan Masalah

Sebagaimana diketahui, taraf pemikiran umat Islam saat ini begitu merosot tajam hingga hampir mencapai titik nadir. Nampaknya, bermunculanlah pemikiran dan gagasan aneh yang tidak pernah dikenali oleh generasi Islam dahulu. Contohnya, kebolehan melakukan musyarakah (bergabung) dengan kerajaan yang tidak islami, kerajaan gabungan parti Islam dengan parti sekular dan lain sebagainya. Gagasan-gagasan aneh dan menyeleweng ini juga lahir akibat diabaikannya mabâdi 'asy-syari'ah (prinsip-prinsip syariah) demi apa yang mereka sebut dengan' kemaslahatan '. Kemaslahatan telah mereka posisikan seolah-olah lebih tinggi di atas undang syariah. Akibatnya, suatu perkara yang jelas-jelas haram bisa mengalami metamorfosis menjadi halal jika dalam perkara yang haram tersebut terdapat kemaslahatan. Begitu pula sebaliknya.

Ironisnya, para pengusung gagasan-gagasan di atas juga mengetengahkan sejumlah argumentasi untuk membenarkan pendapat mereka. Tentang musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami contohnya, mereka beralasan dengan kisah Nabi Yusuf as. Menurut mereka, Nabi Yusuf as. telah ber-musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami yang ada di Mesir saat itu. Mereka juga beralasan dengan kisah Raja Najasyi yang memerintah dengan hukum-hukum kufur, padahal pada saat kematiannya terbukti telah memeluk agama Islam. Menurut mereka, dua kisah ini membuktikan bahawa musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami bukanlah perkara terlarang. Dalam prespektif itu pulalah ungkapan yang dikutip oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah di atas dikemukakan. Dengan ungkapan di atas seakan-akan Ibnu Taimiyah melegalkan musyarakah dalam kerajaan yang tidak islami dan berkoalisi dengan parti-parti sekular.


Makna Sebenarnya

Lengkapnya, kenyataan Ibn Taimiyah di atas adalah sebagai berikut:

فإن الناس لم يتنازعوا في أن عاقبة الظلم وخيمة وعاقبة العدل كريمة ولهذا يروى: الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Sesungguhnya manusia tidak berselisih pendapat, bahawa kesan kezaliman itu sangatlah buruk, sedangkan kesan keadilan itu adalah baik. Oleh kerana itu, umpamanya, "Allah menolong negara yang adil walaupun negara itu kafir dan tidak akan menolong negara zalim, walaupun negara itu Mukmin." 1

Untuk memahami maksud ungkapan di atas secara tepat, paling tidak ada 3 hal yang mesti kita perhatikan. Pertama: bentuk ungkapan dan konteksnya. Dalam ungkapan di atas, Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah menggunakan Perkataan yurwâ (diriwayatkan). Dalam ilmu ushulul-hadith, Perkataan tersebut disebut dengan sighât at-tamrîdh yang lazim digunakan untuk meriwayatkan khabar dha'if (lemah), tanpa sanad daripada Nabi saw.2 Ibn Taimiyah adalah ulama hadis. Beliau juga tentu menerapkan kaedah tersebut. Kerana itu, bisa dipastikan, kata yurwâ menunjukkan bahawa beliau tidak yakin terhadap maqbul (diterima)-nya 'sanad' ungkapan tersebut. Ini saja sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk menolak pendapat sebahagian orang yang menjadikan ungkapan Ibn Taimiyah di atas sebagi hujjah atas kebolehan ber-musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami, atau berkoalisi dengan parti-parti sekular.

Kedua: makna ungkapan. Seandainya dari sisi 'sanad' ungkapan tersebut maqbul (padahal faktanya tidak), kita tetap harus mengkomparasikan ungkapan tersebut dengan pandangan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah tentang adil dan keadilan. Dalam kitab As-Siyasah asy-Syar'iyyah, Ibn Taimiyyah menjelaskan adil dan keadilan sebagai berikut: 3

Keadilan itu adalah keadilan yang bersifat syar'i, yakni istiqamah. Adil adalah semua hal yang ditunjukkan oleh Islam-Al-Kitab dan as-Sunnah-baik dalam (hukum) muamalah yang berkaitan dengan hukuman ataupun hukum-hukum lain. Sesungguhnya adil dalam semua hal tersebut adalah apa yang ada di dalam al-Kitab dan as-Sunnah. Sesungguhnya secara umum apa yang dilarang oleh al-Kitab dan as-Sunnah adalah kembali pada realisasi adil dan larangan untuk berlaku zalim, baik secara detil mahupun secara global, misalnya makan harta yang batil ...

Inilah pendapat Ibn Taimiyah tentang adil dan keadilan. Pendapat ini kurang lebih sama dengan pendapat para fukaha dan para mufassir tentang keadilan.4 Imam al-Qurthubi, misalnya, menuturkan riwayat daripada Ibn Athiyah yang menegaskan, bahawa adil adalah setiap hal yang difardhukan baik akidah maupun syariah.5

Perhatikan, bahawa makna syar'i keadilan itu tidak berbeza dengan makna keadilan secara bahasa. Al-Hafidz al-Jurjani menegaskan, bahawa keadilan itu secara bahasa adalah istiqamah, dan dalam syariah bererti istiqamah di jalan yang haq serta jauh dari hal-hal yang dilarang.6 Jadi makna konprehensif dari Perkataan keadilan secara syar'i tidak keluar dari lingkup iltizam terhadap apa yang dilantik oleh al-Kitab dan as-Sunnah; baik dalam akidah mahupun ibadah, akhlak dan muamalah serta nizhâm yang lain.7

Dengan demikian, kita tidak ragu sama sekali untuk menyatakan bahawa maksud ungkapan Ibn Taimiyah di atas bukan untuk melegalisasi kerajaan yang tidak islami atau musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami atau berkoalisi dengan parti-parti sekular.

Ketiga: ungkapan di atas bukanlah fatwa Ibnu Taimiyah mengenai kebolehan melakukan musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami atau kebolehan berkoalisi dengan parti-parti sekular sehingga seseorang menyatakan bahawa kita boleh bertaklid tentang fatwa seorang ulama. Sebab, pernyataan tersebut hanyalah pernyataan yang dikutip oleh Ibnu Taimiyah dengan shighât at-tamrîdh, sebagaimana telah dijelaskan di atas.

Alhasil dengan "MUNAQASYAH" di atas, bisa kita simpulkan bahawa ungkapan yang dikutip oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Kitab Majmu 'al-Fatawa di atas tidak boleh dijadikan hujah atas kebolehan musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami atau kebolehan kerajaan gabungan dengan parti-parti sekular. Apalagi konteks ungkapan Ibn Taimiyah di atas pada dasarnya hanyalah ungkapan hiperbolik yang menjelaskan keutamaan adil serta dorongan agar seseorang berbuat adil, tidak lebih. Ungkapan ini disitir oleh Imam Ibnu Taimiyah tentang bab qâ'idah fi al-Hisbah (kaedah dalam masalah Hisbah / penghakiman). Jadi, ungkapan ini hanya berkaitan dengan topik penghakiman dan hal-hal yang berkaitan dengan penghakiman, yakni keharusan seorang qadhi (hakim) menegakkan keadilan dan rasa aman di tengah-tengah masyarakat. Tentu ungkapan di atas sama sekali tidak berkaitan dengan kebolehan seorang Muslim melakukan musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami, atau melakukan koalisi dengan parti-parti sekular (kafir).


Khatimah

Lalu bagaimana kewajipan kita? Kewajipan kita ialah mengubah masyarakat yang tidak islami menjadi masayarakat yang islam. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sulaiman Ibnu Buraidah ditutur bahawa Nabi saw. pernah bersabda: 8

أدعهم إلى الإسلام فإن أجابوك فأقبل منهم و كف عنهم ثم أدعهم إلى التحول من دارهم الى دارالمهاجرين و أخبرهم أنهم إن فعلوا ذلك فلهم ما للمهاجرين و عليهم ما على المهاجرين

Serulah mereka tentang Islam. Jika mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan terhadap mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (dar al-kufr) kepada Dar al-Muhajirin (Dar al-Islam; yang berpusat di Madinah); khabarkanlah kepada mereka bahawa jika mereka telah melakukan semua itu maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana yang dimiliki kaum Muhajirin dan juga kewajipan yang sama seperti halnya kewajipan kaum Muhajirin.

Hadis tersebut menjelaskan dengan sharih (jelas) kewajipan seorang Muslim untuk menukar sistem yang tidak islami menjadi sistem Islam.

Nabi saw. juga memerintahkan kaum Muslim untuk memerangi para penguasa yang telah menampakkan kekufuran nyata (kufr [an] bawah [an]). Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ubadah bin Shamit yang berkata: 9

دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Nabi SAW. pernah menjemput kami. Lalu kami mengucapkan baiat kepada baginda dalam segala sesuatu yang diwajibkan kepada kami: bahawa kami berbaiah kepada baginda untuk selalu mendengar dan taat [kepada Allah dan Rasul-Nya], baik dalam kesenangan dan kebencian kami, kesulitan dan kemudahan kami; beliau juga menandaskan kepada kami untuk tidak mencabut suatu urusan dari ahlinya kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata [dan] mempunyai bukti yang kuat dari Allah [HR al-Bukhari].

Hadis ini menunjukkan bahawa seorang Muslim wajib mencabut kuasa daripada seorang pemerintah yang telah terjatuh pada kekufuran yang nyata (kufr [an] bawah [an]).

Pada saat yang sama, Nabi saw. tetap memerintahkan kaum Muslim untuk mematuhi kehendak penguasa zalim dan fasik, sepanjang dia masih menerapkan syariah Islam dalam kehidupan negara dan masyarakat. Nash-nash yang berbicara masalah ini sangatlah banyak. Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: 10

من كره من أميره شيئا فليصبر عليه فإنه ليس أحد من الناس خرج من السلطان شبرا فمات عليه إلا مات ميتة جاهلية

Siapa saja membenci sesuatu yang ada pada pemimpinnya (Imam / Khalifah), hendaklah ia bersabar. Sebab, tak seorang pun boleh memisahkan diri daripada jamaah, sekalipun hanya sejengkal, kemudian dia mati, maka matinya adalah seperti mati Jahiliah.

Berkaitan dengan hadis ini Imam al-Hafidz an-Nawawi11 menegaskan, "Ahlus Sunnah wal Jamaah bersepakat, bahawa penguasa (Imam / Khalifah) itu tidak diturunkan hanya kerana kefasikannya."

Selanjutnya Imam an-Nawawi12 menegaskan:

Sebab mengapa pemerintah (Imam / Khalifah) yang derhaka tersebut tidak diturunkan serta mengapa haram keluar daripada kekuasanNya adalah akan mengakibatkan berlakunya fitnah, tertumpahnya darah dan kerosakan kerana permusuhan ... Kerana itu, kerosakan yang berlaku akibat penurunan Khalifah / Imam adalah lebih besar daripada kalau mereka dibiarkan (masih berkuasa).

Wallahu a'lam bi ash-shawab. [KH Musthafa A. Murtadlo]

Nota kaki:

1 Ibnu Taimiyyah, Majmu 'al-Fatawa, VI/322.

2 Jamaluddin al-Qashimi, Qawâ'id at-Tahdîts fî Fununi Musthalah al-Hadîts, 1 / 77.

3 Lihat: Ibn Taimiyyah, As-Siyasah asy-Syar'iyyah, Dar al-Ma'arif li ath-Thiba'ah wa an-Nasyr, Beirut, tt., Hlm. 15 dan 156; Al-Jurjani, At-Ta'rîfât, hlm. 147.

4 Syaikh Ihsan Abdul Mun'im Samarah, Mafhum al-'Adalah al-Ijtimâ'iyah fî al-Fikri al-Islami al-Mu'âshir, hlm. 49.

5 Al-Qurthubi, Al-Jami 'li Ahkam al-Qur'ân, X/165-166.

6 Al-Jurjani, At-Ta'rîfât, hlm. 152.

7 Dr. Muhammad Sidiq Afifi, Al-Mujtama al-Islami wa al-'Alaqah ad-Dauwiyyah, 91.

8 Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi, Shahih Muslim, V/139.

9 Al-Bukhari, Al-Jâmi'ash-Shahih, VI/2588, hadis nombor 6647.

10 Ibid, VI/2588, hadis nombor 6645.

11 Al-Hafizh an-Nawawi, Shahih Muslim bi Syarhi an-Nawawi, juz 6 hal 314

12 Ibid.

Wednesday 14 October 2009

Rujukan Terbaik adalah al-Quran & as-Sunnah

Sila baca akhbar Sumber: Utusan Malaysia 12/10/09


Al-Quran Pedoman Sepanjang Zaman

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan tersesat sesudahnya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku, keduanya tidak akan terpisah hingga mendatangi haudh (telaga Rasulullah pada hari Kiamat)”. (Hadith ini hasan, diriwayatkan oleh al-Hakim dan Malik).

Ternyata Najib sebagai seorang Muslim masih tidak memahami petunjuk sebenar yang perlu ia ikuti agar tidak sesat selama hidupnya. Proses pembinaan Negara Malaysia dan bangsa Malaysia yang digembar gemburkannya, tidak lebih sebagai wacana yang hanya mengaburi mata rakyat. Bagaimanakah sebenarnya kita mengukur kecemerlangan yang telah dicapai oleh Malaysia, yang kononnya telah merdeka daripada penjajahan British selama 63 tahun? Adakah kita benar-benar cemerlang dan merdeka secara hakiki?

Penjajah telah pergi ke negara asalnya, namun sistemnya masih digunapakai oleh kita di Malaysia. Sistem sekular inilah yang menyebabkan rakyat menjadi semakin mundur dalam banyak aspek. Meskipun kita akui, pembangunan material cukup hebat, namun apakah ini boleh dijadikan sebagai kayu ukur kecemerlangan dan kemerdekaan?? Hakikatnya, sistem ini jugalah yang menyebabkan kadar jenayah dan masalah sosial meningkat, kes rogol dan zina menjadi semakin bermaharajalela, statistik kehilangan harta benda semakin tinggi, dan seribu satu macam kerosakan lainnya. Kejayaan demi kejayaan yang dimaksudkan oleh Najib tidak lain dan tidak bukan adalah kejayaan pihak penjajah menanamkan ideologinya di bumi Malaysia ini.

Lihatlah bagaimana Najib cuba membeza-bezakan antara rakyat yang hidup di luar bandar dengan rakyat yang hidup di dalam bandar. Rakyat yang hidup di luar bandar akan dikategorikan sebagai masyarakat yang mundur berbanding masyarakat yang hidup di bandar. Tidak hairanlah jika bandar menjadi pusat pelbagai budaya dan tolok ukur kemajuan sesuatu bangsa di dalam sistem sekular. Ini berbeza dengan sistem Islam yang memandang semua warganegaranya sama rata. Mereka diberikan layanan yang sama, baik di dalam mahupun di luar bandar, tidak mengira sama ada ia Muslim atau non-Muslim. Selagi mereka adalah warganegara Daulah Islam, maka mereka akan mendapatkan hak-hak yang sama seperti tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pekerjaan dan keperluan-keperluan lainnya yang memang wajib disediakan oleh Daulah untuk rakyatnya.

Di dalam Daulah Islam, peluang pekerjaan bagi mereka yang tinggal di bandar adalah sama dengan mereka yang tinggal di luar bandar. Masyarakat luar bandar di dalam Daulah tidak akan merasa dianaktirikan. Segala peluang yang ada pada mereka yang tinggal di bandar akan turut sama dirasai oleh penduduk luar bandar. Di dalam Daulah, dengan sistem ekonominya yang diasaskan kepada pengagihan kekayaan secara adil, tidak timbul isu warga yang terpinggir atau sebaliknya kerana setiap warganegaranya terjamin semua keperluan asasnya (basic needs). Dari apa yang disebutkan oleh Najib, nampaknya di dalam sistem sekular, ini tidak berlaku!

Wahai para pemimpin Islam, sedarlah bahawasanya segala kejayaan yang kalian maksudkan tidak bererti sama sekali di sisi Allah SWT, selagi kalian redha dengan sistem yang ada (sistem sekular), dan berpaling daripada Sistem Islam. Tinggalkanlah sistem yang lemah ini, dan kembalilah untuk menegakkan agama Allah SWT, agar kalian mendapat rahmat di dunia dan akhirat.

Friday 9 October 2009

Masalah Pendidikan Sekular Berorentasikan Kapitalisme

Bismilahirahmanirahim...


Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.

Seperti sedia maklum. Pada masa di mana semua umat Islam beriman dengan hadis Rasulullah bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib, di dalam masa yang sama mereka tidak peka atau bertanya lebih lanjut, kepada siapakah Allah bebankan kewajipan untuk menyediakan segala sarana dan prasarana pendidikan, demi membolehkan umat Islam itu menuntut ilmu? Mereka juga tidak bertanya, apakah Islam yang merupakan satu agama yang sistematik ini tidak mengatur urusan pendidikan umatnya? Adakah Islam tidak membahas semua ini? Inilah padahnya apabila kita hidup dan dibesarkan di dalam sistem kufur ciptaan manusia, sehingga pemikiran kita diracun sepenuhnya oleh cara berfikir yang telah penjajah kafir tanamkan. Rata-rata umat Islam hanya memilih jalan untuk berdiam diri dan pasrah dengan apa yang ada. Mereka tidak mahu mengkaji bagaimanakah sistem pendidikan Islam, apatah lagi berjuang untuk menegakkan kebenarannya. Alangkah jauhnya mereka dari Islam!

Dengan sistem Kapitalisme yang sedia diamalkan hingga kini. Segala produk yang sememangnya keperluan(percuma) umat baik yang Muslim dan Non-Muslim dijadikan produk niagaan. Pihak pemerintah telah mengenakan bayaran kepada setiap pelajar, dari peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat universiti. Pendek kata, apabila anak-anak telah mula memasuki alam persekolahan, ibubapa, khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana mula pening kepala. Apa tidaknya, dari peralatan sekolah, buku teks, buku latihan, yuran dan sebagainya semuanya terbeban di atas bahu mereka. Semakin tinggi tingkat persekolahan, semakin besarlah beban tersebut, apatah lagi apabila anak-anak berjaya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Justeru, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar bahawa terdapat ibubapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah semata-mata kerana tidak mampu membayar perbelanjaan sekolah.

Di dalam sistem Pendidikan Khilafah, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.

Membicarakan tentang PTPTN, kita akan terfokus dengan 2 perkara. Pertama, hukum bunga yang jelas keharamannya di sisi Islam, yang dikenakan ke atas peminjam. Kedua, tanggungjawab pemerintah yang sepatutnya wajib menyediakan pendidikan secara percuma kepada warganegaranya baik Muslim mahupun yang non-Muslim (kafir dzimmi).

Seperti yang kita ketahui, sejak diwujudkannya PTPTN sehingga sekarang, isu ini tidak pernah lekang dari pelbagai permasalahan dan polemik. Bermula dari kadar bunga yang sering diputar belit dengan justifikasi upah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sehinggalah masalah pembayaran oleh para peminjam. Isu ini nampaknya tidak akan kunjung selesai. Mengapa sampai jadi begini?

Sebab utama isu ini terus diperbincangkan dan tidak akan pernah sirna adalah kerana Islam tidak pernah dijadikan rujukan dengan sebenar-benarnya dalam masalah ini. Halal dan haram sering dipermainkan oleh kelompok-kelompok sekular dan para ulama’ yang sering membuat penafsiran yang keliru ke atas ayat-ayat Allah. Jadi, tidak hairanlah jika ramai peminjam yang mengambil pinjaman PTPTN menggunakan hujah kelompok yang tidak bertanggungjawab ini sedangkan adalah jelas pinjaman seperti ini merupakan transaksi yang haram kerana ia mengandungi unsur riba. Walhasil, para peminjam akan terhimpit dengan kadar bunga yang dikenakan manakala di satu sisi lain pula si penghutang (PTPTN) mengalami kerugian kerana wang yang telah dipinjamkannya (baca: diniagakan) tidak dikembalikan oleh sejumlah para peminjam. Dan lebih berat adalah dosa yang perlu ditanggung oleh peminjam dan yang meminjamkan wang kerana terlibat dengan transasksi yang haram.

Sebagai seorang Muslim yang beriman, seharusnya kita kembalikan segala permasalahan hanya kepada Allah dan RasulNya. Pemerintah seharusnya sedar bahawa mereka wajib memberikan pendidikan yang percuma dan berkualiti kepada rakyatnya pada setiap peringkat. Kos utama pendidikan bagi warganegara adalah tanggungjawab negara kepada rakyatnya, bukan tanggungjawab ibubapa penuntut ilmu dan bukan pula harus datang dari duit kocek para penuntut ilmu. Di sisi lain, para penuntut ilmu yang ingin belajar haruslah sedar bahawa transaksi pinjaman PTPTN adalah jelas haram kerana mengandungi unsur riba, berdasarkan nas-nas yang qati’e.

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya transaksi PTPTN adalah transaksi yang jelas haram. Masalah yang terus melanda kita, umat Islam khususnya, seperti masalah untuk mendapatkan dana pendidikan, adalah natijah diterapkannya sistem sekular, yang menganggap pendidikan sebagai cabang untuk mengaut keuntungan. Asas manfaat sistem kapitalis-sekular ini akan terus membiakkan masalah yang tidak akan pernah sirna bagi umat manusia!

Wahai umat Islam! Marilah kita bersegera menuju kemuliaan di sisi Allah SWT, dengan berusaha untuk menegakkan semula institusi Khilafah Islamiyyah yang akan menjamin kesejahteraan manusia dalam segala aspek. Bukankah itu yang kita harapkan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini? Kita akan kembali kepada Allah kelak dengan bekal amalan yang telah kita kerjakan di dunia ini. Ayuhlah, sambut perjuangan yang mulia ini, dengan meninggalkan segala bentuk kekufuran dan kembali menegakkan kalimah Allah SWT.

Tuesday 6 October 2009

Aurat wanita, dimanakah identiti Islamnya??



Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela.
[Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Apa yang saya lihat, perempuan (tidak memahami dan tidak semua) sekarang lebih cenderong untuk mendedahkan aurat mereka. Mereka ini bukannya tidak tahu tentang etika pakaian dalam Islam, mereka amat tahu, tetapi saya rasa mereka buat tidak endah dan tidak menghayati apa telah diketahui.

Ada pada suatu malam, saya pergi sebuah pasaraya Giant. Saya ke sana untuk berurut kaki. Sesampai di sana, saya pusing-pusing setempat di kedai-kedai runcit. Sampailah di suatu kedai, kedai yang menjual abuyah, abuyah maksudnya jubah. Saya perhatikan jenis kain dan kualiti kainnya lalu saya tangkap gambar abuyah-abuyah dari jarak jauh. Selepas itu menghantar MMS kepada rakan saya tentang gambar itu. Saya berkata, "Nice, abuyah dubai". Tidak lama selepas itu, rakan itu membalas MMS saya melalui SMS, katanya, "macam tabarujj je". Ini kerana abuyah itu, mempunai sulaman-sulaman dan butir-butir berkilat (baca: manik, permata, mutiara).Saya tersentak seketika, membaca SMSnya. Memang jawapan diluar kotak fikiran saya tentang SMS diberi. Dalam hati saya, "cemerlangnya pemikiran dia'". Maksud MMS saya di situ ialah, abuyah itu 'selamat'. Jika seorang Muslimah memakainya ia tidak menggangu pandangan lelaki. Selepas saya berurut kaki dan dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan. Ada seorang perempuan melintasi di hadapan saya (ketika itu pandangan mata saya nampak dari lututnya dan kebawah kerana saya sedang mencari kunci di beg). Saya terhenti seketika 'terperhatikan' nya. Dia memakai abuyah yang amat tabarujj. Warnanya yang berwarna-warni (abuyah di Giant, warna hitam sahaja) da tudungnya adalah selendang. Dalam hati saya, mengapalah dia tidak sempurnakan auratnya. Serupa je statusnya dengan perempuan memakai baju lengan pendek dan bertudung.


Di facebook dan weblog remaja yang pernah saya kunjungi melalui laman yang ketahui atau dari enjen carian maklumat. Perempuan suka bergambar, kalau boleh semua peristiwa hendak di letaknya dalam facebook dan weblog. Saya 'terperhatikan' perempuan tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Isu kaki pun nak jadikan isu kah? Apa yang saya fahami bahawa muka dan tapak tangan adalah bahagian yang boleh didedahkan (baca: boleh dilihat oleh kaum lelaki). Tapi bukankah kaki itu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup??

"Alaaa, stoking basah kena hujan"
"Alaaa, stoking basah sebab terpijak lantai basah"

Beli lah banyak sikit. Tak kan hanya ada sepasang stoking jer. Bawak lebih sikit. Kasut boleh beli banyak!! Baju pun sama jugak, boleh beli banyak!!

"Alaa, abuyah aku labuh, tak nampak kaki"

Andai pastikah?? Kalau anda duduk di LRT, ERL, Monorail, dan KTM. Duduk di kedai makan. Macam mana cara duduk anda ketika itu?? Anda naik turun tangga...(fikir baik-baik?) Laluan yang anda nak lalu tuh, airnya bertakung sedikit, kena angkat kain sikit nih...(fikir baik-baik?)..

Jika pergi kenduri kahwin di rumah yang saya kenal, rapat dengan saya. Saya 'serta-merta' kerahkan tenaga saya dibahagian menghantar & mengangkat makanan. Bila dah lama-lama, saya pergi ke bahagian air, buat air dan cuci cawan. Nak dijadikan cerita. Saya ternampak ada sesetengah perempuan suka mengangkat tudung mereka yakni kain dibahagian hadapan dilempar ke belakang. Ada yang tudung sedia labuh melakukan hal yang sama. Tak kurang jugak yang menyengseng baju ke paras siku atau bahu. Aduyaii, kenapa nih?? Panas sangat kah??. Kalau di Universiti elok je memakai. Tapi diluar universiti, masyaAllah!. Kenapa ini berlaku. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. DAh jadi macam sengaja. Bila berada di luar, nampaklah bentuk badan tuh. Aurat sudah tertutup tapi masih tidak menepati syarak. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Bagi yang berjubah pula, jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan pun. Tapi ada masalah pada jubah kalian. Jubah kalian tabarujj amat. Berfesyen-fesyen jubah. Bertukar-tukar 'seni' pertudungannya-ada trend-. Malah lagi syahdunya, mereka mengejar -ngejar dalam hal ini. Tapi jika kita tengok muslimah di zaman kegemilangan Islam. Mereka mengejar dalam menerapkan dan mempertahankan syariat Islam.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala: "Wahai anak Adam (manusia), sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutupi (aurat) tubuh mu dan untuk perhiasan." [TMQ Al-A’raf:26].

Sebagai Muslimah, antara perintah Allah yang terbeban ke atas bahu kalian adalah pakaian untuk seluruh aurat yang tidak layak ditunjukkan kepada selain mahram mereka. Ketahuilah, dari tatacara, bentuk dan fesyen, pakaian dianggap mencerminkan keperibadian seseorang.

Jubah adalah pakaian yang mematuhi hukum syarak dan memakainya mencerminkan seorang Muslimah yang taat atas ajaran agama dalam tatacara berpakaian. Ia bukan sekadar simbol

sebaliknya mengenakan tatapakaian Muslimah bermakna seorang perempuan itu membuat pengisytiharaan kepada makhluk Allah akan keyakinan dan keimanannya, pandangannya terhadap dunia dan jalan hidup yang dia tempuh di mana semua itu berdasarkan kepada keyakinan mendalam terhadap Allah Yang Maha Esa.

Perlu kita ketahui bahawa segala aturan hidup kita ini telah ditentukan oleh-Nya. Islam yang kita anuti bukan sekadar satu agama semata. kan tetapi Islam itu juga adalah sebuah ideologi (satu pemikiran yang dijadikan sebagai cara hidup). Islam adalah; “Satu agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan orang lain”. Islam adalah satu aqidah yang dijanjikan Allah akan kesempurnaannya. Sama ada disedari atau tidak, aqidah Islam ‘memaksa’ penganutnya untuk terikat dan tunduk kepada ajarannya iaitu perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Taala yang menciptakan manusia , alam dan kehidupan dengan nama lain terikat dengan Hukum Syarak. Sebagai seorang Muslim, hukum syarak hendaklah dijadikan landasan dalam setiap aspek perbuatannya sebagaimana kaedah usul fiqh yang menyatakan:“Asal/dasar bagi setiap perbuatan itu adalah terikat dengan hukum syarak.”

Sukacita saya hendak khabar kepada kalian dari mulut Rasulullah SAW:
“Wanita adalah Aurat”“Jika seorang wanita telah sampai usia baligh, maka dia tidak boleh menampakkan anggota tubuhnya,kecuali mukanya dan ini. (Rasulullah menggenggam pergelangannya sendiri, lalu membiarkan telapak tangannya saling menggenggam satu sama lain.)”

Bagaimana pula etika pakaian yang dikatakan menutup aurat? Dalil syariat telah menetapkan kewajiban ke atas wanita untuk menutupi kulitnya sehingga tidak diketahui warnanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Aisyah radiallahu anha. Telah dinyatakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah memasuki kawasan Nabi SAW dengan berpakaian nipis (jarang).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam segera memalingkan mukanya dan bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya apabila seorang perempuan itu telah baligh (datang haid), tidak sepatutnya dia menampakkan anggota tubuh badannya kecuali ini dan ini (sambil Rasulullah mengisyaratkan muka dan kedua telapak tangan”

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa kain yang nipis/jarang tidak memenuhi etika menutup aurat, bahkan ia dianggap telah membuka aurat sekiranya seorang wanita memakai pakaian yang nipis. Ini ditegaskan dengan keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam memalingkan mukanya sewaktu Asma’ masuk.

Islam telah menyediakan satu pakaian yang bercirikan khusus bagi wanita apabila seorang wanita itu keluar dari kawasan khususnya. Ciri-ciri pakaian yang khusus untuk wanita ini adalah dalam rangka Allah Subhanahu wa Taala memelihara martabat dan kehormatan setiap Muslimah. Sebab itulah bab menutup aurat dan pakaian khusus ini tidak boleh di campur-adukkan. Ini kerana setiap bab memiliki dalil dan hujah yang berbeza.

So, tak perlulah nak berfesyen-fesyen melampau. Nak tackle lelaki dengan berfesyen, salah caranya dan ia boleh jadi jerat kepada anda sendiri. Bagi yang belum berumah tangga, fikir-fikir akan ayahmu. Kerana dia masih menanggung dosa yang dilakukan olehmu sendiri sehingga tanggungjawab itu bergalih 'kuasa' setelah kamu berumahtangga dan tangjawab itu dipikul oleh suamimu. Letakkanlah ketaatan kalian kepada yang Hak.
Related Posts with Thumbnails