From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Wednesday 31 December 2008

Dragon Ball Evolution






Salam semua... Tak sabar rasanya menantikan sebuah filem evolution iaitu Dragon Ball.. Seperti filem Transformes gak,dimana filemnya bukan dalam animasi lagi..uhuhu.. Bila filem Dragon Ball ditayangkan?? Dengan cerita pada tahun depan.. Saya rasa golongan2 30an musti layan gak dgn Dragon Ball nie.ehehe..




Selamat Berjuang

Selamat berjuang wahai diriku. Dulu kau pernah di offer 'makan' terajang kerna kau menjelaskan yg mana hak dan yang mana bathil. Dulu kau ditolak, sebab kau ternampak saudara kau beli 2 tin arak. Kau cuma tengok je, orang tuh dah wat tindakkan kat ko. Dulu ko pernah tegur kt kawan kau ttg batas pergaulan. Ya kau tahu, dia sedang bertaaruf dengan seseorang. Tidak salah bertaaruf. Tetapi dia benarkan dekatnya zina; pegang2 tangan, nampak aurat. Bila di depan kau dan yg lain, dia tutup pulak aurat. Dia cepat2 tarik tangannya apabila lelaki lain tersentuh tangan. Sungguh pelik bukan apabila dia berkata. "aku susah sikit lah nak 'accept' nasihat dengan orang yg sebaya dengan kita"."kita nie kan knowledge agama manalah tinggi..leh lah person yg ada title imam ka".Kadang2 kau tertawa tgk gelagat saudara kau..luar masjid dedah aurat..kawasan masjid boleh plak tutup aurat. even tak sempurna, orang kata, oklah tuh daripada pakai skirt/seluar pendek. Aduhai..apa beza dosa pada pandangan Allah..yg si A berbaju kurung tapi xbertudung..si B pulak berskirt sahaja..kan sama je tak tutup aurat..borak2-dengan sesama muslim berlainan jantina tidak dibenarkan..tetapi non-muslim dibenarkan..


Tapi kau kena ingat..kau still boleh berdakwah..beri nasihat..cuba kau lihat kt negara timur tgh nun..cmne?? mereka fikir jihad sahaja..tidak kah kau ngidamkan untuk merasai jihad fi sabilillah di tempat mu sendiri??iaitu berkata benar dihadapan penguasa zalim.nescaya kamu jatuh syahid tatkala kebenaran yg kamu bawa membunuh diri kamu oleh penguasa zalim.kau rindu kan Rasulullah bukan??sahabat-sahabat bersama Rasulullah. Motivasi mereka utk bersama Rasulullah ia jihad dan syahid. Itulah jalan pintas yg ada. Cuma kau sanggup atau tidak sanggup menempuhinya dan meninggalkan segala pinjaman yg kau miliki. Sekian..






Tuesday 30 December 2008

Peranan

Tatkala berfikir dan memerhati sahabat-sahabat yang sudah mempunyai haluan masing-masing; belajar, bekerja dgn org, bekerja sendiri, dan tak bekerja. Ditambah pertanyaan orang tentang latar belakang pendidikan sy. Mengsyorkan sy menjadi guru agar sy mendapat kemudahan rumah, kereta, pinjaman dan sebagainya *apakah itu mtmlt?*. Dan banyak lagik difikirkan. Tertarik melihat siaran televisyen Discovery Channel -Megacites- tentang peranan penciptaan sesuatu teknology. Terfikir oleh sy tentang peranan sebagai mahasiswa.


Sebagai seorang Muslim ia harus terikat dengan Syariat Islam. Pandangan hidup muslim adalah pandangan hidup Islam, yaitu cara pandang terhadap kehidupan menurut sudut pandang Islam. Ini terwujud dalam persepsi-persepsi (mafahim) Islam yang berupa pemikiran-pemikiran (afkar) dan hukum-hukum (ahkam) Islam, yang terlahir dari Aqidah Islamiyah. Pandangan hidup ini menjadi standard untuk menilai berbagai fakta kehidupan dan menjadi pedoman bagi segala perilakunya dalam kehidupan.


Apabila ditanya apakah peranan kita sebagai mahasiswa. Tak kisahlah student yg amek Biotecnology, Engineering Technology, dan sebagainya. Apa pandangan korg tentang peranan seorang mahasiswa muslim? Cuba revise2 kembali..tnya pada diri..masa kita interview utk dpt kan scholarship..ape je yg kita bagitaw kt org yg meng-interview kita..Ada tak kita kaitkan dengan nas-nas dan dahlil2 utk sebab apa kita belajar dan sebagainya lah..


Menuntut ilmu itu adalah fardhu sebgaimana Nabi Muhammad SAW bersabda : ”Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim”


Xkisahlah ilmu apa pun(asalkan ia benar) seperti ulumul Qur’an, ulumul hadith, ushul fiqh, mahupun ilmu-ilmu tidak syar’i, seperti ilmu alam dan ilmu-ilmu profesional (saintis) lainya.


Berbalik pada peranan mahasisawa muslim. Bagi seorang mahasiswa muslim, tugas utama yang wajib diembannya setidaknya ada 3. Yang pertama hendaklah dia menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dlm kehidupan bermasyarakat. Yang pertama td itu berkaitan dengan kedudukannya sebagai mahasiswa. Dimana aktivitinya adalah belajar. Perkara kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang muslim yang dengan sendirinya harus berpikir dan berperilaku secara Islamik. Dan terakhir tp bukan berakhir ialah membawa dakwah Islam. Tugas ini berkaitan dgn kedudukannya sebagai seorang muslim sebagai bagian dari keseluruhan umat Islam, yg harus mempunyai kepedulian(amek tahu hal) terhadap keadaan umat dan harus berjuang untuk mengubah keadaan umat menuju keadaan yang lebih baik. Bagi yg mengambil biotechnolgy-farmasi, makanan dan sebagainya-, hendaklah perlu lebih peka. Orang-orang sebegini harus teliti dengan setiap keputusan yg bakal mereka lakukan. Sebab sesungguhnya makanan dan ubat-ubatan akan mejadi darah daging umat. Islam amat menitikan tentang halal haram, baik buruk sesuatu makanan/ubat itu. Begitu juga dengan mahasiswa yg mengambil jurusan engineering dan engineering technolgy. Masing-masing wajib mengambil seperti 3 perkara diatas.


Janganlah jadi orang yang tiada pandangan hidup Islam. Sebab, adanya pandangan hidup menunjukkan adanya proses berpikir, mengingat pandangan hidup itu diperoleh melalui jalan berpikir. Dengan kata lain, orang yg tidak punya pandangan hidup bererti x menggunakan akalnya. Kita lihat dengan sistem kapitalisme dan sosialisme. Segala-galanya boleh dimanfaatkan. Memanfaatkan segala yang ada untuk memenuhi keperluan materi. Menyalahgunakan kuasa. Banyak boleh diceritakan disini antarannya siling runtuh, bangunanan runtuh dan sebagainya. Nak untung cepat. Gara-gara mahu untung. Segala makanan di’segera’kan. Tidak jaga kualiti pemakanan dan sebagainya bakal mengundang kemudaratan kepada umat -keracunan susu tepung-.


Jangan jadikan keuntungan materi sebagai agenda utama hingga melupakan hal hukum2 Allah. Hukum Allah dicampak-campakkannya. Mereka ini telah kehilangan ciri utama kemanusiaannya dan darjatnya menjadi setara dengan binatang, x ubahnya seperti binatang yg tidak berakal, yang hidup hanya memperturutkan hawa nafsunya untuk memuaskan naluri dan tuntutan kebutuhan jasmaninya. Manusia seperti ini akan menjalani kehidupannya tanpa arah dan sikap yang jelas. Allah SWT berfirman:

“Terangkanlah kepadaku tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” (Qs. al-Furqaan [25]: 43-44).


Pandangan hidup yg dimiliki harus berupa pandangan hidup yang benar. Bagi seorang muslim, pandangan hidup yg benar hanyalah pandangan hidup Islam semata, karena agama yg diredhai di sisi Allah hanyalah Islam saja. Agama-agama selain Islam seperti Yahudi dan Nashrani adalah agama kafir, sebagaimana ideologi-ideologi selain Islam seperti Kapitalisme dan Sosialisme adalah ideologi kafir. Semua agama dan ideologi selain Islam tidak akan diterima oleh Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT:

“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Qs. Ali ‘Imraan [3]: 19).

“Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Qs. Ali ‘Imraan [3]: 185).




Dalam sibuk-sibuk beri/berkongsi pandangan peranan mahasiswa muslim. Mahu juga sy untuk kongsi knowledge ttg sistem pendidikan. Kita sibuk-sibuk belajar kena tahu jugalah sistem apakah diguna pakai dan keberkesanannya.


Sesungguhnya Islam telah menetapkan tujuan dalam sebuah proses pendidikan, yang hanya boleh dicapai bila sebuah sistem pendidikan didasarkan pada ideologi Islam, bukan ideologi kapitalisme seperti yang ada saat ini. Tujuan pendidikan dalam Islam adalah terbentuknya kepribadian Islam (Syakhshiyyah Islamiyyah) yang dibekali dengan berbagai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan dalam kehidupan (Lihat Muqaddimah Dustur, Taqiyyuddin An Nabhani, hal. 414).


Saya tidaklah menelaah habis-habisan ttg kitab Dustur =p terfikir di benak fikiran saya. Mengapa disaat ini kita gagal melahirkan atau melestarikan orang berkebolehan berijtahad khususnya di Malaysia. Lihatlah dalam masa 40 tahun lebih Malaysia selepas zaman penjajah, berapa ramaikah mujtahid keluaran tempatan yg dihasilkan? Tiada! Kenapa sistem pendidikan Malaysia tidak mampun melahirkan tokoh sehebat Al-Kharizmi, Ibnu Sina *haha, nama je kelas sy dulu IS,tp xdelah seperti beliau..=p* dan Imam Syafi’e? Atau Ibnu Rusyd dan al-Battani. Anda tahu jawapannya? Mengapa-mengapa? Maybe disebabkan bahasa penghantar adalah inggeris plus kita gagal kuasai bahse tersebut, dan berorentasikan peperiksaan.


Jawapan paling tepat ialah Sistem kapitalisme lah yg gagal melahirkan golongan intelektual, mujtahid dan sebagainya. Soal dunia dan akhirat dipisahkan. Sebagai contoh, zaman sekarang, kita bljr bahawa Islam adalah kaffah tetapi hakikatnya kita berdepan dgn situasi yg brlainan iaitu Islam Cuma diterapkan dlm beberapa hal shj. Kita juga mengetahui asabiyah dan fanatisme itu fahaman yg rosak tetapi itulah perkara yg ditonjolkan dlm msyrkat.


Tidaklah perlu takut untuk kita berpandangan Islam. Siapa tahu mungkin kalian menjadi percikan api bagi umat. Ingat setiap umat ada tanggungjawab masing-masing. Buat mahasiswa muslim sekelian. Berjuanglah kamu sebelum kamu diperjuangkan. Eh, bukan2. Berjuanglah kamu sebelum kamu tidak berpeluang berjuang. Moga kita yang bergelar mahasiswa muslim tidak diperdagangkan; yg halal jd haram, hilang nilai2 hak dan bathil. Buat yg mengenali diri ini, setakat di sini sahaja. Tak lama lagi sy smbg belajar, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada mereka yg mendoakan sy. Jazakallah Khairan. Wallahulam

Wednesday 24 December 2008

Hukum Syara'

Hukum Syara' adalah khithab Syari' (seruan Allah sebagai pembuat hukum) yang berkaitan dengan amal perbuatan hamba (manusia), baik itu berupa ketetapan yang sumbernya pasti dan tidak diragukan lagi (qath'i tsubut) seperti Al-Quran dan Hadits mutawatir, maupun berupa ketetapan yang yang sumbernya belum pasti dan masih berupa sangkaan (zhanni tsubut) seperti hadits yang bukan tergolong mutawatir. Apabila ketetapannya pasti, maka perlu pengkajian lebih lanjut; yaitu bila penunjukan dalilnya bersifat pasti (qath'iud dilalah), maka hukum yang dikandungnya adalah pasti pula, misalnya jumlah rakaat shalat fardlu yang kesemuanya bersumber dari hadits mutawatir. Begitu juga dengan hukum haramnya riba, potong tangan bagi pencuri, atau hukum jilid bagi pezina. Semua itu merupakan hukum-hukum yang penunjukkannya bersifat pasti dan nilai kebenaran di dalamnya merupakan suatu ketetapan. Tidak ada ketetapan lain yang ditunjukkannya kecuali hanya satu ketetapan pasti.


Akan tetapi apabila seruan Syari' itu ketetapannya bersifat pasti sedangkan penunjukan dalilnya bersifat zhanni, maka hukum yang terkandung di dalamnya adalah zhanni. Misalnya ayat tentang jizyah, uang yang dipungut negara dari orang kafir dzimmi yang menolak masuk Islam, tetapi bersedia hidup dalam masyarakat Islam. Dilihat dari segi ketetapannya bersifat qath'i, tetapi bila ditinjau dari perincian-perincian hukumnya, maka penunjukan dalilnya adalah zhanni. Mazhab Hanafi misalnya mensyaratkan penggunaan istilah (jizyah); dan ketika memberikannya harus tampak jelas kehinaan bagi pembayarnya. Sedangkan mazhab Syafi'i tidak mensyaratkan hal ini, bahkan membenarkan mengambilnya dengan sebutan zakat mudla'afah, zakat berlipat ganda, serta tidak perlu menampakkan kehinaan, melainkan cukup tunduk saja terhadap hukum-hukum Islam.


Adapun seruan Syari' yang ketetapannya bersifat zhanni tsubut seperti hadits yang bukan mutawatir, maka hukum yang terkandung di dalamnya menjadi zhanni pula, baik itu berupa dilalahnya qath'i seperti puasa enam hari pada bulan Syawal yang ditetapkan oleh sunah, maupun yang dilalahnya zhanni seperti larangan menyewakan tanah lahan pertanian yang ditetapkan oleh sunah pula.


Dengan seruan Syari', kita dapat memahami hukum syara' melalui proses ijtihad yang benar. Berdasarkan hal ini, maka ijtihad para mujtahid itulah yang memunculkan hukum syara'. Oleh karena itu, hukum Allah bagi setiap mujtahid adalah apa-apa yang dihasilkan melalui proses ijtihad setelah mentarjihkan dan menduga kuat kebenaran hukum tersebut.


Seorang mukallaf yang telah mencapai derajat ahli ijtihad dengan sempurna dalam masalah tertentu, apabila dia melakukan ijtihad kemudian dengan hasil ijtihadnya itu mendapatkan hukum tentang masalah tersebut, maka di sini terdapat kesepakatan ulama bahwasanya seorang mujtahid tidak diperkenankan bertaklid kepada mujtahid lain yang pendapatnya berlawanan dengan hasil ijtihadnya yang diduga kuat kebenarannya. Dia tidak boleh meninggalkan pemahamannya/ijtihadnya (walaupun berbentuk zhanni) kecuali jika Khalifah telah memilih dan menetapkan salah satu hukum syara'. Dalam hal ini sikap yang diambil oleh mujtahid, adalah harus melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh Khalifah. Sebab, status hukum yang telah dihasilkan oleh mujtahid melalui proses ijtihad yang diduga kuat kebenarannya merupakan hukum Allah baginya dalam masalah tersebut sekaligus ia merupakan hukum syara'. Selain itu, perintah Imam/Khalifah akan dapat mengatasi perselisihan (antara para mujtahiddin). Tetapi apabila seseorang mujtahid yang telah mencapai derajat mujtahid kemudian tidak berijtihad (dalam masalah tertentu), maka boleh saja dia bertaqlid kepada mujtahid-mujtahid lain. Sebab, Ijma' shahabat telah menetapkan bahwa boleh bagi seorang mujtahid untuk meninggalkan ijtihadnya dan bertaqlid kepada mujtahid yang lain.


Adapun orang yang sama sekali tidak memiliki kemampuan berijtihad dinamakan muqallid. Muqallid itu terbagi dua, yaitu muqallid muttabi' dan muqallid 'ammi. Muqallid muttabi' adalah orang yang belum menguasai berbagai cabang ilmu yang diperlukan dalam berijtihad, sehingga harus bertaqlid kepada seorang mujtahid; tetapi setelah ia mengetahui dalilnya. Hukum Allah baginya adalah pendapat mujtahid yang diikutinya. Sedangkan muqallid 'ammi adalah orang yang belum menguasai berbagai cabang ilmu yang diperlukan dalam berijtihad, sehingga harus bertaqlid kepada seorang mujtahid; tetapi ia tidak mempedulikan dalilnya. Berdasakan hal ini, muqallid 'ammi harus mengikuti ucapan atau pendapat para mujtahid serta menerima hukum-hukum yang mereka istinbath-kan. Baginya hukum syara' adalah hukum yang di-istinbath-kan oleh mujtahid yang diikutinya. Berdasarkan hal ini, maka hukum syara' adalah hukum yang di-istinbath-kan oleh seorang mujtahid yang memiliki kemampuan berijtihad. Baginya hukum adalah hukum Allah yang tidak boleh diingkari, dan atau mengikuti pendapat lain secara mutlak. Bagi orang-orang yang bertaqlid kepadanya, maka hukum tersebut telah dianggap sebagai hukum Allah yang tidak boleh diingkarinya.


Seorang muqallid apabila bertaqlid kepada sebagian mujtahid dalam suatu masalah dari berbagai masalah dan bertindak sesuai dengan pendapat mujtahid dalam masalah tersebut, maka tidak dibolehkan meninggalkan mujtahid itu dalam masalah hukum tersebut, tetapi boleh mengikuti mujtahid lain dalam masalah lain secara mutlak. Apabila ia ingin mengikuti mujtahid yang lain dalam masalah lain yang berbeda, maka hal tersebut dibolehkan sebagaimana ketetapan dari Ijma' shahabat. Karena itu, dalam hal ini, seorang muqallid dibolehkan meminta fatwa kepada orang alim dalam masalah tertentu. Adapun jika seorang muqallid menentukan satu mazhab, misalnya mazhab Syafi'i dan berkata "Saya bermazhab kepadanya dan terikat kepadanya", maka dalam hal ini ada keterangan lain. Yaitu, bila setiap persoalan yang diambil dari mazhab yang diikutinya berkaitan dengan apa yang ia lakukan, maka secara mutlak ia tidak diperkenankan bertaqlid kepada selain mazhab yang telah dipilihnya dalam suatu masalah. Lain halnya jika amal perbuatannya itu tidak tergantung kepada masalah yang telah ditentukan oleh satu mazhab yang dianutnya. Dalam masalah ini, maka tidak ada larangan baginya untuk mengikuti selain mazhab yang dipilihnya.


Bagi seorang mujtahid yang dalam ijtihadnya sampai kepada suatu kesimpulan hukum tertentu, maka baginya diperkenankan untuk meninggalkan apa yang telah dicapainya (dalam ijtihadnya) dalam masalah tersebut untuk kemudian bertaqlid kepada yang lain jika ia mempunyai maksud untuk menyatukan kaum muslimin dalam satu pendapat. Inilah yang telah terjadi pada saat pem-bai'at-an Utsman bin Affan.

Tuesday 23 December 2008

Sehari Suntuk Berjalan...

Fuhh..aktiviti semalam aku ialah jalan-jalan..Aku dgn beberapa org kawan.. KL Central tempat kitaorg bertemu..makan tgh hari sekali kt sana..syukur alhamdulillah, perjalanan g KL Central tak lah menyeksakan even KL Central tgh ramai org baik orang Malaysia mahu pun foreigner..

Selepas makan kitaorang g Mid Valley. Kat Mid Valley xde watpe pun.. Plan nk g bowling.. Tp kawasan bowling tuh menyeramkan pulak..gelap dan disinari cahaya2 biru dan hijau..dan ada yg tak setuju men bowling kt situ.

Selepas tuh, kitaorng blah pergi Sunway Piramid. Plan yg sama jugak, men bowling. Tetapi tak jadi, sbb tempat tuh dah org booking., ada games.. Hmmm, last-last2, kitaorang men ice skating.. Harga tiket boleh tahan mahal RM 21 seorang. Glove RM8. Token locker RM1. Mula2nya, aku tak nak men. Takut jatuh je n kena gelak. Last-last aku main juga. Memang teruja juga lah main benda alah nie.. Mujurlah aku tak jatuh..ehehe..

Ini je boleh aku upload.. Yg lain senye xperlu kut kalian tgk..ehehe..private2..haha


soklan hot fuzz..5 minit jawab

soklan nie di copy sepnuh hati dan cite rase dr en mamat..soklan hot fuzz

a.Do you think you’re hot??
hot??masih general soklannya...
aku lelaki hot?/hahaa pastinya tidak..lum ade sumber utk menyatakan aku lelaki hot!!
teringat kata2 sir azhari yusof: "kamu kepala hot"..haha

b.Upload your favourite picture of you.


c.Why do you like that picture??
1.gmbr masa reunion classmate tuk pertama kalinya..
2.geng2 schoomate, classmate, kantoimate, dendamate, backingmate, labmate, n ape2 mate sekali pun..ehehe..tet,me,rapis, legob

d.When is your last time you ate pizza??
Herm rase waktu bulan pose kot
bukak pose ngan mentor mentee..
yeah..best.. kenyang gilas…

e.The last song you listened to??
Greenday – Misery
ak mulai suke lagu ni lepas ak dengar teT nyanyi..
suka bkn sebab dy nyanyi best.tp rentak n lyric lagu tu..
dy iaitu teT berjaya menghilangkn mood bosan aku ketika tgh menyiapkn homework sejarah..

f.What are you doing right now beside this??
tgk gmbr masa aku keluar jejalan kt kl central, mid valley, sunway piramid..smbl tuh pk aktiviti..sean, legob, rapis n tet suh aku blk kg.katanya ada perojek..yor lah tuh ada projek..aktivit kali nie aku nk tet plak jd ketua..

g.What Name would you prefer beside yours??
nama parent aku lah...hehehe

h.People i tag??
member schoolmate
1.sean
2.legob
3.rapis
4.teT


i.Who is number 1??
dy?kenal kwn atas kwn..sek men sebelah2 je..
kitorang berkenalan dari teT sbb dy satu sek rendah dgn teT..
ade je contact aku klu dy blk kg.cuma aku je kdg2 terlupa contact dy..hihi

j.Number 3 is having relationship with??
aku tak pasti plak la..
takder plak gosip berdenyut nak kate dier kapel ngan sape..
coverage kuat nie!! saje xnak kasik taw member.bak kat teT, "tu pun nk sep..cmni kwn??" nanti dier kawin kiter tau ler kan.. ehehe

k.Say Something about no 4??
owh teT..
selalu dengar prob aq..act prob tuh xbesar mana pun..
mujur dier tak bosan.. wahaha..
padan muke kalau bosan kan? Sape suruh bosan..
tapi kene dengar jugak la…tak gitu en pooh??haha..musykil kitaorng, ko xde awek ke??

l.How about number 2??
org yg 'pelik'..
tak kenal erti putus asa..dendam??takde kut..cumburu yg kuat..hot staff!!sebab dia kata ada org nk cop2 anak perempuan dia utk legob..se nye betul kot..dier tak tipu kot..

Monday 22 December 2008

Sumber-sumber Sejarah Rasulullah

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH

Sumber: Raheeq Maktum

Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kita bahagikan seperti berikut:
Pertama: Kitabullah (AI-Qur'an)

Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup Rasulullah dalam al-Qur'an melalui salah satu aliran berikut:

a. Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzab .Juga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.

Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadap sesuatu iktibar. Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubung kait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspek penghidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.

Sebenarnya pendedahan Al-Qur'an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur'an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya' yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.

Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith-hadith).

Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksud-kan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta' oleh Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.

Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat-nya kerana beberapa sebab:

a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari'at Islam maka hadith-hadith yang menceritakan tentang penghidupan RasuluL-lah berselerak dan berkecamuk dalam maudu'-maudu' fiqah.

b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu' atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.

Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam.

Perihal riwayat hidup Muhamrnad RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dari mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kedl yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-peristiwa dalam sejarahnya itu. Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin 'Othman (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, 110H), Syarbabil bin Sa'd (wafat. 123H) dan Ibnu "Syibab Al Zuhri (wafat,124H).

Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal beberapa bahagian yang tercerai, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabari manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dari tulisan Wahb bin Manbah (110H). Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammad bin Ishaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa'ad (wafat pada tahun 230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.

Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya maklumat (dokumen) sejarah Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu. Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah Rasulullah Sallalahu 'alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan. Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:

"Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullah daripada Kitab "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah Ibnu Hisyam". Akhimya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Sebahagian dari mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut- sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya "Dala'il Al Nu-buwwah" dan "Tanda-tanda Kenabian". Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan bukunya "Zad Al Ma'ad".

Umur Dan Keraguan


Oleh: Azhari
Publikasi 28/09/2004

hayatulislam.net - Kita pahami bahwa umur telah ditetapkan Allah SWT terhadap seluruh makhluknya, kemudian menjadi rahasia Allah SWT tentang panjang-pendeknya umur seseorang dan dengan cara bagaimana ia meninggal. Kita tidak tahu kapan akan meninggal dan dengan cara apa?

Pada saat Allah SWT memberikan ketetapan terhadap umur kita, maka Allah SWT telah memberikan “modal yang sangat berharga” kepada manusia, yakni umurnya. Umur yang diberikan Allah SWT sangat pendek atau Allah SWT memberikan batasan waktu kepada manusia, sehingga harus dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dalam surat al-‘Ashr [103] Allah SWT bersumpah dengan waktu, umur bisa juga diartikan dengan waktu,

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. (Qs. al-‘Ashr [103]: 1-3).


Allah SWT bersumpah demi waktu bahwa seluruh manusia (muslim atau kafir) akan merugi, kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan ibadah, berda’wah dan bersabar. Bersabar dipahami 3 hal, sabar dalam keta’atan, sabar dalam menjauhi kemaksiaatan dan sabar dalam menerima musibah.

Tafsir Ar-Razi menguraikan keterkaitan antara “waktu” dengan “kerugian”. Waktu adalah modal, jika dalam berdagang kita tidak mengusahakan modal dengan baik maka kita akan merugi bahkan bisa menjadi bangkrut. Begitu juga dengan umur, jika tidak dimanfaatkan dengan baik maka kita akan merugi. Jika hari ini lebih baik dari kemaren maka kita orang yang beruntung, jika hari ini sama dengan kemaren maka kita orang yang merugi, tetapi jika hari ini lebih jelek dari kemaren maka kita orang yang celaka.

Jika kita tidak memanfaatkan umur dengan baik, maka terus-menerus kita akan mengalami kerugian yang besar. Karena Allah SWT tidak akan pernah menambah modal (umur) yang telah diberikannya kepada kita, bahkan tidak akan mengundurnya sedetik-juapun jika masanya telah tiba,

Dan bagi setiap umat ada ajalnya. Apabila ajal itu sudah datang tidak dapat mereka meminta diundurkan atau dimajukan sesaat juapun. (Qs. al-A’raf [7]: 34).

Sehingga beruntunglah orang yang memanfaatkan dengan maksimal modal ini. Caranya?, berbuat amal kebajikan yang diridhai Allah SWT dan meninggalkan kemaksiaatan yang dimurkai Allah SWT. Orang-orang yang beruntung adalah mereka yang menjalankan semua kewajiban dan menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, kemudian selalu menjaga dirinya untuk tidak berbuat kemaksiaatan.

Orang-orang yang mengalami kerugian ketika kebanyakan melakukan hal yang mubah, karena ia tidak memperoleh kompensasi apapun dari modalnya yakni tidak memperoleh pahala maupun dosa. Ia telah menyia-nyiakan modalnya yang berharga berupa umur, sehingga tidak memperoleh keuntungan apapun meskipun tidak melakukan kemaksiaatan tetapi ia tetap merugi karena menyia-nyiakan umurnya. Untuk menghindari kerugian ini, maka ia harus mengurangi hal-hal yang mubah dan menjadikannya ibadah sunnah.

Orang yang celaka adalah orang yang menggunakan umurnya untuk kemaksiaatan serta meninggalkan kewajiban, dia telah membahayakan dirinya dengan menghabiskan umurnya tanpa memperoleh kompensasi (pahala) apapun, malah menanggung kerugian dengan menabung dosa. Jika ia melakukan secara terus-menerus perbuatan ini, maka dosanya menumpuk sedangkan pahalanya tidak bertambah dan diakhirat timbangan dosanya lebih berat daripada pahala.

Lantas, berapakah umur kita saat ini? Berapa lagikah sisa umur kita? Dan apa yang akan kita perbuat untuk mengisi sisa umur itu agar tidak menjadi orang-orang yang merugi? Wallahua’lam.

Maraji’:
Majalah Al-Wa’ie, edisi no. 48, tahun IV, Agustus 2004


Sunday 21 December 2008

Apa Yang Dirasai

Alhamdulillah, sy baru je sampai KL... Sedikit suntingan video Surah al-Hadiid dari saya..*isi masa kelapangan masa otw g KL. Sy just nk share bersama apa yg sy dgr...Buat yg mendengar bacaan audio tnpa menyelak bacaan serta terjemahaan..pasti tidak mengetahui apa yg dirasai oleh Imam Abdurrahman Sudaisy.. Tiap kali menonton TV or video semasa beliau menjadi Imam dan membaca khutbah.. Terdetik dihati sy..Bilakah, sy menjadi sepertinya..Bilakah, sy akan dtg ke tmpt kelahiran ibu sy??Mahu saja menetap disana..;)


Saturday 20 December 2008

Ditemani aGPS...

Salam semua...

Siapa yang tidak teruja apabila mengetahui aGPS benar-benar memberi manfaat.
Sebahagian orang merasakannya seperti biasa. Tapi bagi saya ia istimewa. Teruja juga apabila diberi peluang menggunakan aGPS. Semalam saya dengan kawan saya pergi ke someplace di Batu Pahat. Masa on the way pergi ke Batu Pahat. Kami try lah Maps yg dipasang di handphone. *Pastikan handphone ada support aGPS*. Hasilnya memuaskan. Ada jua kepelikan di suatu tempat (jalanraya) berbanding visual yang ditunjukan di screen. *Maybe disebabkan pembinaan MAPs tersebut kut. Versi 2 tahun lepas takpun rancakkan pembangunanan di Batu Pahat*. Terkejut juga saya masa tuh, sejak bila ada Square Mall dkt Tmn Setia Jaya betul2 bersebelahan dengan Carrefour. Actually, bagi yg mahu install Maps di handphone yg mempunyai aGPS jangan lah khuatir. Jalanraya yang ditunjukkan kat handphone sebenarnya tally dengan jalanraya yg kalian sedang lalui. Mustahil juga ada perubahan jalanraya dalam masa singkat. Paling koman berubah pun, sela 5 tahun sekali. Setakat ada bangunan-bangunan 'lain' xde dlm Maps itu normal. Sebab kwsn tuh tak 'famous', atau pun programmer takde maklumat ttg bangunan-bangunan tersebut. Kat sini sy nak share sedikit hasil tracking kitaorang. Gambar agak blur cz sy disable kan function flash semasa buat penangkapan..







Simpang Rantai

Wednesday 17 December 2008

Dirancang, Tetiba 'menimpa', & manfaat apa yang ada..

Hmm, mcm xbes je tajuknya..hahaha..

Al-kisah... Hari nie, saya & kawan saya pergi ke Batu Pahat. Ada sedikit urusan di sana. Alhamdulillah, urusan tuh selesai lebih awal dari seperti dijangkakan.

Ingat settle je urusan nie, plan nak jumpa wuzara di sana. Bual2 sekejap n makan tengah hari sekali. Tapi saya terlupa, bahawa hari ini hari orang bekerja. So comfirmlah wuzara berkerja..ngee~

Leh kerana waktu tu dah waktu makan tengah hari. Perut dah kerongcong amat sangat. Saya ngn kawan sy, makan di sebuah kedai makan kt Taman Murni. Tempat saya makan dgn kwn2 mase belajar dulu.

Selepas solat kt masjid daerah. Kitaorang pegi ke BP Mall. Shopping sikit2..ehehe..Pastu men bowling..men bowling sbb nak tunggu jawapan dari sorg kawan, Aishah. Kitaorang nk ziarah dia cz dia kemalangan..Tunggu punya tunggu, sempat gak men 2 games..

Agak2 korng, terisik tak masa kitaorang nie??ehehe..saje je bertanya.. Hmmm...kita hanya merancang, Allah yang menentukannya.




Time2 straight..yehaaa!





Saringan Pertama





Saringan Kedua

Tuesday 16 December 2008

Membuka Surah al-Hadid Ayat 13-16

Shiekh Abdurrahman Sudaesy...Siapa tidak kenal dengan Imam tersebut yang memiliki suara yang lunak. Beliau adalah merupakan Imam di Masjidil Haram. Jika kalian follow bacaan tersebut iaitu membaca terjemahaannya. Pasti kalian dapat tahu kenapa nada suaranya kadangkala biasa(lunak) kadangkala menjadi nada suara yang pilu. Hingga pernah suatu masa, tangisannya yang didengari oleh jemaah lain.


Jika kalian membuka surah al-Hadid ayat 13-16 diwaktu itulah Imam Abdurrahman Sudaisy membaca dengan nada yang pilu. Meskipun dia memahami barhasa al-Quran, apakah menyebabkan hatinya tersentuh dan menangis takala membaca surah al-Hadiid ayat 13-16. Hmmm, apakah hati kita tersentuh?


13. Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu." Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)." Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.


14. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.


15. Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu. Dan dia adalah sejahat-jahat tempat kembali."


16. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.


Pada surah Al Hadiid diterangkan kemana orang-orang itu harus bersegera. Manakala surah al-Waaqi’ah menerangkan tentang orang-orang yang bersegera (As-Saabiqun). Digalakkan kalian membaca al-Waaqi’ah kemudian diikuti al-Hadiid kerana kedua-dua surah ini sering berhubungan. Surah Al Waaqi'ah menerangkan tentang keadaan hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Kemudian diterangkan penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit. *perbetulkan jika penerangan ini jika ada yang tidak kena.* Selamat membaca dan beramal.

Sunday 14 December 2008

My Convocation Day's


Dengan member2...


Sebenarnya saya dah lama konvo. Bulan 8 hari tu. Ada juga member sek tanya2, "mana gambar konvo??" asal jumpa je, dorg tanya "mana gambar konvo??" tak lupa juga, member office nak tgk gmbr konvo. Rase setakat nie je yg boleh saya upload.*gmbr disimpan kt memory card phone* so terhad gmbr yg ada. jika ada mase sy upload selebihnya. Sori xde gmbr berjubah n certain gmbr telah diedit. Yg original ada kt lappy. Se nye yg ini dah memadai utk kalian tgk..selamat menonton. Sekali sekala pakai baju mcmni, nmpk smart gak ek..;p

Saturday 13 December 2008

Kun Aliman

Aku pernah ditanya oleh seorang kawan. Tetapi melalui SMS. Dia bertanya ” Apa perananan umat islam dlm bdng sc n tekn0l0gi.kasi 3 4 p0int plz”. Walaupun SMS dah lama ditanya pd 3 Mac 2008. Soalannya agak mencabar kerana ia memerlukan proses berfikir dan kefahaman yang jelas. Adakah soalan-soalan lain tidak perlu berfikir untuk menjawabnya? Bergantung kepada individu itu sendiri. Ada mereka yang berbangga menguasai suatu ilmu tetapi tidak difahami ramai. Ada juga mereka mengaku, mereka lah pencetus idea sekian-sekian. Tapi sayang!! Orang ramai tidak memahaminya. So kenapa perlu dibanggakan??

Kun Aliman bermaksud; jadilah kamu orang yang mempunyai ilmu.

Secara umumnya ilmu itu milik Allah. Diturunkan wahyu(al-Quran) untuk sekian umat manusia. Ia tidak dikhususkan kepada sesiapa kerana ajaran Islam sebagai rahmatan lil ’alamin. Berbalik kepada soalan tadi, ”Apakah peranan umat Islam dalam bidang sains dan teknologi?”. Ajaran Islam tidak mendukung terwujudnya perdamaian (salam), keadilan (’adalah), kebebasan (huriyyah), moderat (tawassuth), toleransi (tasamuh), keseimbangan (tawazun), konsult (syura) dan persamaan (musawah) sebagai mendasar kehidupan.

Jika dilihat zaman kegemilangan umat Islam menguasai ilmu-ilmu baik kejuruteraan, senibina, kedoktoran, perubatan dan sebagainya, mereka menjadikan Aqidah Islam sebagai ideologi mereka. Dengan jelas kita tahu bahwa Rasulullah SAW telah meletakkan Aqidah Islam sebagai dasar ilmu pengetahuan, sebab baginda menjelaskan, bahwa fenomena alam adalah tanda keberadaan dan kekuasaan Allah, tidak ada hubungannya dengan nasib seseorang. Hal ini sesuai dengan aqidah muslim yang tertera dalam al-Qur`an:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Qs. Ali ‘Imran [3]: 190).

Kita bertanggungjawab pada segala aspek kehidupan sebagai amanah, termasuk Sains & Teknologi. Oleh sebab kefahaman pada tanggugajwab ini dan ijtihad-ijtihad yang telah dkeluarkan mengupayakan para ilmuwan & saintis Islam merintis penemuan-penemuan yang dgunapakai dseluruh dunia. Konsep math algebra, alat-alat serta penemuan sistem pembedahan, senibina; Bandar Kordova di spainyol, masjd al-Aqsa serta sistem perpanjang suara dgn kaedah fizik, bidang astronomi; perkiraan bulan, pelayaran. Dalam bidang kimia; pembentukan persamaan kimia. teknologi kincir air, kincir angin, sistem saliran air yg sistematik, pengisar dan sebagainya.

Di atas dasar(paradigma Islam) inilah yang telah mencetak muslim-muslim yang taat dan soleh tapi sekaligus cerdas dalam ilmu pengetahuan dan teknolgi. Itulah hasil dan prestasi cemerlang dari paradigma Islam ini yang dapat dilihat pada masa kejayaan ilmu pengetahuan Dunia Islam antara tahun 700 – 1400 M. Untuk dinyatakan siapakah mereka. Rasanya kalian lebih mengetahui siapa mereka dan bidang-bidang yang dikuasai mereka..=) Sekian, wallahulam..

Friday 12 December 2008

Google Memperleceh Nama ALLAH..

ewe

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” Al-Baqarah [2] : 120

Memang tidak dinafikan bahawa Google Translate memang berguna. Namun, disebalik nilai guna(utilities value) yang tinggi, tersorok kebencian yang amat sangat. Hal ini telah diberitakan Allah sejak 1400 tahun yang lalu.. Manifestasinya, di sini ..

Perhatikan dengan teliti, tanda soal perlu diletak, seolah-olah ia satu soalan yang ditanya.. Ini cuma sebahagian kecil pembongkaran yang dilakukan.. Perlecehan sebegini patut dihentikan segera!! Jika tidak, Jihad jawapannya.. Khilafah akan datang tidak akan berdiam diri.

Wajah Gumbira...





Ini antara aktiviti aku minggu lepas. Nmpknye xramai yg g kenduri classmate aku.Myb ada yg tak blk kut. Tak pon, smp dulu dr kitaorg ataupun selepsa kitaorg. Bukan senang nk jumpa reramai..ehehe.. Hmmm, aku se nya dia kut 1st classmate kita orang yg kawen dulu. Actually, aku & dak2 lain dah lama tak nampak dak suhada nie. Since raya puasa SPM!!...tup3..dpt kad jemputan. Suhada, thx ye jemput kitaorng. Igt gak ko kt kitaorang. Masih sep address2 ktorg. MOga bahagia ke anak cucu..

Wat kawan2 yg sdg 'couple' or bertunang cepat2 lah kawen. Kami tak sabar nk makan ns minyak korg.

Wednesday 10 December 2008

Sabar...

Bersabar itu satu nikmat. nikmat itu satu anugerah. anugerah itu satu ujian. ujian itu kasih Allah kepada hambaNYa. Aku perlu bersabar dgn sesuatu perkara ini. Kerna perkara ini akan 'memotivasikan' saya utk terus langkah kehadapan. Perkara itu juga adalah ibadah. Rasanya tak perlulah saya panjang lebarkan perkara yg sy maksudkan. Cukuplah untuk saya katakan, mencuba dan terus mencuba.

Saturday 22 November 2008

Knowledge is POWER



Semenjak dr kecik lg manusia secara semulajadi akn cenderung utk bljr mnggunakn akal...


Akal sentiasa ingin tahu dan memahami hukum alam...


Setiap pengetahuan yg dipelajari oleh akal akn trsimpan di dlm otak mnjadi ilmu...


Ilmu yg diperolehi itulh yg bakal mmbezakn tahap pemikiran setiap manusia... Kuat, lemah, bodoh atau bijak...


Dari tadika hingglh SPM dulu... Tiap2 hari aku ulang alik pergi sekolah tgk muka cikgu, buat homework, exam.. Sampai terlupa apa tujuan aku belajar, hinggalah lepas SPM... Sementara tunggu result, aku cuba2 cari kerja, full time or part time inside of my district or outside. Tp aku xdpt kerja, takde kekosongan. Lg pun mak aku dh pesan, tak yah keja sbb dia nk pergi haji masa tu.


So aku tlg bos aku kt kebun... Bermula dr situ aku trdedah dgn satu corak khidupan baru... Pengalaman prtama mndapat duit dr hasil usaha dan idea sendiri... Survive dlm dunia pokok2... Tgk mcmna dia manfaatkn ssuatu kt pokok2...contoh kulit batang pisang dijadikn tali pngikat & sbg nye lah..Rasa seronok masa tuh..


Pernah suatu ktka aku ckp sama mak... Doakn, aku cenderong perkara2 yg baik2 k. Walaupun halangannya sprti mmanjat tembok... Mak beritahu aku... Dia tak kisah aku nak kerja apa pun, asalkn kerja itu aku minat. Tp yg penting sekali, lengkapkn diri dgn ilmu yg mantap!! Pengetahuan yg mndalam..Akal yg bijak barulh kita boleh brjaya dan dihormati.


Sebabnya..jika kita trlalu minat akn ssuatu..jika kita tiada ilmu utk mngwal akal dan keinginan..kita akn mudah hanyut.


Tapi..jika kita minat akn ssuatu..kita mngawal minat kita dgn ilmuuuu yg mantap..insya-Allah satu hari kita pasti berjaya..


Kita suka kereta A sbb dy mnjimatkn minyak. Pdhal kereta B juga mnjimatkn minyak. Tapi kenapa kita pilih kereta A juga. Mungkin kita dah dibekalkn dgn ilmu tersbut; "Wow!! bestnya kereta ni..camna diorang buat ye??"..Owh..minyak nya sebegini penggunaannya jika kita mmbuat cornering pd darjah sekian, pecutan sekian, tekanan udara tayar sekian, jenis tayar(bunga)...


Tukang spray kereta mahupun kapal, jika tiada ilmu, tak menjadi punya. Mcmna nk buat spray pertama kt body besi yg licin. Sume tuh kena ada ilmu & pnglman. Mcm jg pncetak kertas. Apabila electron +ve brtemu dgn elcetron -ve. Ia akan 'melekat'. Maybe dorg bljr dr petir kut. Mcmna petir boleh 'menerjah' ke ssuatu tmpt. Tmpt lain xnak pulak..ehehe


Jika kita tgk negara2 yg berisiko dilanda taufan. Mereka membina rumah berasaskan kayu-kayan, metal2 hanya pd bahagian asas aje. Kenapa?? Besi merupakn kondator terbaik. Taufan mnghasilkn tenaga dimana ia mnghasil cas 'penarik'. Mereka tahu semua ini, sbb mereka minat pd taufan. **Kalau taufan dh dkt rumah kayu, confirmlh kena tarik. Juz nk bagitaw, rumah yg berunsur besi, mudah ditarik oleh taufan even jarak rumah dgn taufan adalah jauh.


Banyak hikmah yg kita pelajari yg berada dilangit dan dibumi,bagaimana binatang diciptakan; penciptaan kapal selam dgn ikan puas. Helikopter dgn pepatung...


Begitu juga dgn kaum nelayan mndpt ilmunya dr laut. Pemburu mndpt ilmunya dr hutan. Para ibu mndpt ilmunya di rumah dan ceruk dapur. Makcik/Pakcik cleaner yg tahu sukatan cecair asid utk mbasuh lantai.


Jika semua-semua ilmu ini mereka dpt terjemahkan mnjadi buku dan tulisan utk mnjadi rujukan generasi akn dtg, sudah pasti ramai nelayan, pmburu, petani, ibu2 sudah memliki master atau PhD di dlm bidang yg mereka mahiri. Percaya tak??


Kegagalan ssuatu prkara bukanlh kayu pngukur orang itu cerdik atau tidak. Kecerdikan itu terjadi dari akal yg berfikir dan pnglmn itu mrupakn 'guru' terbaik.


Hmm


Aku rasa cukup lah setakat ni..Yg lain2 tu Allah dah kasi korang akal.Pandai2 lah fikir.. Wallahulam



dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran. Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk, dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa) ?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran. [TQS An-Nahl, 13-17]

Friday 21 November 2008

Patience

Narrated by Anas bin Malik (Razi Allah Ta'lah Anhu);
The Prophet (Sal-allahu-aleihi-wasallam) passed by a woman who was weeping beside a grave. He told her to fear Allah and be patient. She said to him, "Go away, for you have not been afflicted with a calamity like mine." And she did not recognize him. Then she was informed that he was the Prophet (Sal-allahu-aleihi-wasallam). So she went to the house of the Prophet (Sal-allahu-aleihi-wasallam) and there she did not find any guard. Then she said to him, "I did not recognize you." He (Sal-allahu- aleihi-wasallam) said, "Verily, the patience is at the first stroke of a calamity."
( Sahih Bukhari Vol 2:372 of Sahih Bukhari )

Wednesday 19 November 2008

Tokoh Perjuangan dari Al-Azhar


Universiti Al-Azhar telah banyak melahirkan tokoh yang memberi sumbangan besar kepada dunia dan Islam secara khususnya.

Antara individu-individu lulusan universiti Islam tertua dunia ini yang dikenali ramai dalam sumbangannya adalah Hassan Al-Banna yang terkenal sebagai reformis sosial dan politik Mesir serta pengasas kepada Ikhwanul Muslimin iaitu kumpulan terbesar dan paling berpengaruh dalam penggerak kebangkitan semula agama.

Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.

Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.

Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.

Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam.

Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Gamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.

Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.

Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.

Taqiuddin al-Nabhani

Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.

Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.

Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.

Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.

Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.

Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.

Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.

Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.

Sheikh Ahmad Yassin

Pengasas Pergerakan Hamas, Sheikh Ahmad Yassin juga merupakan salah seorang daripada lulusan Al-Azhar yang giat memperjuangkan agama, negara dan bangsa,

Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura berdekatan bandar Majdal yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Mandat British Palestin sebelum berpindah ke Gaza selepas kampung tersebut musnah dalam Perang Israel 1948.

Mengalami kecederaan ketika bersukan pada usia 12 tahun yang membawa kepada kecacatan anggota sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.

Ia bagaimanapun tidak menghalang beliau dari melanjutkan pelajaran di Al-Azhar selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, ketika pergerakan Islam dan perjuangan nasionalis Arab sedang berkembang pesat.

Yassin kemudian menyertai Ikhwanul Muslimin ketika pengajian beliau di Al-Azhar dan seterusnya terus melibatkan diri dengan cawangan kumpulan tersebut di Palestin.

Semasa Intifada pertama pada tahun 1987, Yassin dan rakan baiknya Abdel Aziz Al-Rantissi menubuhkan Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian kumpulan tersebut yang menekankan perjuangan menentang Israel.

Ditangkap dua tahun kemudian bersama hampir 200 anggota Hamas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang askar Israel dan penduduk Palestin yang disyaki bersubahat namun Hassan dibebaskan pada tahun 1997 selepas campur tangan arwah Raja Hussein dari Jordan.

Setibanya di Gaza pada 6 Oktober 1997, Yassin mengisytiharkan bahawa sekiranya Israel berundur dari Tebing Barat dan Gaza serta menutup kesemua penempatannya, maka Hamas bersedia berdamai dengan Israel.

Pada September 2003, tiga tahun selepas kebangkitan Intifada kedua di Palestin, Israel gagal dalam cubaan membunuh Yassin namun beliau terkorban pada tahun berikutnya apabila peluru berpandu mengenai keretanya ketika dia baru keluar dari sebuah masjid di Gaza.

- MOHAMAD FIKRI ROSLY

[sumber: Utusan Malaysia 17/11/08]

Monday 17 November 2008

Peranan Suami... Peranan Isteri

"Macamna aku nk bgtaw si dia. Sedangkan hati ini berkenan pada si dia. Permudahkan urusanku..."


Dalam mencari pasangan yg seiring dan sejalan dengan kita yang mahukan kehidupan kita dan pasangan kita benar-benar mahukan Islam diterapkan ditengah-tengah kehidupan.

Nak carinya mungkin susah. Pembinaan pasangan itu sendiri. Semasa proses taaruf(perkenalan), dari situ mungkin kita dapat tahu samada bakal pasangan kita sanggup bersama kita atau sebaliknya. Sejauh mana dia ini ’sanggup’. Sekuat mana pula kita berkata benar. Sebijak mana pula kita berbicara dengannya agar calon kita ini menjadi teman hidup kita, penyeri kehidupan kita. Ada yang berfikir; ”lepas kawin je lah aku asuh isteri aku.” Memang wajib pun asuh isteri kita. Tapi kita jangan lah amik mudah atau pandang sebelah mata semasa proses taaruf ini. Ok, memang mula-mula nampak dia nie islamic; yang wanitanya bertudung litup, tutur katanya baik. Kira ok lah tu yerk. Begitu juga yg lelakinya. Tapi bila dah berumah tangga, bagaimana?? (I mean aurat masih terjaga.). Kita nak pergi halaqah ni. Kita nak pergi usrah ni. Tapi ada halangan. Pasangan kita tak memahami kita. Haaa, kat situ ada konflik yang dahulunya kita tidak terangkan kepada mereka. Ini baru masalah nak pergi kelas. Kalau dah jadi musyrif/musyrifah? Naqib/Naqibah? Bagaimana?

Sanggup tidak sanggup menerangkan pada pasangan kita(masa taaruf) akan menjadi timbangan kita. Kalau aku bagitahu dia, takut aku melepas plak. Kalau aku diam kan, takut bermasalah masa kawin nanti. Mungkin di dlm proses taaruf pasangannya berkata, sanggup. Tapi sejauh mana kata itu dikotakan jika setiap ujian menimpa dirinya. So bagaimana?? Dalam al-Quran Allah SWT memberikan beban hukum yang sama kepada lelaki dan perempuan dalam melaksanakan kewajiban berdakwah dan amar maaruf nahi mungkar sebagaimana difirmankan-Nya di dalam surah at-Taubah, 9:71;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Proses taaruf itu penting sekali. Bila dah berumah tangga, bagaimana pula nak konsistenkan apa yang dibawa semasa bujang à taaruf à seterusnya berumah tangga.

Sebagai manusia biasa, setiap Muslim pasti pernah mengalami pasang-surut dlm melaksanakan kewajipan ini. Ujian dlm bentuk kesulitan dan kenikmtan hidup datang silih berganti. Kadang2 semua itu membuat kita merasa terhempit sesak atau bahkan terlena dengan kesibukan dan kemewahan sehingga tanpa disedari mengurangi waktu, bahkan meninggalkan dakwah. Apakah kita lebih mencintai daripada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalanNya. Sungguh diri ini benar-benar tersentuh takala ayat ini dibacakan semasa halaqah dan dihafal untuk peringatan diri sy sendiri dan berusaha mengamalkannya. Terrasa diri ini sering kali cuai dalam urusan Allah dan Rasul, terleka dengan urusan kerja yang semakin hari semakin banyak.”Menangis keranaNya kemudian ketawa semula. Ku sering melanggar laranganMu di dalam sedar atau tidak. Ku sering melanggar seruanMu walaupun ku sedar diriku adalah milikMu.” [Raihan - Damba Cinta]. Lemahnya diri ini.

Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) dan kaum keluarga kalian, juga harta yang kalian usahakan dan perniagaan yang kalian khuatirkan kerugiannya, dan rumah tempat tinggal yang kalian sukai adalah lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab)-Nya. Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”

[QS at-Taubah, 9: 24].


Sesungguhnya jawaban orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” Mereka itulah orang-orang yang beruntung. Siapa saja yang taat kepada Allah dan rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.

[QS an-Nur, 24 : 51-52]

Untuk itulah, orang terdekat, khususnya suami atau isteri, harus saling mengingatkan agar keduanya tetap konsisten/istiqomah dan bersemangat dalam melaksanakan kewajiban dakwah ini, apapun kondisinya.

Ramai mungkin mengetahui, Islam telah menetapkan bahwa suami pemimpin bg isteri di dlm rumah tangga. Pemimpin yg bagaimana yg dikehendakki Allah SWT, wahai para lelaki?

”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), ...”

[QS an-Nisa’, 4:34]

Pergaulan suami isteri umpama dua orang yg bersahabat, mereka dpt saling mencurahkan perasaan dan bertukar fikiran demi mencari penyelesaian terhadap masalah yg dihadapi, dalam keadaan senang mahupun susah.:

”Sesungguhnya perempuan (isteri) itu adalah sahabat lelaki (suami)”

[HR Abu Dawud dan Ahmad]

Di atas ‘landasan’ itu iaitu mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Pasangan suami isteri dibangunkan atas dasar prinsip tolong-menolong dlm kebaikan dan takwa, saling menasihati dlm kebenaran dan kesabaran, serta berlumba-lumba dlm menjalankan ketaatan kpd Allah dan RasulNya serta menjauhi larangan-Nya. Wallahulam.


p/s: sekadar berkongsi.

Wednesday 12 November 2008

Forum

Orang-orang yang berhak menerima zakat (para mustahiq zakat) telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan firmanNya, “Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil zakat, mu‘allaf hamba, orang-orang berhutang, jihad fi sabilillah, dan ibnu sabil.” [TMQ At-Taubah (9):103]. Ayat ini membatasi dan mengkhususkan para mustahiq zakat hanya kepada lapan golongan (asnaf) sahaja. Zakat tidak boleh diberikan kepada selain mereka.

Tempoh hari saya pergi suatu forum. Forum tentang Saham Wakaf & Penting Dalam Syariat Islam. Saya dengar forum tu tapi sekejap jelah. Mungkin sebab dah tahu apa itu wakaf. Saya jalan-jalan sekitar ruang masjid. Tengok kaunter-kaunter wakaf dan zakat. Semasa kat ruang legar pintu utama masjid. Ada sekelompok abang-abang dan warga veteren sedang berborak. Lalu saya duduk bersama mereka. Mereka sedang cerita tentang wang zakat. Mungkin ada yang tak kena tentang zakat. Adalah suara-suara berkata. ”Dia orang nie sibuk ’nak’ Saham Wakaf tapi buat meeting kt negara China nun. Ape kes!!. Ini ntah tercapai tidak beli asrama utk pelajar al-azhar.” Pastu ada suara yang cuba cool kn keadaan. ”Cikgu(bekas cikgu), itu tanggungjawab mereka kt akhirat sana.” Di dalam hati saya tertanya gak kemana aliran wang zakat tuh pegi. Di akal saya terfikir. Betul juga kata abang Isa. Tapi hati macam ’tak puas hati’ bila terdengar kata-kata panel: ”Memang pihak zakat mampu membiayai asrama di Al-Azhar Mesir yang nilainya bernilai RM4 juta dan setelah diubahsuai, harganya menjadi RM6 juta lebih. Tapi manfaat(pahala) siapa yang dapat? Pihak zakat yang dapat. Sebab itu Saham Wakaf diwujudkan untuk memberikan peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk merebut bersama dalam wakaf ini. ...”, Saya yang mendengar tuh ketawa kecil, ”taw-taw je dia ni dapat pahala”.

Untuk pengetahuan pembaca. Panel itu memberitahu ini adalah peluang untuk orang-orang yang kurang berkemampuan untuk mewakafkan hartanya. Pendek cerita, wakaf 1 ekar tanah untuk bina masjid, tapak perkuburan dan sebagainya. Tapi dimasa sekarang siapa yang mampu berbuat demikian?? Cuma orang-orang kaya sahaja yang dapat melakukan. Orang kebanyakan, ’susah’ sikit untuk mewakafkan hartanya. Dia juga menyatakan dalil sebagai sumber hukum. Antara yang dalil yang biasa kita dengar ialah:

Dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda ”Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: 1) Sedekah jariahnya 2) Ilmu yang bermanfaat. 3) Anak soleh yang mendoakannya”

Dan 1 lagi dalil dari Nabi SAW. Maaf hadith ini saya tak berapa jelas untuk disimpulkan, kerna ia panjang.ehehe(alasan diterima =P) Apa yang diingati, ”Syaidina Omar mendapat sebidang tanah di Khaibar ...”. Ia hadith dari Ibni Omar RA. Jika ada yang mengetahui hadith tersebut, sila beritahu k.

Selepas itu abang Isa ajak saya pergi ke kaunter zakat. Untuk bertanya tentang asnaf zakat. Mereka(pihak zakat) tahu ngolet(collet) duit zakat. Tentu mereka tahu bagaimana wang zakat dialirkan. So saya pun pergi ke kaunter tersebut. Ada dua orang ustaz disitu. Sorang ni nampak muda (1) dan seorang lagi berumur (2). Kami pun bertanya secara berhemah.

Soalan: Nak tanya sikit ust. Ust bahagian zakat kan. Sy nak tanya sikit lah ust.

Ustaz 1 & 2: Ok..silalah..

Soalan: Pihak zakat tugasnya memungut dan mengagihkan wang zakat. Orang yang layak menerima zakat iaitu Asnaf Zakat, siapa aje ustaz??

Ustaz 1: Ada banyak bang. Antaranya untuk orang miskin


Jawapan ustaz 1 teragak-agak..lalu dipotong oleh ustaz 2


Ustaz 2: Aaaaa...ada bapeee..ia ada 8..8 asnaf..

Soalan: Alhamdulillah..betullah apa yang saya ketahui..Ustaz jika seseorang itu berhutang. Adakah dia(pehutang) layak menerima zakat sebagaimana yang difirmankan Allah SWT??

Ustaz 2: Ye, layak.. Kerna termasuk dalam Asnaf Zakat.

Soalan: Adakah seseorang itu layak terima zakat kerna dia berhutang membiayai yuran pengajiannya.


Saya lihat Ustaz (2) dah terkebil-kebil matanya..


Ustaz 2: Kita tengok permasalahannya dahulu..

Soalan: Aikk..ustaz permasalahan pelajar ialah berhutang.

Ustaz 2: Kita tengok keadaan pelajar itu macamna, terdesak atau tak terdesak.

Lalu abang Isa, tanya kepada saya. Wan, kau bagitahu aku ada tak pelajar yang belajar tinggi-tinggi tak terdesak pinjam duit. Dorang nie terpinjam duit agaknya kut.

Saya tersenyum dan mengelengkan kepala. Tanda, pelajar terdesak pinjam duit. Saya berkata kpd ustaz itu. Paling koman cepat dapat pinjam ialah PTPTN. Tapi sekarang PTPTN dah kena syarat baru iaitu skim SSPN sebagai pra syarat utk mendapat PTPTN.

Ust 2: Kamu belajar dimana.?

Dihati saya, alamak dia dah soal aku plak dah..

Saya: Disebuah kolej swasta. Persoalan itu bukanlah saya tujukan diri saya sahaja tetapi adalah umum. Tidak semua yang sanggup membayar faedah yg dicaskan oleh PTPTN. Ada beberapa kenalan saya tidak mengambil PTPTN. Mereka membiayai yuran pengajian mereka menggunakan duit mereka sendiri. Bagaimana mereka dapat?? Kerja part-time, ustaz. Semata-mata nak elakkan diri dari Riba’. Ustaz 1 & Ustaz 2 (sambil menunding jari kepada ustaz tersebut) sendiri lebih arif bukan kerna bekerja di jabatan Agama Islam. Dan sudah sedia maklum mengenai riba’ serta ancaman dari Allah dan Rasul-Nya terhadap orang fasiq. Sudah tahu, tetapi sengaja melakukannya. Ustaz, adakah pelajar yang berhutang belajar layak terima zakat seperti disenarai oleh Syara’.

Ustaz 2: Kamu masih muda..boleh bekerja..boleh bayar hutang..

Ustaz menunding jari kepadaku sebagai isyarat yang saya ini muda dan boleh bekerja.

Saya: Itu bukan jawapan yang saya hendaki. Jika yang lain bagaimana ustaz?

Ustaz 2: Beginilah. Jika PTPTN. PTPTN tidak mengeluarkan surat suruh bayar hutang selagi pelajar itu belum mendapat pekerjaan.

Saya: Kalau dah dapat surat, cammana ustaz.

Ustaz 2: Kamu bawa surat itu dan datang ke pejabat. Dan kami nilaikan layak atau tidak..

Saya: Rase macam tak confrm je ustaz. Timbul plak layak atau tidak.Tahap macamna yg dikatakakan layak ustaz??

Ustaz 2: Kamu datang ke pejabat dan isi form.
Kita tengok macamne nanti.

Saya tersenyum melihat ustaz 2. Terbuka-buka songkongnya untuk terangkan kpd kami.(Haiihh susah sgt ke ust??) Abang Isa pun bertanya, apabila tengok ustaz 2 ’berpeluh’.

Abang Isa: Beginilah ustaz. Cerita tentang orang berhutang tak kan habis. Saya tak dengar ’jawapan’ dari ustaz. Tunggu dan lihat. Ustaz boleh bagi dalil atau nas tak. Orang berhutang akan dinilai dahulu sama ada dari segi materinya ke, terdesak ke, latar belakangnye ke. Apa yg saya ketahui orang berhutang termasuk dalam Asnaf Zakat.

Saya tengok abang Isa dah ’apikan’ suasana. Jem saya waktu tu. Beberapa orang dari pejabat agama mendekati dimeja kami. Saya cepat-cepat tukar topik..Dan abang Isa pun sama juga. Abang Isa bercakap dengan ustaz 1 mengenai zakat pertanian. Saya dengan ustaz 2 bertanya tentang Asnaf Zakat, Muallaf.

Saya bertanya pada ust itu. Saudara baru berhak mendapat Asnaf tersebut. Tak kisah lah mereka ini kaya atau miskin. Mereka berhak menerimanya. Dan terpulang pada mereka untuk menerima atau sebaliknya

Ustaz: ye..betul..

Saya: Tetapi mengapa ada di antara mereka tidak dapat zakat tersebut??

Ustaz: Kita tengok dimana mereka daftarkan diri mereka di kawasan mana. Kalau daftar di Terengganu, di Johor mereka tak dapat zakat. Mereka dapat di tempat mereka daftarkan diri.

Saya: Owh. Begitu. Abeh kalu mereka itu sendiri daftar di negeri johor. Tetapi mereka tidak dapat zakat tersebut. So bagaimana ustaz??

Ustaz: Sebab mereka tak hadirkan kelas yang kami buat.

Saya: Sampai gitu sekali ye ustaz. Setahu saya, mereka wajib(berhak) terima zakat itu. Tak ada nas yang mengatakan tak pegi kelas tak dapat zakat.

Ustaz tu macam bengang je tengok saya.

Saya: Ust.. Itu jelah yg sy nak tahu. Terima kasih berkongsi masa. Insya-Allah saya datang ke pejabat untuk isi form tu..

Mujurlah saya tidak buat PTPTN. Alhamdulillah..

Bersurai..saya & abang Isa beredar dari meja kaunter zakat....

Peristiwa di atas bukanlah untuk ’menghentam’ orang itu. Tetapi ini adalah realiti yang sedang berlaku dan saya sendiri ketahui/nampak. Jika nak dikongsikan permasalahan orang-orang berstatus Asnaf Zakat boleh dikatakan banyak juga. Lebih-lebih lagi semasa saya merantau di Shah Alam. Ada yang mintak duit kat saya atas sebab terputus bekalan, orang sabah nk smbg belajar kt mesir. Saya explain kat mereka. Pergi mintak kat masjid berdekatan,.Kalau mintak kat baitulmal, saya sendiri tak tahu dimana baitulmal berada. Sebab saya juga merantau. So saya suruh mereka pergi ke masjid dan tanya AJK masjid tanya mereka di mana baitulmal berada kut-kut pihak masjid enggan memberi bantuan. (Maybe AJK masjid takut mereka ditipu.) Kasihan orang Ibnu Sabil (orang yang putus bekalan dalam perjalanan). Lagi kasihan bagi orang luar negeri. Orang Islam yang datang kesini. Terputus bekalan sebab diragut. Hilang passpod antarabangsa.

Saya teringat lagi semasa saya on the way pergi Shah Alam dari kampung halaman saya. Semasa saya sampai di Station Pudu Raya. Datang seorang hamba Allah mendekati saya. Dia cerita tentang permasalahan sedang dia alami. Siap dia tunjuk bukti yang dia nie hilang passpod. Ada keterangan polis lagik dia tunjukkan. Saya faham masalah dia. Saya beri sedikit wang yang bolehkan dia renew passpod, insya-Allah. Fikir saya, jika saya suruh dia mintak kat Baitul Mal. Mustahil atau memang mustahil untuk dia dapat bantuan zakat. Sebab dia bukan warganegara Malaysia. Kalau benarlah apa yang difikirkan saya..hohohoho... Aliran zakat itu setempat. Tak seperti dizaman sahabat dahulu. Zakat telah direalisasikan secara nyata dan berjayanya di dalam perjalanan sejarah Islam. Kejayaan gemilang di dalam perlaksanaannya terbukti ketika ada zaman di mana tidak ditemui orang-orang fakir atau miskin yang berhak untuk menerima zakat. Ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, sebagaimana diungkapkan oleh Yahya bin Sa’id, seorang petugas amil zakat pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau berkata, “Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengutusku untuk mengumpulkan zakat orang Afrika. Lalu aku menariknya dan aku minta dikumpulkan orang-orang fakirnya untuk kuberi zakat. Tapi ternyata tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang mengambilnya.” [Ulwan, 1985:2, As-Siba’i, 1981:392]. Zaman pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz terkenal dan terabadi sebagai zaman yang penuh kemakmuran sehingga tiada dari rakyatnya yang layak untuk menerima zakat. Jadi, tidak hairanlah jika ada ulama yang menyatakan bahawa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah salah seorang dari Khulafa’ur Raasyidin.

Jika kita renung kembali seorang tokoh yang berperwatakan lembut, namun beliau tidak pernah berlembut kepada sesiapa sahaja yang menyeleweng dari hukum Allah.. Syaidina Abu Bakar as-Siddiq telah memerangi golongan yang enggan membayar zakat, walaupun mereka masih mengerjakan solat. Beliau mengisytiharkan perang ke atas golongan yang enggan membayar zakat walaupun jumlah mereka adalah ramai dan mereka mempunyai kekuatan. Kata-kata beliau yang sangat lantang dan tegas terpahat di dalam sejarah umat Islam dan masih segar sehingga ke hari ini.

Kisah Abu Bakar as-Siddiq tidak terhenti disini sahaja. Hukum berkenaan zakat diterangkan di dalam Al-Qur’an dan dirincikan lagi di dalam hadis-hadis Rasulullah

Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Terdapat pelbagai peristiwa di zaman Rasulullah yang menunjukkan dengan jelas bagaimana Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menerap dan melaksanakan rukun Islam yang keempat ini. Ini menunjukkan dengan jelas kepada kita akan kepentingan zakat di dalam Islam sebagai satu hukum Allah yang wajib dijaga.

Persoalan seperti al-anfaal (harta rampasan perang), jizyah (harta yang diambil oleh negara dari warga negara bukan Islam), hukum kharaj (hukum cukai tanah), hukum syirkah (persyarikatan dalam Islam), hukum istisna’ (hukum berkaitan industri pembuatan), hukum milkiyah al-‘ammah (harta milik umum), hukum milkiyah ad-daulah (harta milik negara), ‘usyuur (harta yang diambil oleh negara dari komoditi perniagaan ahlul zimmah/kafir harbi yang melintasi sempadan negara) dan sebagainya langsung tidak disentuh, bahkan lebih buruk, langsung tidak difahami atau dipelajari. Jika dipelajari sekalipun, hanyalah untuk tujuan akademik atau bersifat teori semata-mata, bukannya untuk diterapkan. Sebaliknya sistem ekonomi kapitalis dipelajari dengan bersungguh-sungguh untuk diterapkan. Inilah kondisi terburuk yang melanda umat Islam saat ini, hukum kufur dilaksanakan, hukum Allah dibakul sampahkan! Na’uzubillah min zhalik. Bagi anak Johor dan yang melanjutkan pelajaran agama di peringkat Darjah Khas. Rasanya ada belajar hal ini. Tapi saya ingat-ingat lupa persoalan-persoalan ini berada dikitab mana. Jenayat, Muamalat, Sirah dan sebagainya..

Bagi siapa yang menelaah mengenai sirah-sirah Islam. Bagaimana Zakat & Baitul Mal diuruskan mengikut syara’. Baitul Mal adalah tempat yang dikhususkan bagi kemasukan dan pengeluaran harta yang menjadi hak seluruh kaum Muslimin. Kita tidak pernah mendengar masalah pengagihan zakat timbul semasa pemerintahan Khilafah, walhal Daulah Khilafah ketika itu menjangkau hampir dua pertiga dunia. Apa yang kita dengar adalah Daulah Khilafah merupakan sebuah negara yang kaya yang tidak ada kemiskinan di dalamnya sehingga di masa-masa tertentu tidak ada orang yang layak menerima zakat. Tidak timbul langsung soal batas sempadan negara yang menyekat pengagihan keluar zakat. Ini adalah kerana negara umat Islam itu adalah negara yang satu.

Sekarang bagaimana?? Kita tengok TV 3, Bersamamu. Itu adalah bukti kegagalan Sistem kufur yang diterapkan di Negara ’Islam’. Ini adalah sebutir dari ’kerosakan’ sistem sedia ada.

Wallahualam...

** Geli hati tengok orang-orang parlimen. Bergaduh pasal dinasour. Gelar org dinosour. Dinosour yang matang fikirannya. Cakap lepas, tak akan kena saman.

-Dalam Islam telah ajar kita bagaimana melafazkan tutur kata yang baik. Jaga maruah orang.

** Newcastle Universiti bakal didirikan di Wilayah Iskandar South Johore??

- Siapa yang mengelola universiti tersebut?? Jika bukan kerajaan, terfikir satu perkataan ini. Pertanian asas perniagaan. Maka Pendidikan asas perniagaan. Tak ada duit, tak leh masuk universiti Newcastle..ehehe

Masya-Allah.. Bila lah pemimpin-pemimpin ini memikirkan tentang umat. Tentang pelaksanaan dan penerapan hukum Allah.

Related Posts with Thumbnails