From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Tuesday 29 December 2009

Diantara Kesedaran & Peranan

Sejak sekian lama tertangguh untuk menulis. Baru hari ini diberi peluang untuk menulisnya lagi. Post kali ini menceritakan tentang dakwah. Sering kali kita hadir ke mana-mana seminar, kursus dan seangkatannya yang berhubung dengan dakwah. Panglima Kungfu biasa menyelusuri weblog maya di luar sana; pelajar-pelajar yang belajar di luar negara kerana sekadar hendak tahu keadaan mereka di sana. Di mana kehidupan mereka ini terbuka segalanya; fahaman politik, mazhab, agama dan sebagainya.

Pada bulan lepas, Panglima Kungfu pernah hadir ke sebuah seminar Modern Daie di MMU. Sedikit laporan yang boleh di baca bersama, [klik disini].

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (kelompok) yang mengajak pada kebajikan (Islam) dan melakukan amar maaruf nahi mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung.
[TQM Ali Imran, 3:104]


Tidak ada satu pun agama atau idealogi lain yang memiliki aturan semacam itu apalagi menandinginya. Hal ini kerana, Islam adalah agama yang sangat memperhatikan hubungan manusia dengan manusia lainnya(hablu minnas). Seseorang itu dipandang sebahagian yang tak dipisahkan dari masyarakat.

"Perumpamaan orang-orang Muslim dalam hal kasih sayang dan tolong-menolong yang terjalin antara mereka adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian meraskan sakit maka seluruh bahagian tubuh akan merasainya, dengan tidak tidur"
[HR Muslim]

Tatkala dibacakan beberapa hadith tentang kewajipan berdakwah dan sewaktu dengannya. Panglima Kungfu mengerti akan kefardhuan tersebut. Hatta masa, harta dan jiwa dijadikan sandaran. Dahulu, Panglima Kungfu pernah berbicara dengan seorang sahabat. Sahabat itu umurnya dalam lingkungan 37-40 an. Mempunyai seorang isteri, 3 orang anak, sebuah rumah + kereta (tiada riba' nya) dan pekerjaannya adalah pensyarah. Sahabat itu memberitahu,
"Untuk apa lagi saya dambakan didunia ini dan saya kerjakannya; saya mempunyai seorang isteri yang solehah, anak, rumah dan kereta."
"Kepada yang masih bujang, pasti ada keinginan seperti yang saya kecapi. Setelah memperolehinya, apa yang antum dambakan lagi??"

Panglima Kungfu mendiamkan diri, sebab Panglima Kungfu tahu, itu penyata tak perlu dijawab dan sahabat itu mahu meneruskan percakapannya.

"Saya, tidak lain dan tidak bukan. Saya dambakan cita-cita ini. Cita-cita yang sememangnya kita tidak pasti, terpilihkah kita ini. Hanya itu sahaja jalan pintasnya. Cita-cita ana, adalah mati syahid di Jalan Allah" tangan kanannya dijulang ke atas.

Tubuh Panglima Kungfu terasa digoncang tatkala mendengar kata-kata sahabat itu. Lantas mengingat Panglima Kungfu, bahawa mati syahid itu untuk hambaNya yang terpilih sahaja. Meskipun kita ini sedang berada di medan perjuangan. Meskipun kita telah mendapat kecederaan yang teruk. Malah ada diantara perjuang Islam lumpuh setelah berjuang dijalan Allah. Jika kita imbas kembali sejarah sahabat yang memperjuangkan Risalah Allah. Antaranya, Saifullah. Saifullah nama gelarannya diberi atas kehebatannya dimedan perang. Saifullah meninggal dunia bukan di atas medan perang. Ntah mengapa, kenapa tokoh hebat ini terlintas di fikiran Panglima Kungfu ketika itu. Jika di lihat pada diri Panglima Kungfu, apakah Panglima Kungufu ini tercalon sebagai para syuhada? Doa itu tidak pernah dilupakan. Ameen, mudah-mudahan...

Seorang Muslim yang memahami erti tanggungjawab pasti memahami hadith ini. Di mana setiap pemeluknya bertanggungjawab terhadap saudaranya dan segenap umat manusia pada setiap waktu dan keadaan.

"Siapa saja bangun pagi dan hanya memperhatikan masalah duniana maka orang tersebut tidak berguna sedikit pun di sisi Allah...Siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslim maka ia tidak termasuk golongan mereka"
[HR ath-Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari]

Sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada tahun 1924, kaum Muslim berada dalam keterpurukan di berbagai bidang; Mulai terpecah-belahnya kaum Muslim dibahagi oleh ikatan nasionalisme, terancamnya aqidah kaum Muslim oleh serangan misionaris agama Kristian, mengambil sebahagian kehidupan Islam yang dirasai perlu (kemaslahatan). Diterapkan pula, sistem demokrasi kufur dalam kancah kehidupan hingga tatakehidupan Barat sudah mengakar di negeri-negeri kaum Muslim. Kesannya tidak ada satu pun negeri kaum Muslim yang menerapkan Islam sebagai sebuah ideologi. Semua in berpangkal pada rendahnya taraf berfikir kaum Muslim yang amat parah.

Panglima Kungfu merasa sungguh tidak cukup hanya dengan mengelus dada atau mengeluarkan airmata, menyaksikan realiti buruk di depan mata. Sebab, bagaimana mungkin seseorang dapat tegak berdiri (kecuali Syaidina Abu Bakar orang pertama berdiri dihadapan Allah SWT-seingat Panglima Kungfu) dihadapan Allah SWT jika ditanya tentang sikap diamnya ketika hukum-hukum Allah dicampakkan; ketika Islam tidak dijadikan sebagai pemutus perkara di tengah-tengah kehidupan; ketika Islam terasing di raungan sempit kehidupan (memisahkan agama dari kehidupan), moral, dan spritual yang bermuara pada tidak adanya kehidupan yang islamik.

Dewasa ini, umat memerlukan orang-orang yang mahu dan mampu membawa umat kembali menuju kemulian dan ketinggiannya dengan jalan meningkatkan taraf berfikir umat dengan pemikiran islamik. Dengan itu, bukan mustahil masa kejayaam Islam seperti pad masa Rasulullah SAW, dan para Sahabat, Khulafa ar-Rasyidin dan para khalifah sesudanya akan terulang kembali.

"Allah SWT telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di antara kalian bahawa Dia pasti akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi ini, sebagaimana Dia pernah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa"
[TQM an-Nur, 24:55]

Orang yang memiliki rasa tanggungjawab dan peduli terhadap diri, keluarga, dan umatnya serta mengharapakan keredhaan Allah SWT pasti akan berusaha sekuat tenaga untu melakukan perubahan ke arah Islam. Berkaitan dengan ini, Allah SWT mensyariatkan aktiviti dakwah. Dengan dakwah, Islam boleh kembali tersebar ke seluruh penjuru dunia, dipeluk, difahami, dan diamalkan oleh manusia dari berbagai suku dan bangsa.

Sunday 13 December 2009

Pergaulan: Ada Beza Untuk Orang Islam Kepada Orang Islam & Non-Muslim?



Tatkala saya berjalan-jalan di blog rakan maya. Saya telah membaca entrinya sudah agak lama untuk saya bacai. Ermmm, sudah ke-5 post entri ini berlegar di dunia tanpa sempadan. Agak ketinggalan bukan?? Sebenarnya, saya dah baca pun entrinya masa di awal-awal waktu. Cuma saya membacanya seketika sahaja sebab ada urusan yang perlu saya uruskan dahulu dan saya copy-paste ceritanya ke dalam notepad. Hal ini kerana, apa yang diceritakan dalam entri tersebut bertentangan apa yang ketahui/fahami selama ini.

Di dalam entri tersebut, si penulis memberitahu saya [saya yang membacanya, maka penulis memberitahu saya..:p], bahawa senario kehidupannya semasa berada di luar negara dan di Malaysia amat berbeza sekali. Penulis menjelaskan lagi, dalam aspek pergaulan khususnya. Mereka (yang mengikuti usrah) amat menekankan tentang pergaulan di antara lelaki & perempuan. Penulis itu berkata, segelintir daripada mereka tertib dalam hal ini. Hatta untuk berdiskusi tentang pembelajaran dan projek semesta, mereka tekankan. Di sini saya hendak hightlightkan tentang apa yang dikatakan oleh rakan penulis mengenai pergaulan di antara lelaki & perempuan. Perkara ii yang dilafazkan oleh rakan penulis tersebut bertentangan apa yang saya ketahui. Saya pun tidak mengerti mengapa hal ini berlaku. Adakah lafaz itu hadir dari pandangan peribadi atau dari usrah yang mereka ikuti?? Wallahulam.

Membuat saya tertarik akan dua point ini. Mengapa point ii ada?? Saya pun tidak mengerti mengapa...


i) Anda sama ada baik atau jahat. Tiada antara dua

ii) Perbualan antara muslimin dan muslimat tidak dibenarkan hatta memandang. Tetapi dibolehkan terhadap mereka yang berlainan jantina dan bukan Islam.


Di dalam entri saya pula, saya sertakan sedikit informasi mengenai pergaulan di antara lelaki & wanita dalam pandangan Islam. Moga entri kali ini mencernakan pemikiran yang jernih (al-fikrul mustanir) dalam memahami peraturan hidup dalam Islam (Nizam al-Islam).
Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.

Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:

Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.

Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.

Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan 1elaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.

Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.

Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya."
[Q.s. An-Nur: 27]


Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.

Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.

Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.

Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di 1uar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.

Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.

Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;

“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.”
[TQM Ali-Imran: 85]

Friday 11 December 2009

Seminar: Hijrah & Pengorbanan


SEMINAR HIJRAH DAN PENGORBANAN
"BERKORBANLAH sebelum ANDA dikorbankan"

Khas untuk muslimah yang dikasihi kerana Allah,
Anda dijemput bersama-sama menghayati makna sebenar hijrah dan pengorbanan sempena sambutan Awal Muharram , di dalam seminar khas anjuran bersama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dan Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN). Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Disember 2009 bersamaan 25 Zulhijjah 1430H (Ahad)

Masa mula: 8.30 pagi

Tempat: Masjid Muaz bin Jabal, Persiaran Setiawangsa,
Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
(berhampiran LRT Setiawangsa)


Terbuka kepada muslimah sahaja. Masuk adalah percuma.

Semoga dengan kehadiran puan-puan akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim

Penyebaran maklumat ini adalah sangat dialu-alukan.

Thursday 10 December 2009

Selamat Pulang Jemaah Haji

Diatas kesempatan ini. Saya mahu mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada jemaah-jemaah Haji. Muga Haji kalian diterima Allah hendaknya. Bagi mereka yang berusaha(mengumpul duit) agar dirinya dapat melaksana fardhu Haji seperti saudaranya, muga Allah memperkenankan permintaan anda semua. Muga Allah memakbulkan doa kalian.


Ibadah haji sungguh mengingatkan kita akan kesatuan umat lebih dari ritual yang lain. Makna itulah yang selalu diresapi oleh kaum Muslim sejak era Rasul dan sepeninggalan Baginda. Mereka selalu menjaga kemaslahatan kesatuan umat itu dalam satu kesatuan kepemimpinan, iaitu Khilafah. Seharusnyalah kita meneladani mereka dengan menghilangkan keterpecah-belahan di antara kita dalam banyak kepemimpinan. Kita wajib berupaya mewujudkan satu kepemimpinan bagi kita semuanya, iaitu Khilafah Islamiyah. Inilah makna agung ibadah haji yang seharusnya kita wujudkan. Allah SWT berfirman:

Berpeganglah kalian semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kalian bercerai-berai. Ingatlah kalian akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dulu (pada masa Jahiliah) bermusuh-musuhan lalu kalian dengan nikmat Allah itu menjadi bersaudara.
[QS. Ali Imran [3]: 103]


Sungguh, dalam ibadah haji banyak sekali terkandung makna-makna agung yang dapat diresapi oleh mereka yang sedang berkumpul di sekitar Ka’bah maupun oleh kaum Muslim di seluruh dunia. Mereka semua berkumpul semata-mata kerana panggilan Allah. Mereka mengabaikan seruan yang lain. Mereka menanggalkan seruan nasionalisme. Mereka juga mencampakkan seruan berbagai kepentingan dunia dan semua seruan selain seruan Allah.

Saya kadang-kadang tertanya, bagaimana nikmat yang dirasai jemaah Haji?

Seluruh syiar ibadah haji mengingatkan kaum Muslim akan keagungan kekuasan Allah, kehidupan akhirat, serta pelaksanaan berbagai perintah Allah di dunia dan aktivitas untuk memuliakan agamanya, yakni Islam. Ibadah haji mampu menyedarkan diri mereka akan pentingnya pengorbanan di jalan-Nya serta mendorong mereka untuk menapaki langkah menggapai keredhaan-Nya dan untuk bertawakal hanya kepada-Nya. Ibadah haji mampu mengingatkan mereka akan janji Allah yang tidak akan pernah Dia ingkari. Ibadah haji mampu mengikatkan dunia dan akhirat dengan suatu pengikat, yakni ketaatan kepada Allah serta ketundukkan pada perintah dan larangan-Nya. Ibadah haji mampu menyadarkan mereka untuk segera menuju ampunan Allah dengan bertaubat kepada-Nya dari segala bentuk kemaksiatan dan dosa. Ibadah haji mampu menjadikan mereka takut akan seksaan Allah yang amat pedih. Ibadah haji juga mampu membuat mereka tamak akan keredhaan Allah dan syurga yang telah dijanjikan-Nya.

Demikianlah, seluruh ritual ibadah haji mengandung makna-makna agung yang mampu mendorong kaum Muslim untuk beribadah kepada Allah dalam erti yang seluas-luasnya, yakni ketaatan menyeluruh kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintah-Nya dan menjauhi seluruh larangan-Nya; juga mampu mendorong tumbuhnya sikap yang benar dan jujur dalam menempuh hidup.

Pakaian ihram akan mengingatkan jemaah haji -ataupun kaum Muslim yang menyaksikannya-pada kain kafan dan kematian yang setiap saat boleh hadir menjemputnya. Kalimat talbiyah dan tawaf mengelilingi Ka’bah akan mengingatkan siapa pun untuk menjadikan hidup berputar pada paksi Islam. Sa’i dan melempar jumrah akan mendorong setiap Muslim untuk menghinakan syaitan dan pasukannya, baik dari golongan jin maupun manusia, serta mendorong mereka untuk menunaikan hak kepada yang berhak. Tawaf ifâdhah dan tawaf wada’ akan mengingatkan dan mendorong kesatuan kaum Muslim. Begitulah ibadah haji; ia mampu menguatkan hakikat kaum Muslim sebagai satu umat.

Namun sayang, saat ini keagungan ibadah haji tersebut ternodai akibat terpecah-belahnya kaum Muslim dalam berbagai pemerintahan, aitu lebih dari 50 negara kecil dan lemah. Tidak ada lagi satu pemerintahan yang selalu memperhatikan keadaan kaum Muslim sebagaimana dulu ada sejak Rasulullah SAW, dilanjutkan oleh para khalifah setelah beliau, hingga kekhilafahan (Khilafah Uthmaniah) terakhir diruntuhkan oleh musuh-musuh Islam pada tahun 1924. Keadaan kaum Muslim menjadi semakin buruk. Dalam pelaksanaan ibadah haji saja banyak kaum Muslim yang dipersulit. Mereka, misalnya, harus dilaporkan dengan urusan masuk ke negara umat Islam (baca: Imegresen). Belum lagi adanya sistem kuota yang diterapkan oleh pemerintah Saudi sejak tahun 1988. Kebijaksanaan itu muncul setelah jemaah Iran melakukan protes dan memberontak dengan pihak keselamatan Arab Saudi. Akhirnya, untuk menghindari aktiviti yang berbau politik selama ibadah haji, sistem kuota itu diterapkan. Akibatnya, kaum Muslim tidak boleh dengan mudah melaksanakan haji ketika ia memiliki kemampuan dan berniat untuk melaksanakannya. Banyak di antara kaum Muslim yang terpaksa membatalkan niat perjalanan hajinya kerana kuota telah habis. Kaum Muslim di Saudi sendiri hanya boleh melaksanakan haji lima tahun sekali. Padahal, Allah SWT telah berfirman:


Mengerjakan ibadah haji merupakan kewajiban manusia kepada Allah yaitu bagi mereka yang memiliki kemampuan untuk melakukan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa yang mengingkari (kewajiban haji) maka sesungguhnya Allah Mahakaya, tidak membutuhkan sesuatu pun dari alam semesta.
[QS Ali Imran [3]: 97]


Sungguh, keadaan semacam ini sangat berbeza dengan keadaan kaum Muslim sejak era Rasulullah SAW dan era ketika mereka hidup di bawah naungan Khilafah Islamiyah. Para khalifah senantiasa memperhatikan urusan pelaksanaan ibadah haji dengan memberi dan membangun berbagai fasiliti yang memudahkan bagi siapa pun yang hendak menunaikan ibadah haji. Pada era Khilafah ‘Abassiyah, misalnya, siapa pun yang melakukan perjalanan haji dijamin penuh keamanannya hingga orang yang berjalan dari Hadramaut ke Baitullah tidak takut walaupun sendirian. Khalifah membangun berbagai fasiliti seperti tempat istirehat di hampir setiap kota sebagai tempat singgah bagi mereka. Di situ, siapa pun yang kehabisan bekal diberi bekal sebagai hak ibnu sabil yang diambil dari harta hasil pengumpulan zakat.

Sekian wallahulam

Saturday 28 November 2009

Haji Semata-mata Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada kaum Muslimin. Umum sepanjang tahun, umat Islam melaksanakan ibadah yang ada di dalam Rukun Islam. Ibadah mereka cendorong kepada ritual semata-mata. Sedangkan Allah SWT menurunkan Islam bukan hanya ritual semata-mata, bahkan juga dalam aspek politik semata-mata. Apabila disebut Haji dan Masjidil al-Haram Mekah khususnya masyarakat Melayu. Mereka (tetamu Allah) pastikan ditanya oleh keluarga, rakan taulan, sahabat andai dan lelain tentang pengalaman mereka semasa disana. Persoalan yang pasti ditanya adalah perkara-perkara pelik yang berlaku disana.

Pada suatu ketika dahulu, saya pernah berfikir tentang qoata jemaah haji setiap negara yang diberikan oleh pemerintah Arab Saudi. Mengapa perlu ada qoata?? Mengapa menghalang umat Islam untuk beribadah haji?? Dewasa kini, pemerintah Arab Saudi menghalang jemaah haji berpolitik, apatah kah lagi berbicara tentang Islam dan penerapan hukum Syariat. Walhal politik itu sebahagian dari Islam. Mengapa menghalang jemaah haji berbicara dan berbincang soal politik Islam?? Politik Islam lah, yang membela agama Allah seterusnya umat Islam dan umat yang berada di naungan Daulah Islam.

Politik Islam adalah 'pengatur' dan 'pengurus' urusan umat dan seterusnya menjadi simbolik penyatuan umat. Jika difikirkan dengan akal sekali, bukan itu yang terbaik??

Saban waktu kita disajikan khutbah yang tidak menyentuh tentang politik islam. Khutbah yang lazim kita dengari adalah berkaitan dengan ritual dan perkara-perkara fardhu kifayah semata-mata. Sempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati khutbah terakhir Rasulullah SAW, Khutbah al-Wida'

Wallahulam

Saturday 21 November 2009

Karekter Seorang Daie

Dakwah adalah proses mengkomunikasikan materi dakwah kepada sasaran dakwah. Oleh kerana itu, harus ada pelakunya, iaitu seorang daie atau pengembang dakwah (hamilud dakwah). Seorang daie tentu harus mempersiapkan diri dalam melakukan aktiviti dakwah. Disamping penguasaan materi dakwah dan teknik-teknik dan komunikasi untuk penyampaian materi dakwah, seorang daie harus mempersiapkan diri dengan membentuk karekter daie atau pengembang dakwah dalam dirinya, sehingga menjadi sifat yang melekat yang senantiasa menjadi akhlak dan perilakunya sehari-hari baik saat ia menyampaikan dakwah maupun saat ia melaksanakan tugas-tugas kehidupan lainnya. Allah SWT berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?"(QS. Fushilat 33).

Imam Ibnu Katsir mengatakan bahawa dakwah kepada Allah maksudnya adalah menyeru para hamba Allah kepada Allah. Sedangkan mengerjakan amal soleh maksudnya bahawa seorang dai yang menyeru manusia kepada Allah itu juga mendapatkan hidayah dari apa yang dia katakan dan kata-katanya itu bermanfaat bukan hanya kepada orang lain, tapi juga kepada dirinya sendiri. Seorang daie itu bukanlah orang yang memerintahkan orang kepada perbuatan yang ma’ruf sementara dia sendiri tidak mengerjakannya. Juga dia bukanlah orang yang mencegah perbuatan munkar sedangkan dia sendiri mengerjakannya. Seorang daie tunduk pada perbuatan baik yang dia dakwahkan dan meninggalkan perbuatan buruk dan menyeru manusia kepada AL Khaliq Tabaraka wa Ta’ala. Ayat ini bersifat umum pada setiap orang yang menyeru kepada kebaikan (Islam) dan dia sendiri mendapatkan petunjuk dan Rasulullah SAW. adalah manusia yang paling utama melakukan hal itu. Abdur Razaq mengatakan dari Ma’mar dari Al hasan al Bashri bahwa dia telah membaca ayat di atas lalu berkata:

هذا حبيب الله هذا ولي الله هذا صفوة الله هذا خيرة الله هذا أحب أهل الأرض إلى الله أجاب الله في دعوته ودعا الناس إلى ما أجاب الله فيه من دعوته وعمل صالحا في إجابته وقال إنني من المسلمين هذ خليفة الله.

Ini adalah orang yang dicintai Allah. Ini adalah wali Allah. Ini adalah pilihan atau teman sejati Allah. Ini adalah pilihan Allah. Ini adalah penduduk bumi yang paling dicintai Allah. Allah menjawab seruannya dan dia menyeru manusia kepada apa yang dijawab (diterima) Allah dari dakwahnya dan beramal salih dalam menjawab seruan Allah dan mengatakan aku termasuk orang muslim. Ini adalah wakil Allah.

Dengan demikian jelaslah betapa mulianya kedudukan seorang dai. Dan betapa seorang daie yang memiliki integriti antara ucapan dan perbuatannya merupakan orang-orang pilihan yang dalam bahasa Imam Al hasan Al Bashri (seorang Imam yang sangat terkenal di masa Khalifah Harus al Rasyid di Baghdad) orang-orang seperti dia gelari dengan habibullah (kekasih Allah), waliyullah (wali Allah), shafwatullah (pilihan Allah) , khairatullah (pilihan Allah), dan khalifatullah (wakil Allah).

Bagaimana menjadi seorang daie yang memiliki integritas antara kata dan perbuatannya? Apa saja karakter yang mesti dimiliki seorang daie yang mengajak manusia kepada jalan Allah, kepada dinul Islam, dengan metode dakwah Islam tanpa kekerasan sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah SAW? Bagaimana cara mebentuk karekter itu dan bagaimana cara merawathnya? Tulisan ini mencuba menguraikannya.

Thursday 29 October 2009

Lapangkan Dada Anda Dengan BerUzlah

Maaf, kerana tidak update blog ini.. kepada Anonymous yang bertanya "tentang duit monetary yang kita pakai skrang nih pun riba' camner?". InsyaAllah, saya akan jawab dalam bentuk post. Masa yang mencemburi saya dan tindakan hambaNya yang terbatas, saya tidak jadikan alasan untuk 'berhenti'. Dikesempatan ini saya sempat menaip semula dari sebuah buku. Sekadar perkongsian semata-mata


Mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunnah Rasul adlah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang-orang yang banyak waktu kosongnya, orang-orang yang lalai, dan orang-orang yang senang membuat huru-hara. Dengan begitu, jiwa anda akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih, dan anda akan merasa leluasa dan bahagia berada di taman-taman ilmu pengetahuan.

Mengasingkan diri(‘uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli pengubatan hati. Banyak cara untuk menjauhikan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Diantaranya adalah; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dengan kaedah “takut kepada Allah”, dan juga menghadiri majlis-majlis pertaubatan dan zikir. Betapapun, perkumpulan atau majlis yang terpuji dan patut dikunjungi adalah yang digunakan untuk menjalankan solat berjamaa’ah, menuntut dan mengajarkan ilmu, atau untuk saling membantu dalam kebaikan. Maka dari itu, hindarilah majlis-majlis yang tidak jelas tujuannya dan tidak pula berguna! Jaga kesucian kulit anda, tangisilah kesalahan anda dan jagalah lidah anda! Semoga, dengan itu rumah anda dapat membahagiakan hati anda.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan serangan mematikan bagi jiwa dan ancaman yang membahayakan keamanan dan kedamaian diri anda. Sebabnya, melakukan hal itu berti anda telah bergaul dengan syaitan-syaitan pembisik desas-desus, penyebar khabar bohong, peramal bencana dan petaka. Dan itu, akan membuat anda mati tujuh kali dalam sehari sebelum anda benar-benar mati. Maka …..

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antara kamu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
(At-Taubah: 47)

Atas dasar itu, harapan saya satu-satunya adalah supaya anda menjalani apa pun keadaan anda, tetap menyendiri di “bilik” anda dan hanya keluar untuk berkata atau bernuat baik saja. Pada saat seperti itu hati anda akan benar-benar menjadi milik anda, sehingga waktu dan umur anda selamat dari kesia-siaan, lidah anda terhindar dari menggunjing (ghibah), hati anda bersih dari kerisauan, telinga anda terjauh dari ucapan kotor, dan jiwa anda bebas darai berburuk sangka.

Siapa pun yang selalu mencuba pasti akan mendapat pengetahuan. Siapa pun yang membiarkan jiwanya bersama keragu-raguan dan bercampur-gaul bersama orang awam, maka katakanlah: “Alaihissalam!” (Semoga dia mendapat keselamatan)

Monday 19 October 2009

Seminar Ilmiah Minggu Ini

Seminar: Sisters In Islam - Pembela atau Perosak Wanita?

Satu lagi seminar anjuran Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama HTM dan Muslimah HTM pada 25 oktober 2009 (Ahad). Maklumat lanjut seperti berikut:


Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Dewan Serbaguna, Jalan 51A/227, Petaling Jaya, Selangor DE
Masa: 9.00 Pagi - 1.30 Petang

- Masuk Adalah Percuma, Semua Dijemput Hadir -


Friday 16 October 2009

Keadilan Menurut Ibn Taimiyah

Allah menolong negara yang adil walaupun (negara itu) kafir dan tidak akan menolong negara zalim walaupun negara itu Mukmin [Syaikhul Islam Ibn Taimiyah].

Kenyataan di atas adalah benar pernyataan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dalam salah satu kitabnya, Majmu 'al-Fatawa (VI/322).

Pertanyaannya adalah, apa makna sebenarnya dari pernyataan tersebut? Benarkah bagi Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah-dengan ungkapan tersebut-sistem yang tidak islami atau sistem Islam itu bukanlah suatu hal pentinh dan yang penting adalah keadilan? Bolehkah ungkapan di atas dijadikan hujjah bagi kebolehan bermusyârakah dengan sistem yang tidak islami dan berkoalisi dengan parti sekular?


Mengurai / Menyelesaikan Masalah

Sebagaimana diketahui, taraf pemikiran umat Islam saat ini begitu merosot tajam hingga hampir mencapai titik nadir. Nampaknya, bermunculanlah pemikiran dan gagasan aneh yang tidak pernah dikenali oleh generasi Islam dahulu. Contohnya, kebolehan melakukan musyarakah (bergabung) dengan kerajaan yang tidak islami, kerajaan gabungan parti Islam dengan parti sekular dan lain sebagainya. Gagasan-gagasan aneh dan menyeleweng ini juga lahir akibat diabaikannya mabâdi 'asy-syari'ah (prinsip-prinsip syariah) demi apa yang mereka sebut dengan' kemaslahatan '. Kemaslahatan telah mereka posisikan seolah-olah lebih tinggi di atas undang syariah. Akibatnya, suatu perkara yang jelas-jelas haram bisa mengalami metamorfosis menjadi halal jika dalam perkara yang haram tersebut terdapat kemaslahatan. Begitu pula sebaliknya.

Ironisnya, para pengusung gagasan-gagasan di atas juga mengetengahkan sejumlah argumentasi untuk membenarkan pendapat mereka. Tentang musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami contohnya, mereka beralasan dengan kisah Nabi Yusuf as. Menurut mereka, Nabi Yusuf as. telah ber-musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami yang ada di Mesir saat itu. Mereka juga beralasan dengan kisah Raja Najasyi yang memerintah dengan hukum-hukum kufur, padahal pada saat kematiannya terbukti telah memeluk agama Islam. Menurut mereka, dua kisah ini membuktikan bahawa musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami bukanlah perkara terlarang. Dalam prespektif itu pulalah ungkapan yang dikutip oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah di atas dikemukakan. Dengan ungkapan di atas seakan-akan Ibnu Taimiyah melegalkan musyarakah dalam kerajaan yang tidak islami dan berkoalisi dengan parti-parti sekular.


Makna Sebenarnya

Lengkapnya, kenyataan Ibn Taimiyah di atas adalah sebagai berikut:

فإن الناس لم يتنازعوا في أن عاقبة الظلم وخيمة وعاقبة العدل كريمة ولهذا يروى: الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

Sesungguhnya manusia tidak berselisih pendapat, bahawa kesan kezaliman itu sangatlah buruk, sedangkan kesan keadilan itu adalah baik. Oleh kerana itu, umpamanya, "Allah menolong negara yang adil walaupun negara itu kafir dan tidak akan menolong negara zalim, walaupun negara itu Mukmin." 1

Untuk memahami maksud ungkapan di atas secara tepat, paling tidak ada 3 hal yang mesti kita perhatikan. Pertama: bentuk ungkapan dan konteksnya. Dalam ungkapan di atas, Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah menggunakan Perkataan yurwâ (diriwayatkan). Dalam ilmu ushulul-hadith, Perkataan tersebut disebut dengan sighât at-tamrîdh yang lazim digunakan untuk meriwayatkan khabar dha'if (lemah), tanpa sanad daripada Nabi saw.2 Ibn Taimiyah adalah ulama hadis. Beliau juga tentu menerapkan kaedah tersebut. Kerana itu, bisa dipastikan, kata yurwâ menunjukkan bahawa beliau tidak yakin terhadap maqbul (diterima)-nya 'sanad' ungkapan tersebut. Ini saja sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk menolak pendapat sebahagian orang yang menjadikan ungkapan Ibn Taimiyah di atas sebagi hujjah atas kebolehan ber-musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami, atau berkoalisi dengan parti-parti sekular.

Kedua: makna ungkapan. Seandainya dari sisi 'sanad' ungkapan tersebut maqbul (padahal faktanya tidak), kita tetap harus mengkomparasikan ungkapan tersebut dengan pandangan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah tentang adil dan keadilan. Dalam kitab As-Siyasah asy-Syar'iyyah, Ibn Taimiyyah menjelaskan adil dan keadilan sebagai berikut: 3

Keadilan itu adalah keadilan yang bersifat syar'i, yakni istiqamah. Adil adalah semua hal yang ditunjukkan oleh Islam-Al-Kitab dan as-Sunnah-baik dalam (hukum) muamalah yang berkaitan dengan hukuman ataupun hukum-hukum lain. Sesungguhnya adil dalam semua hal tersebut adalah apa yang ada di dalam al-Kitab dan as-Sunnah. Sesungguhnya secara umum apa yang dilarang oleh al-Kitab dan as-Sunnah adalah kembali pada realisasi adil dan larangan untuk berlaku zalim, baik secara detil mahupun secara global, misalnya makan harta yang batil ...

Inilah pendapat Ibn Taimiyah tentang adil dan keadilan. Pendapat ini kurang lebih sama dengan pendapat para fukaha dan para mufassir tentang keadilan.4 Imam al-Qurthubi, misalnya, menuturkan riwayat daripada Ibn Athiyah yang menegaskan, bahawa adil adalah setiap hal yang difardhukan baik akidah maupun syariah.5

Perhatikan, bahawa makna syar'i keadilan itu tidak berbeza dengan makna keadilan secara bahasa. Al-Hafidz al-Jurjani menegaskan, bahawa keadilan itu secara bahasa adalah istiqamah, dan dalam syariah bererti istiqamah di jalan yang haq serta jauh dari hal-hal yang dilarang.6 Jadi makna konprehensif dari Perkataan keadilan secara syar'i tidak keluar dari lingkup iltizam terhadap apa yang dilantik oleh al-Kitab dan as-Sunnah; baik dalam akidah mahupun ibadah, akhlak dan muamalah serta nizhâm yang lain.7

Dengan demikian, kita tidak ragu sama sekali untuk menyatakan bahawa maksud ungkapan Ibn Taimiyah di atas bukan untuk melegalisasi kerajaan yang tidak islami atau musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami atau berkoalisi dengan parti-parti sekular.

Ketiga: ungkapan di atas bukanlah fatwa Ibnu Taimiyah mengenai kebolehan melakukan musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami atau kebolehan berkoalisi dengan parti-parti sekular sehingga seseorang menyatakan bahawa kita boleh bertaklid tentang fatwa seorang ulama. Sebab, pernyataan tersebut hanyalah pernyataan yang dikutip oleh Ibnu Taimiyah dengan shighât at-tamrîdh, sebagaimana telah dijelaskan di atas.

Alhasil dengan "MUNAQASYAH" di atas, bisa kita simpulkan bahawa ungkapan yang dikutip oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Kitab Majmu 'al-Fatawa di atas tidak boleh dijadikan hujah atas kebolehan musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami atau kebolehan kerajaan gabungan dengan parti-parti sekular. Apalagi konteks ungkapan Ibn Taimiyah di atas pada dasarnya hanyalah ungkapan hiperbolik yang menjelaskan keutamaan adil serta dorongan agar seseorang berbuat adil, tidak lebih. Ungkapan ini disitir oleh Imam Ibnu Taimiyah tentang bab qâ'idah fi al-Hisbah (kaedah dalam masalah Hisbah / penghakiman). Jadi, ungkapan ini hanya berkaitan dengan topik penghakiman dan hal-hal yang berkaitan dengan penghakiman, yakni keharusan seorang qadhi (hakim) menegakkan keadilan dan rasa aman di tengah-tengah masyarakat. Tentu ungkapan di atas sama sekali tidak berkaitan dengan kebolehan seorang Muslim melakukan musyarakah dengan kerajaan yang tidak islami, atau melakukan koalisi dengan parti-parti sekular (kafir).


Khatimah

Lalu bagaimana kewajipan kita? Kewajipan kita ialah mengubah masyarakat yang tidak islami menjadi masayarakat yang islam. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sulaiman Ibnu Buraidah ditutur bahawa Nabi saw. pernah bersabda: 8

أدعهم إلى الإسلام فإن أجابوك فأقبل منهم و كف عنهم ثم أدعهم إلى التحول من دارهم الى دارالمهاجرين و أخبرهم أنهم إن فعلوا ذلك فلهم ما للمهاجرين و عليهم ما على المهاجرين

Serulah mereka tentang Islam. Jika mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan terhadap mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (dar al-kufr) kepada Dar al-Muhajirin (Dar al-Islam; yang berpusat di Madinah); khabarkanlah kepada mereka bahawa jika mereka telah melakukan semua itu maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana yang dimiliki kaum Muhajirin dan juga kewajipan yang sama seperti halnya kewajipan kaum Muhajirin.

Hadis tersebut menjelaskan dengan sharih (jelas) kewajipan seorang Muslim untuk menukar sistem yang tidak islami menjadi sistem Islam.

Nabi saw. juga memerintahkan kaum Muslim untuk memerangi para penguasa yang telah menampakkan kekufuran nyata (kufr [an] bawah [an]). Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ubadah bin Shamit yang berkata: 9

دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Nabi SAW. pernah menjemput kami. Lalu kami mengucapkan baiat kepada baginda dalam segala sesuatu yang diwajibkan kepada kami: bahawa kami berbaiah kepada baginda untuk selalu mendengar dan taat [kepada Allah dan Rasul-Nya], baik dalam kesenangan dan kebencian kami, kesulitan dan kemudahan kami; beliau juga menandaskan kepada kami untuk tidak mencabut suatu urusan dari ahlinya kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata [dan] mempunyai bukti yang kuat dari Allah [HR al-Bukhari].

Hadis ini menunjukkan bahawa seorang Muslim wajib mencabut kuasa daripada seorang pemerintah yang telah terjatuh pada kekufuran yang nyata (kufr [an] bawah [an]).

Pada saat yang sama, Nabi saw. tetap memerintahkan kaum Muslim untuk mematuhi kehendak penguasa zalim dan fasik, sepanjang dia masih menerapkan syariah Islam dalam kehidupan negara dan masyarakat. Nash-nash yang berbicara masalah ini sangatlah banyak. Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: 10

من كره من أميره شيئا فليصبر عليه فإنه ليس أحد من الناس خرج من السلطان شبرا فمات عليه إلا مات ميتة جاهلية

Siapa saja membenci sesuatu yang ada pada pemimpinnya (Imam / Khalifah), hendaklah ia bersabar. Sebab, tak seorang pun boleh memisahkan diri daripada jamaah, sekalipun hanya sejengkal, kemudian dia mati, maka matinya adalah seperti mati Jahiliah.

Berkaitan dengan hadis ini Imam al-Hafidz an-Nawawi11 menegaskan, "Ahlus Sunnah wal Jamaah bersepakat, bahawa penguasa (Imam / Khalifah) itu tidak diturunkan hanya kerana kefasikannya."

Selanjutnya Imam an-Nawawi12 menegaskan:

Sebab mengapa pemerintah (Imam / Khalifah) yang derhaka tersebut tidak diturunkan serta mengapa haram keluar daripada kekuasanNya adalah akan mengakibatkan berlakunya fitnah, tertumpahnya darah dan kerosakan kerana permusuhan ... Kerana itu, kerosakan yang berlaku akibat penurunan Khalifah / Imam adalah lebih besar daripada kalau mereka dibiarkan (masih berkuasa).

Wallahu a'lam bi ash-shawab. [KH Musthafa A. Murtadlo]

Nota kaki:

1 Ibnu Taimiyyah, Majmu 'al-Fatawa, VI/322.

2 Jamaluddin al-Qashimi, Qawâ'id at-Tahdîts fî Fununi Musthalah al-Hadîts, 1 / 77.

3 Lihat: Ibn Taimiyyah, As-Siyasah asy-Syar'iyyah, Dar al-Ma'arif li ath-Thiba'ah wa an-Nasyr, Beirut, tt., Hlm. 15 dan 156; Al-Jurjani, At-Ta'rîfât, hlm. 147.

4 Syaikh Ihsan Abdul Mun'im Samarah, Mafhum al-'Adalah al-Ijtimâ'iyah fî al-Fikri al-Islami al-Mu'âshir, hlm. 49.

5 Al-Qurthubi, Al-Jami 'li Ahkam al-Qur'ân, X/165-166.

6 Al-Jurjani, At-Ta'rîfât, hlm. 152.

7 Dr. Muhammad Sidiq Afifi, Al-Mujtama al-Islami wa al-'Alaqah ad-Dauwiyyah, 91.

8 Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi, Shahih Muslim, V/139.

9 Al-Bukhari, Al-Jâmi'ash-Shahih, VI/2588, hadis nombor 6647.

10 Ibid, VI/2588, hadis nombor 6645.

11 Al-Hafizh an-Nawawi, Shahih Muslim bi Syarhi an-Nawawi, juz 6 hal 314

12 Ibid.

Wednesday 14 October 2009

Rujukan Terbaik adalah al-Quran & as-Sunnah

Sila baca akhbar Sumber: Utusan Malaysia 12/10/09


Al-Quran Pedoman Sepanjang Zaman

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan tersesat sesudahnya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku, keduanya tidak akan terpisah hingga mendatangi haudh (telaga Rasulullah pada hari Kiamat)”. (Hadith ini hasan, diriwayatkan oleh al-Hakim dan Malik).

Ternyata Najib sebagai seorang Muslim masih tidak memahami petunjuk sebenar yang perlu ia ikuti agar tidak sesat selama hidupnya. Proses pembinaan Negara Malaysia dan bangsa Malaysia yang digembar gemburkannya, tidak lebih sebagai wacana yang hanya mengaburi mata rakyat. Bagaimanakah sebenarnya kita mengukur kecemerlangan yang telah dicapai oleh Malaysia, yang kononnya telah merdeka daripada penjajahan British selama 63 tahun? Adakah kita benar-benar cemerlang dan merdeka secara hakiki?

Penjajah telah pergi ke negara asalnya, namun sistemnya masih digunapakai oleh kita di Malaysia. Sistem sekular inilah yang menyebabkan rakyat menjadi semakin mundur dalam banyak aspek. Meskipun kita akui, pembangunan material cukup hebat, namun apakah ini boleh dijadikan sebagai kayu ukur kecemerlangan dan kemerdekaan?? Hakikatnya, sistem ini jugalah yang menyebabkan kadar jenayah dan masalah sosial meningkat, kes rogol dan zina menjadi semakin bermaharajalela, statistik kehilangan harta benda semakin tinggi, dan seribu satu macam kerosakan lainnya. Kejayaan demi kejayaan yang dimaksudkan oleh Najib tidak lain dan tidak bukan adalah kejayaan pihak penjajah menanamkan ideologinya di bumi Malaysia ini.

Lihatlah bagaimana Najib cuba membeza-bezakan antara rakyat yang hidup di luar bandar dengan rakyat yang hidup di dalam bandar. Rakyat yang hidup di luar bandar akan dikategorikan sebagai masyarakat yang mundur berbanding masyarakat yang hidup di bandar. Tidak hairanlah jika bandar menjadi pusat pelbagai budaya dan tolok ukur kemajuan sesuatu bangsa di dalam sistem sekular. Ini berbeza dengan sistem Islam yang memandang semua warganegaranya sama rata. Mereka diberikan layanan yang sama, baik di dalam mahupun di luar bandar, tidak mengira sama ada ia Muslim atau non-Muslim. Selagi mereka adalah warganegara Daulah Islam, maka mereka akan mendapatkan hak-hak yang sama seperti tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pekerjaan dan keperluan-keperluan lainnya yang memang wajib disediakan oleh Daulah untuk rakyatnya.

Di dalam Daulah Islam, peluang pekerjaan bagi mereka yang tinggal di bandar adalah sama dengan mereka yang tinggal di luar bandar. Masyarakat luar bandar di dalam Daulah tidak akan merasa dianaktirikan. Segala peluang yang ada pada mereka yang tinggal di bandar akan turut sama dirasai oleh penduduk luar bandar. Di dalam Daulah, dengan sistem ekonominya yang diasaskan kepada pengagihan kekayaan secara adil, tidak timbul isu warga yang terpinggir atau sebaliknya kerana setiap warganegaranya terjamin semua keperluan asasnya (basic needs). Dari apa yang disebutkan oleh Najib, nampaknya di dalam sistem sekular, ini tidak berlaku!

Wahai para pemimpin Islam, sedarlah bahawasanya segala kejayaan yang kalian maksudkan tidak bererti sama sekali di sisi Allah SWT, selagi kalian redha dengan sistem yang ada (sistem sekular), dan berpaling daripada Sistem Islam. Tinggalkanlah sistem yang lemah ini, dan kembalilah untuk menegakkan agama Allah SWT, agar kalian mendapat rahmat di dunia dan akhirat.

Friday 9 October 2009

Masalah Pendidikan Sekular Berorentasikan Kapitalisme

Bismilahirahmanirahim...


Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.

Seperti sedia maklum. Pada masa di mana semua umat Islam beriman dengan hadis Rasulullah bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib, di dalam masa yang sama mereka tidak peka atau bertanya lebih lanjut, kepada siapakah Allah bebankan kewajipan untuk menyediakan segala sarana dan prasarana pendidikan, demi membolehkan umat Islam itu menuntut ilmu? Mereka juga tidak bertanya, apakah Islam yang merupakan satu agama yang sistematik ini tidak mengatur urusan pendidikan umatnya? Adakah Islam tidak membahas semua ini? Inilah padahnya apabila kita hidup dan dibesarkan di dalam sistem kufur ciptaan manusia, sehingga pemikiran kita diracun sepenuhnya oleh cara berfikir yang telah penjajah kafir tanamkan. Rata-rata umat Islam hanya memilih jalan untuk berdiam diri dan pasrah dengan apa yang ada. Mereka tidak mahu mengkaji bagaimanakah sistem pendidikan Islam, apatah lagi berjuang untuk menegakkan kebenarannya. Alangkah jauhnya mereka dari Islam!

Dengan sistem Kapitalisme yang sedia diamalkan hingga kini. Segala produk yang sememangnya keperluan(percuma) umat baik yang Muslim dan Non-Muslim dijadikan produk niagaan. Pihak pemerintah telah mengenakan bayaran kepada setiap pelajar, dari peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat universiti. Pendek kata, apabila anak-anak telah mula memasuki alam persekolahan, ibubapa, khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana mula pening kepala. Apa tidaknya, dari peralatan sekolah, buku teks, buku latihan, yuran dan sebagainya semuanya terbeban di atas bahu mereka. Semakin tinggi tingkat persekolahan, semakin besarlah beban tersebut, apatah lagi apabila anak-anak berjaya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Justeru, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar bahawa terdapat ibubapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah semata-mata kerana tidak mampu membayar perbelanjaan sekolah.

Di dalam sistem Pendidikan Khilafah, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.

Membicarakan tentang PTPTN, kita akan terfokus dengan 2 perkara. Pertama, hukum bunga yang jelas keharamannya di sisi Islam, yang dikenakan ke atas peminjam. Kedua, tanggungjawab pemerintah yang sepatutnya wajib menyediakan pendidikan secara percuma kepada warganegaranya baik Muslim mahupun yang non-Muslim (kafir dzimmi).

Seperti yang kita ketahui, sejak diwujudkannya PTPTN sehingga sekarang, isu ini tidak pernah lekang dari pelbagai permasalahan dan polemik. Bermula dari kadar bunga yang sering diputar belit dengan justifikasi upah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sehinggalah masalah pembayaran oleh para peminjam. Isu ini nampaknya tidak akan kunjung selesai. Mengapa sampai jadi begini?

Sebab utama isu ini terus diperbincangkan dan tidak akan pernah sirna adalah kerana Islam tidak pernah dijadikan rujukan dengan sebenar-benarnya dalam masalah ini. Halal dan haram sering dipermainkan oleh kelompok-kelompok sekular dan para ulama’ yang sering membuat penafsiran yang keliru ke atas ayat-ayat Allah. Jadi, tidak hairanlah jika ramai peminjam yang mengambil pinjaman PTPTN menggunakan hujah kelompok yang tidak bertanggungjawab ini sedangkan adalah jelas pinjaman seperti ini merupakan transaksi yang haram kerana ia mengandungi unsur riba. Walhasil, para peminjam akan terhimpit dengan kadar bunga yang dikenakan manakala di satu sisi lain pula si penghutang (PTPTN) mengalami kerugian kerana wang yang telah dipinjamkannya (baca: diniagakan) tidak dikembalikan oleh sejumlah para peminjam. Dan lebih berat adalah dosa yang perlu ditanggung oleh peminjam dan yang meminjamkan wang kerana terlibat dengan transasksi yang haram.

Sebagai seorang Muslim yang beriman, seharusnya kita kembalikan segala permasalahan hanya kepada Allah dan RasulNya. Pemerintah seharusnya sedar bahawa mereka wajib memberikan pendidikan yang percuma dan berkualiti kepada rakyatnya pada setiap peringkat. Kos utama pendidikan bagi warganegara adalah tanggungjawab negara kepada rakyatnya, bukan tanggungjawab ibubapa penuntut ilmu dan bukan pula harus datang dari duit kocek para penuntut ilmu. Di sisi lain, para penuntut ilmu yang ingin belajar haruslah sedar bahawa transaksi pinjaman PTPTN adalah jelas haram kerana mengandungi unsur riba, berdasarkan nas-nas yang qati’e.

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya transaksi PTPTN adalah transaksi yang jelas haram. Masalah yang terus melanda kita, umat Islam khususnya, seperti masalah untuk mendapatkan dana pendidikan, adalah natijah diterapkannya sistem sekular, yang menganggap pendidikan sebagai cabang untuk mengaut keuntungan. Asas manfaat sistem kapitalis-sekular ini akan terus membiakkan masalah yang tidak akan pernah sirna bagi umat manusia!

Wahai umat Islam! Marilah kita bersegera menuju kemuliaan di sisi Allah SWT, dengan berusaha untuk menegakkan semula institusi Khilafah Islamiyyah yang akan menjamin kesejahteraan manusia dalam segala aspek. Bukankah itu yang kita harapkan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini? Kita akan kembali kepada Allah kelak dengan bekal amalan yang telah kita kerjakan di dunia ini. Ayuhlah, sambut perjuangan yang mulia ini, dengan meninggalkan segala bentuk kekufuran dan kembali menegakkan kalimah Allah SWT.

Tuesday 6 October 2009

Aurat wanita, dimanakah identiti Islamnya??



Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela.
[Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Apa yang saya lihat, perempuan (tidak memahami dan tidak semua) sekarang lebih cenderong untuk mendedahkan aurat mereka. Mereka ini bukannya tidak tahu tentang etika pakaian dalam Islam, mereka amat tahu, tetapi saya rasa mereka buat tidak endah dan tidak menghayati apa telah diketahui.

Ada pada suatu malam, saya pergi sebuah pasaraya Giant. Saya ke sana untuk berurut kaki. Sesampai di sana, saya pusing-pusing setempat di kedai-kedai runcit. Sampailah di suatu kedai, kedai yang menjual abuyah, abuyah maksudnya jubah. Saya perhatikan jenis kain dan kualiti kainnya lalu saya tangkap gambar abuyah-abuyah dari jarak jauh. Selepas itu menghantar MMS kepada rakan saya tentang gambar itu. Saya berkata, "Nice, abuyah dubai". Tidak lama selepas itu, rakan itu membalas MMS saya melalui SMS, katanya, "macam tabarujj je". Ini kerana abuyah itu, mempunai sulaman-sulaman dan butir-butir berkilat (baca: manik, permata, mutiara).Saya tersentak seketika, membaca SMSnya. Memang jawapan diluar kotak fikiran saya tentang SMS diberi. Dalam hati saya, "cemerlangnya pemikiran dia'". Maksud MMS saya di situ ialah, abuyah itu 'selamat'. Jika seorang Muslimah memakainya ia tidak menggangu pandangan lelaki. Selepas saya berurut kaki dan dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan. Ada seorang perempuan melintasi di hadapan saya (ketika itu pandangan mata saya nampak dari lututnya dan kebawah kerana saya sedang mencari kunci di beg). Saya terhenti seketika 'terperhatikan' nya. Dia memakai abuyah yang amat tabarujj. Warnanya yang berwarna-warni (abuyah di Giant, warna hitam sahaja) da tudungnya adalah selendang. Dalam hati saya, mengapalah dia tidak sempurnakan auratnya. Serupa je statusnya dengan perempuan memakai baju lengan pendek dan bertudung.


Di facebook dan weblog remaja yang pernah saya kunjungi melalui laman yang ketahui atau dari enjen carian maklumat. Perempuan suka bergambar, kalau boleh semua peristiwa hendak di letaknya dalam facebook dan weblog. Saya 'terperhatikan' perempuan tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Isu kaki pun nak jadikan isu kah? Apa yang saya fahami bahawa muka dan tapak tangan adalah bahagian yang boleh didedahkan (baca: boleh dilihat oleh kaum lelaki). Tapi bukankah kaki itu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup??

"Alaaa, stoking basah kena hujan"
"Alaaa, stoking basah sebab terpijak lantai basah"

Beli lah banyak sikit. Tak kan hanya ada sepasang stoking jer. Bawak lebih sikit. Kasut boleh beli banyak!! Baju pun sama jugak, boleh beli banyak!!

"Alaa, abuyah aku labuh, tak nampak kaki"

Andai pastikah?? Kalau anda duduk di LRT, ERL, Monorail, dan KTM. Duduk di kedai makan. Macam mana cara duduk anda ketika itu?? Anda naik turun tangga...(fikir baik-baik?) Laluan yang anda nak lalu tuh, airnya bertakung sedikit, kena angkat kain sikit nih...(fikir baik-baik?)..

Jika pergi kenduri kahwin di rumah yang saya kenal, rapat dengan saya. Saya 'serta-merta' kerahkan tenaga saya dibahagian menghantar & mengangkat makanan. Bila dah lama-lama, saya pergi ke bahagian air, buat air dan cuci cawan. Nak dijadikan cerita. Saya ternampak ada sesetengah perempuan suka mengangkat tudung mereka yakni kain dibahagian hadapan dilempar ke belakang. Ada yang tudung sedia labuh melakukan hal yang sama. Tak kurang jugak yang menyengseng baju ke paras siku atau bahu. Aduyaii, kenapa nih?? Panas sangat kah??. Kalau di Universiti elok je memakai. Tapi diluar universiti, masyaAllah!. Kenapa ini berlaku. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. DAh jadi macam sengaja. Bila berada di luar, nampaklah bentuk badan tuh. Aurat sudah tertutup tapi masih tidak menepati syarak. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Bagi yang berjubah pula, jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan pun. Tapi ada masalah pada jubah kalian. Jubah kalian tabarujj amat. Berfesyen-fesyen jubah. Bertukar-tukar 'seni' pertudungannya-ada trend-. Malah lagi syahdunya, mereka mengejar -ngejar dalam hal ini. Tapi jika kita tengok muslimah di zaman kegemilangan Islam. Mereka mengejar dalam menerapkan dan mempertahankan syariat Islam.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala: "Wahai anak Adam (manusia), sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk menutupi (aurat) tubuh mu dan untuk perhiasan." [TMQ Al-A’raf:26].

Sebagai Muslimah, antara perintah Allah yang terbeban ke atas bahu kalian adalah pakaian untuk seluruh aurat yang tidak layak ditunjukkan kepada selain mahram mereka. Ketahuilah, dari tatacara, bentuk dan fesyen, pakaian dianggap mencerminkan keperibadian seseorang.

Jubah adalah pakaian yang mematuhi hukum syarak dan memakainya mencerminkan seorang Muslimah yang taat atas ajaran agama dalam tatacara berpakaian. Ia bukan sekadar simbol

sebaliknya mengenakan tatapakaian Muslimah bermakna seorang perempuan itu membuat pengisytiharaan kepada makhluk Allah akan keyakinan dan keimanannya, pandangannya terhadap dunia dan jalan hidup yang dia tempuh di mana semua itu berdasarkan kepada keyakinan mendalam terhadap Allah Yang Maha Esa.

Perlu kita ketahui bahawa segala aturan hidup kita ini telah ditentukan oleh-Nya. Islam yang kita anuti bukan sekadar satu agama semata. kan tetapi Islam itu juga adalah sebuah ideologi (satu pemikiran yang dijadikan sebagai cara hidup). Islam adalah; “Satu agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan orang lain”. Islam adalah satu aqidah yang dijanjikan Allah akan kesempurnaannya. Sama ada disedari atau tidak, aqidah Islam ‘memaksa’ penganutnya untuk terikat dan tunduk kepada ajarannya iaitu perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Taala yang menciptakan manusia , alam dan kehidupan dengan nama lain terikat dengan Hukum Syarak. Sebagai seorang Muslim, hukum syarak hendaklah dijadikan landasan dalam setiap aspek perbuatannya sebagaimana kaedah usul fiqh yang menyatakan:“Asal/dasar bagi setiap perbuatan itu adalah terikat dengan hukum syarak.”

Sukacita saya hendak khabar kepada kalian dari mulut Rasulullah SAW:
“Wanita adalah Aurat”“Jika seorang wanita telah sampai usia baligh, maka dia tidak boleh menampakkan anggota tubuhnya,kecuali mukanya dan ini. (Rasulullah menggenggam pergelangannya sendiri, lalu membiarkan telapak tangannya saling menggenggam satu sama lain.)”

Bagaimana pula etika pakaian yang dikatakan menutup aurat? Dalil syariat telah menetapkan kewajiban ke atas wanita untuk menutupi kulitnya sehingga tidak diketahui warnanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Aisyah radiallahu anha. Telah dinyatakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah memasuki kawasan Nabi SAW dengan berpakaian nipis (jarang).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam segera memalingkan mukanya dan bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya apabila seorang perempuan itu telah baligh (datang haid), tidak sepatutnya dia menampakkan anggota tubuh badannya kecuali ini dan ini (sambil Rasulullah mengisyaratkan muka dan kedua telapak tangan”

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa kain yang nipis/jarang tidak memenuhi etika menutup aurat, bahkan ia dianggap telah membuka aurat sekiranya seorang wanita memakai pakaian yang nipis. Ini ditegaskan dengan keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam memalingkan mukanya sewaktu Asma’ masuk.

Islam telah menyediakan satu pakaian yang bercirikan khusus bagi wanita apabila seorang wanita itu keluar dari kawasan khususnya. Ciri-ciri pakaian yang khusus untuk wanita ini adalah dalam rangka Allah Subhanahu wa Taala memelihara martabat dan kehormatan setiap Muslimah. Sebab itulah bab menutup aurat dan pakaian khusus ini tidak boleh di campur-adukkan. Ini kerana setiap bab memiliki dalil dan hujah yang berbeza.

So, tak perlulah nak berfesyen-fesyen melampau. Nak tackle lelaki dengan berfesyen, salah caranya dan ia boleh jadi jerat kepada anda sendiri. Bagi yang belum berumah tangga, fikir-fikir akan ayahmu. Kerana dia masih menanggung dosa yang dilakukan olehmu sendiri sehingga tanggungjawab itu bergalih 'kuasa' setelah kamu berumahtangga dan tangjawab itu dipikul oleh suamimu. Letakkanlah ketaatan kalian kepada yang Hak.

Tuesday 29 September 2009

Hukum Memutuskan Hubungan (Muqatha’ah) Sesama Muslim


Soalan:
Apakah hukumnya mereka yang memutuskan hubungan atau memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim? Adakah dengan muqata’ah tersebut bererti dalam masa yang sama mengkafirkan seseorang? Jika tindakan tersebut dikaitkan dengan tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan beberapa orang sahabat, adakah tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di peringkat negara atau ia merupakan hak semua orang?


Jawapan:
Pertama, perlu diketahui bahawa memutuskan hubungan ataupun memboikot (muqatha’ah) sesama Muslim merupakan hukum syarak yang dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tertentu yang terjadi dalam hubungan sesama Muslim. Hukum ini tiada kaitannya dengan persoalan takfir (mengkafirkan) seseorang Muslim. Dalam erti kata lain, orang yang diboikot tidak jatuh kafir. Sebaliknya dia kekal Muslim, cuma disebabkan oleh tindakan tertentu yang dilakukannya, maka hukum muqatha’ah itu dikenakan terhadapnya.

Dalam konteks inilah Ibn Bathtal menyatakan bahawa Allah telah mengatur hukum-hukum yang mengandungi kemaslahatan bagi hamba-hambaNya. Dia Maha Mengetahui tentang urusanNya, maka manusia harus tunduk kepada perintahNya dalam urusan tersebut. .[1]

Kedua, terdapat hadis yang melarang perbuatan memutuskan hubungan (muqata’ah) dengan sesama Muslim, antara lain sabda baginda sallallahu ‘alaihi wassalam:

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَياَلٍ (رواه البخاري)

“Tidaklah halal bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya lebih dari tiga malam.” (HR Bukhari)

Maksud ‘an yahjura’ atau ‘masdar-nya hajr’ adalah lawan kepada perkataan ‘wasl’, atau memutuskan hubungan.[2] Secara harfiah (mantuq), hadis ini melarang seseorang Muslim daripada memutuskan hubungan sesama Muslim lebih daripada tiga hari. Daripada hadis ini juga diketahui bahawa berdasarkan mafhum mukhalafah, bahawa memutus hubungan sesama Muslim dibolehkan kurang daripada tiga hari. [3]

Sungguhpun demikian, larangan tersebut dikecualikan terhadap orang yang melakukan maksiat. Dalam kitab Fath al-Bari: Syarh Sahih al-Bukhari, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam bab: Ma Yajuzu min al-Hijran liman ‘Asa (Memutus Hubungan yang Diperbolehkan terhadap Orang yang Bermaksiat) menyatakan: Dengan penjelasan ini, beliau (al-Bukhari) ingin menjelaskan hukum memutuskan hubungan yang diperbolehkan. Kerana umumnya, larangan tersebut sebenarnya hanya berlaku untuk orang yang diputuskan hubungannya tanpa alasan yang dibenarkan syariat. Oleh itu, jelaslah bahawa dibenarkan memutuskan hubungan terhadap orang yang melakukan maksiat. [4]

Ibnu al-Mulhib menyatakan bahawa memutuskan hubungan yang dibenarkan itu mempunyai kepelbagaian, sesuai dengan kadar kesalahannya. Bagi orang yang melakukan maksiat, maka dibolehkan untuk memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengannya, sebagaimana dalam kisah Ka’ab bin Malik dan dua orang temannya (Murarah dan Hilal). Sekiranya marah terhadap keluarga atau kawan, boleh memutuskan hubungan dengan tidak menyebut nama atau bermasam muka, tetapi masih bercakap, memberi dan menjawab salam kepadanya. [5]

Menurut at-Thabari, peristiwa yang terjadi terhadap Ka’ab bin Malik adalah dasar untuk memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat. [6] Dalam huraiannya, Ibnu Hajar mengulas kenyataan Abdullah bin Zubair, ketika dikenakan muqatha’ah oleh ‘Aishah, “ fainnahu la yahillu laha qathi’athi (Maka, tidak halal baginya untuk memutus hubungan kekeluargaan denganku), dengan menyatakan bahawa: Jika memutuskan hubungan denganku sebagai hukuman atas dosaku, maka ia pasti akan berpanjangan. Jika tidak, maka memutuskan hubungan secara berkekalan itu akan menyebabkan terputusnya silaturrahim. Menurut Ibnu Hajar, alasan ‘Aisyah berbuat demikian adalah kerana Abdullah bin Zubair yang masih merupakan anak saudaranya itu telah melakukan kesalahan yang besar. Menurutnya lagi, ‘Aisyah melakukan demikian kerana tindakan memutuskan hubungan dengan cara tidak bercakap dengan Abdullah bin Zubair itu memang dibolehkan, sebagaimana yang dilakukan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam terhadap Ka’ab dan dua orang temannya sebagai hukuman terhadap kemaksiatan mereka. [7]

Oleh itu telah difahami oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum, termasuk ‘Aisyah dan Abdullah bin Zubair bahawa tindakan Nabi terhadap Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal itu bukanlah hanya hak ketua Negara semata-mata, sebaliknya tindakan muqatha’ah yang dilakukan oleh ‘Aisyah menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dilakukan oleh sesiapapun.

Imam an-Nawawi juga menjelaskan bahawa hadis yang memerintahkan untuk memutuskan hubungan dengan ahli bidaah, orang fasik [8] dan para musuh Sunnah itu begitu banyak sekali dicatatkan. Jadi menurut beliau, perbuatan memutuskan hubungan secara berkekalan turut dibenarkan. Oleh itu, larangan memutuskan hubungan dengan kaum Muslimin lebih daripada tiga hari itu tidak meliputi ahli bidaah, orang fasik dan yang seumpama dengannnya. Para sahabat, tabi’in dan generasi berikutnya sentiasa memutuskan hubungan dengan sesiapa sahaja yang melanggar sunnah atau orang yang rosak percakapannya (mafsadah).

Ibnu ‘Abd al-Barr juga menyatakan perkara yang sama bahawa para ulama’ telah bersepakat, barangsiapa yang khuatir berbicara dengan seseorang, di mana dengan berbicara dengannya itu boleh menyebabkan rosak agamanya atau memudaratkan urusan dunianya, maka dia dibenarkan untuk memutuskan hubungan dengan orang tersebut. [9]

Ketiga, apabila menyentuh berkenaan perbuatan memberi dan menjawab salam dalam konteks muqatha’ah, maka hukumnya dikembalikan kepada alasan mengapa dikenakan muqatha’ah tersebut. Jika alasannya bukan atas sebab maksiat, sebaliknya disebabkan oleh kerana marah terhadap keluarga atau teman, maka tetap diperintahkan untuk memberi dan menjawab salam. [10] Namun jika alasan muqatha’ah berpunca daripada perbuatan maksiat yang dilakukan, dan si pelaku itu jatuh sebagai seorang fasik, maka ketetapan memberi dan menjawab salam tidak diperintahkan. Dalam kitab Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Sayid Salih bin Ahmad al-Idrus menjelaskan: Salam kepada orang fasik, ahli bida’ah, dan pelaku dosa besar tidak disunahkan. Bahkan, tidak sepatutnya memberi dan menjawab salam mereka. [11] Imam as-Suyuthi juga menyatakan pandangan yan hampir sama. [12]

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh at-Thabari, dasarnya hendaklah dikembalikan kepada tindakan Nabi sallallahi ‘alaihi wassalam dan para sahabat radhiallahu ‘anhum yang tidak memberi dan menjawab salam Ka’ab bin Malik, Murarah dan Hilal. Inilah dalil dalam memutuskan hubungan dengan orang yang melakukan maksiat [13]. Wallahu’alam
________________________________________
[1] Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah, Saudi, t.t., juz III, hal. 2671.
[2] Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz V, hal. 250.
[3] Imam an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., juz XVI, hal. 117.
[4] Ibn Hajar al-Asqalani, Ibid, juz III, hal. 2671.
[5] Ibid, juz III, hal. 2671.
[6] Ibid, juz III, hal. 2671.
[7] Ibid, juz III, hal. 2670-2671.
[8] Tentang Ahli bidaah dan penyerang sunnah sudah jelas, maka tidak perlu dijelaskan lagi. Tetapi berkenaan orang fasik, penting untuk dijelaskan. Perkataan fasaqa, menurut Ibn Manzur, ertinya keluar dari kebenaran. Menurut istilah ahli fikih, fisq (masdar dari fasaqa), adalah tindakan melakukan dosa besar dengan sengaja, atau terus-menerus melakukan dosa kecil, yang tidak perlu ditakwilkan lagi. Tidak taat kepada amir adalah bentuk kemaksiatan yang disamakan dengan tidak mentaati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam (HR Ahmad, Ibn ‘Iwanah, Ibn Hibban dan Ibn Huzaimah). Dengan kata lain, tidak taat kepada amir merupakan dosa besar. Tindakan tidak taat kepada amir itu saja, menurut definisi fasik di atas, sudah cukup menjadikan pelakunya sebagai orang fasik, apatah lagi ketidaktaatan tersebut dilakukan dengan bangganya tanpa perasaan bersalah. Bahkan, kemudian menyebarkan fitnah bahawa amirnya bermaksiat. Bukan setakat itu, orang tersebut juga memprovokasi orang lain untuk melawan amirnya, sebagaimana yang dia lakukan. Maka, orang tersebut telah melakukan tiga dosa besar sekaligus: (1) Dosa tidak taat kepada amir; (2) Dosa memfitnah amir dengan sesuatu yang sebenarnya tidak dia lakukan; (3) Dosa memprovokasi orang lain untuk melakukan tentangan terhadap amirnya. Terhadap orang seperti ini berlaku hukum muqatha’ah di atas, termasuk perintah untuk memeriksa semua informasi yang bersumber dari orang tersebut. Lihat, Ibn Mandzur, Lisan al-‘Arab, juz X, hal. 308; Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, Dar an-Nafais, Beirut, cet. I, 1996, hal. 315.
[9] Lihat, Tanwir al-Hawalik, juz I, hal. 655.
[10] Ibid, juz III, hal. 2671.
[11] Al-‘Alim al-Usuli as-Sayid Shalih bin Ahmad al-‘Idrus, Faidh al-‘Allam fi Syarh Arba’ina Haditsan fi as-Salam, Mathba’ah ar-Rushaifah, Malanj, Indonesia, t.t., hal. 9.
[12] Lihat, Syamsuddin ar-Ramli, Nihayat al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj, t.t., juz XXVI, hal. 366.
[13] Lihat, Ibn Hajar, Ibid, juz III, hal. 2671.

Sumber : www.hizbut-tahrir.or.id

Wednesday 16 September 2009

Kad Raya: Salam Eid Mubarak 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini dan pembaca-baca blog fatba.blogspot.com. Saya memohon ampun dan maaf andai sepanjang penulisan di fatba.blogsot.com telah mengguris hati dan perasaan pembaca, kata-kata yang pedas lagi tajam membuat kalian terasa itu, harap dimaafi. Salam lebaran buat semua~~~~




Mana-mana tersenarai salam lebaran itu.. Sila2 copy paste kad ini di blog-blog anda.

Penerangan tentang rakan-rakan kenalan: Maaruf UTP, Zack MMU, Shah MMU, Khair MMU, Ruzaini MMU, Pejal MMU, Mukhliz MMU, Norain MMU, Mamat UM, Ita Melb Uni, Intan Monash Uni, Nuzuha Alexender Uni Eygpt dan mereka yang pernah saya jumpa dan mereka itu bukanlah dari institusi pendidikan saya.

Tuesday 15 September 2009

Salam Aidifitri 1430H/2009M Daripada Hizbut Tahrir Malaysia

YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti

Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun...sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri

Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!

Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah

Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah

Di kesempatan ini..
kami ucapkan "Selamat Menyambut Idul Fitri"
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..


Hizbut Tahrir Malaysia
Di Gerbang Syawal
1430 H


Saturday 12 September 2009

Tembok Ghaib Penjara Kapitalisme

Kenapa kita tidak boleh menghentikan kebiadaban Israel? Kenapa penguasa-penguasa Arab dan negeri Islam lainnya lebih memilih diamkan diri,?? berpeluk tubuh?? Menghitung berapa kerugian?? Kerosakan material?? Jika mengira kematian, masih sedikit angkanya?? Kenapa PBB yang mengklaim sebagai organisasi antrabangsa tidak terkesan kuasa VETOnya terhadap keganasan Israel?

Hal ini kerana... Kita sendiri, wahai saudaraku... Kita mengiyakan 'Penjara Besar' itu. Paling tidak ada tiga 'Penjara Besar' yang membuat kita terpisah meskipun dengan jumlah penduduk lebih dari 1.5 million seluruh dunia berbanding Israel dengan jumlah penduduk sekitar 6 juta orang. Pertama adalah nasionalisme dengan sistem negara bangsa (nation state). Dengan sistem negara bangsa, umat Islam yang tadinya bersatu di bawah naungan negara Khilafah kemudian dipecah-pecah menjadi negara kecil dan lemah.

Dengan ide dan bauan nasionalisme yang menjadi racun yang membunuh persaudaraan dan persatuan umat Islam. Secara logiknya nasionalisme selalu mengatakan persoalan luar negeri seperti Palestine, Iraq, Afghanistan bukan persoalan kita, kita lebih baik memikirkan kepentingan nasional kita saja!

Justeru sikap ini yang membuat kita lemah dan membuat negara-negara kafir penjajah berbuat sesuka hati terhadap umat Islam. Mereka tidak takut secara bergilir-gilir menyerang negeri-negeri Islam kerana mereka tahu negara-negara muslim lainnya akan diam.

Ini tidak akan terjadi kalau negara-negara kafir itu melihat umat Islam bersatu. Kalau umat Islam bersatu, satu negeri Islam diserang, seluruh negeri Islam akan mengirim jutaan tentaranya yang didukung umat Islam yang rindu syahid fi sabilillah untuk membebaskan saudaranya.

Menghadapi Hamas , Hizbullah di Lebnon Selatan, dan mujahidin Iraq dan Afghanistan , saja mereka sudah kepayahan. Apalagi kalau negara-negara penjajah itu menghadapi puluhan juta tentara Islam dengan persenjataan mereka yang tentu lebih canggih. Pastilah musuh-musuh Allah SWT akan ketakutan. Apalagi yang mendorong tentara-tentara Islam itu bukanlah kekuatan materi tapi aqidah Islam. Tentara Islam akan menjadi tentara yang ditakuti oleh lawan.

Penjara besar kedua adalah penguasa-penguasa negeri Islam yang berkhianat pada Allah SWT, Rasulululah SAW dan umat Islam. Penguasa umat Islam sekarang sebahagian besar adalah anjing-anjing Amerika Serikat , kaki tangan penjajah, yang lebih memilih berkhidmat kepada penjajah daripada melindungi dan melayani umat Islam. Padahal Rasulullah SAW telah mengingatkan fungsi utama pemimpin adalah melindungi umatnya. Pemimpin adalah perisai (al junnah).

Israel , Amerika Syarikat, dan negara-negara penjajah lainnya tidak akan sesuka hati membunuh umat Islam, kalau mereka tahu ada penguasa Islam yang menjadi pelindung umat yang akan membela rakyatnya. Pemimpin Negara seperti Rasulullah SAW yang menghukum mati Yahudi Bani Qainuqa yang membunuh seorang rakyatnya dan mengusir keluar mereka keluar Madinah.

Rasulullah SAW juga mengirim pasukan Islam untuk mengepung Yahudi Bani Quraizhah selama 25 hari dan menghukum mati para pengkhianat kerana mereka bersekongkol dengan musuh Daulah Islam dalam perang Ahzab.

Penjara ketiga, adalah sistem antarabangsa saat ini yang dipimpin oleh Amerika Serikat dengan ideologi Kapitalismenya. AS dan sekutunya membuat hukum antarabangsa dan membentuk lembaga-lembaga antarabangsa yang digunakan sebagai alat kepentingan negara-negara penjajah. PBB digunakan untuk melegalisasi penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan.

Jika diperhatikan organisasi ini mengirim tentara dari berbagai negara untuk menduduki Iraq dan Afghanistan. Sebaliknya, tentara-tentara dari negeri Islam berlindung di belakang PBB untuk tidak membantu saudaranya yang dibantai. Alasannya, tidak ada perintah dari PBB. Jadilah PBB 'kepala'..

Penghancuran penjara itu hanya boleh dilakukan dengan membentuk kembali Khilafah Islam, sebuah sistem pemerintahan Islam yang berdasarkan manhaj nubuwah. Dengan tegaknya sistem Islam, penguasa-penguasa pengkhianat itu akan tumbang. Digantikan oleh Khalifah yang adil dan melindungi rakyat. Khilafah akan menyatukan negeri-negeri Islam bukan berdasarkan kebangsaannya tapi atas dasar aqidah Islam. Khilafah juga akan mengimbangi dan menggantikan dominasi negara-negara Kapitalis saat ini yang dipimpin AS. Pimpinan antarabangsa akan dipimpin oleh Khilafah Islam yang akan memberikan kesejahteraan dan keamanan bagi umat manusia seluruh dunia.

Wallahulam



Thursday 10 September 2009

Tugas Pemimpin: Tanggungjawab Dipikul atau Janji Dikota??


BN tetap tunai janji [Sumber: Utusan 08/09/09]


Inilah wajah buruk dunia politik Kapitalisme. Parti politik dalam dunia Kapitalisme melihat “status” sokongan rakyat itu sebagai titik penentu untuk melaksanakan tugas yang sememangnya menjadi tanggungjawab pemerintah itu sendiri. Islam telah menjelaskan persoalan tanggungjawab ini dengan nyata sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Imam/Khalifah adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam rumah tangga, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinanya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Pembantu rumah tangga adalah pemimpin dalam menjaga harta kekayaan tuannya, dan akan dimintai per¬tanggungan jawab atas kepemimpinannya. Dan setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya." [HR. Bukhari dan Muslim].

Dalam dunia Kapitalisme bantuan dan projek sering digunakan sebagai ugutan dan umpan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Politik ”ugut” dan ”umpan” ini tidak akan kita jumpai dalam politik Islam. Ini adalah kerana bagi Islam, sudah menjadi kewajiban bagi pihak pemerintah untuk mengurus dan mengatur kehidupan rakyat yang berada di bawah kekuasaannya samada warganegara itu Muslim mahupun kafir zimmi. Amat malang bagi umat Islam apabila kehidupan mereka saat ini dikuasai oleh ahli-ahli politik sekular Kapitalisme. Rakyat sering dipermain-mainkan dengan janji-janji manis oleh ahli-ahli politik sekular Kapitalisme ini bagi mendapatkan undi untuk memastikan politik kotor sekular mereka ini terus bertahan di tengah-tengah kehidupan umat Islam. Bukankan ini suatu pengkhianatan namanya?

Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi pemerintah yang berkuasa di tengah-tengah kamu saat ini untuk menunaikan kewajiban yang sememangnya menjadi tanggungjawab mereka. Pendidikan, kesihatan dan keamanaan adalah tiga perkara yang menjadi keperluan asas masyarakat yang wajib dijamin oleh pemerintah secara percuma. Untuk itu, wahai umat Islam! Kamu perlu memiliki pemikiran politik Islam yang tinggi agar kamu tidak terus dipergula-gulakan oleh para politikus Kapitalisme ini. Ayuh! Wahai seluruh umat Islam, berpeganglah kamu kepada politik Islam yang mulia dan tinggalkan kebusukan dan segala penipuan dunia politik Kapitaslime.

Wednesday 9 September 2009

Khatam Al-Quran: Khatam Pulut Kuning atau Khatam Pemahaman Quran?

Rosmah mahu amalan bertadarus diamalkan sepanjang tahun [sumber: Utusan 06/09/09]


Memang benar bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran dan sudah menjadi kebiasaan umat Islam memperingatinya dengan bertadarrus dan bersempena bulan yang mulia ini sudah menjadi fitrah umat Islam berlumba-lumba mempertingkatkan amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Namun begitu, apakah al-Quran yang suci ini hanya sekadar untuk ditadarruskan sepanjang tahun? Sikap inilah yang terkandung dalam aduan Rasullullah SAW kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Berkatalah Rasul, "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang berkaitan dengan sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya, tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya, tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya, berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, mahupun jalan hidup selain yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an.

Tidakkah para pemerintah sedar bahawa dengan tidak mengamalkan perintah dan larangan Al-Quran, baik berupa hukum yang menyentuh soal individu seperti menutup aurat mahupun hukum yang terkait dengan perkara-perkara kenegaraan seperti menerapkan syariah Islam, merupakan suatu penghinaan terhadap Al-Quran?

Monday 24 August 2009

Marhaban Ya Ramadhan...

Assalammualaikaum....
Fuhhh, baru ada peluang ngadap blog fatba...hehehe (3rd Ramadhan is my birthday, Alhamdulillah)

As the new moon signals the holy month of Ramadan, I extend warm greetings to our muslims' friend in around the world. All praises and thanks be to Allah, Lord of everything that exists. The most Gracious, the Most Merciful. Master of the Day of Judgment You (alone) we worship, Guide us to the Straight Way The Way of of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor those who went astray. Ameen

A gentle reminder from the Quran: "Save those who repent and amend and hold fast to Allah and make their religion pure for Allah (only). Those are with the believers. And Allah will bestow on the believers an immense reward Lo! men who surrender unto Allah,and women who surrender, and men who believe and women who believe, and men who obey and women who obey, and men who speak the truth and women who speak the truth, and men who persevere (in righteousness) and women who persevere, and men who are humble and women who are humble, and men who give alms and women who give alms, and men who fast and women who fast, and men who guard their modesty and women who guard (their modesty), and men who remember Allah much and women who remember - Allah has prepared for them forgiveness and a vast reward." (Al-Ahzaab:35)



Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later. Allah intends every facility for you; He does not want to put to difficulties. (He wants you) to complete the prescribed period, and to glorify Him in that He has guided you; and perchance ye shall be grateful. (Quran 2:185)

May the coming Ramadan be a month of inspiration filled with imaan and taqwa. May Allah bestow Noor and Baraqah in your life and may Allah always keep you on the straight path. - Ameen

Before the light of our life's been switched off
Before our time has due
Before the repent's door has closed
Before the Ramadan month's has come
Let's clean up ourself
Let's purify our soul

Through fasting, a Muslim experiences hunger and thirst, and sympathizes with those in the world who have little to eat every day.

Through increased devotion, Muslims feel closer to their Creator, and recognize that everything good we have in this life is a blessing from Him.

Through increased charity, Muslims develop feelings of generosity and good-will toward others. The Prophet Muhammad (peace be upon him) once said, "A man's wealth is never diminished by charity."

Through self-control, a Muslim practices good manners, good speech, and good habits.

Through family and community gatherings, Muslims strengthen the bonds of brotherhood and sisterhood, in their own communities and throughout the world.

For my own reminder I am posting these duas early so we all can start reciting them from day one. Inshallah Or, Inshallah any that you wish.

May Allah swt accept our repentance, fasting, and salah during this month. Ameen

Friday 7 August 2009

'Tersekatkah' Pelajar Untuk 'BERGERAK'??

Kelmarin (huu, rasanya kelmarin, kut?)... Saya berkunjung ke weblog kawan saya. Di blognya saya tertarik suatu post mengenai demensi baru kepimpinan pelajar. Katanya, kita(pelajar khususnya) ini macam budak kecik. Makin di larang makin kita buat(kesimpulannya). Betul juga katanya, dulu masa zaman kanak-kanak saya nakal, so saya merasailah 'makin di larang makin dibuat'. Fikir juga, masa bila hendak di latih jadi pemimpin??. Kawan saya juga paste sedikit ulasan dari weblog lain, tentang ini..

"Selepas Perhimpunan Mansuh ISA selesai dalam jam 6.30 petang pada 1 Ogos baru-baru ini. malamnya, Penulis sempat menonton buletin TV3 bagi melihat apa yang bakal diulas oleh pemberita tentang perhimpunan yang berlaku. Begitu banyak menteri yang mengulas, penulis paling tertarik dengan amaran yang dikeluarkan Menteri Pengajian Tinggi bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan telah membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh pembangkang.

Kenyataan yang agak agresif tetapi agak mundur ke belakang. Penulis selalu terfikir kenapa pemikiran mahasiswa pasca 70’an begitu hebat dikekang.? Kenapa pihak kerajaan terlampau takut dengan gelombang mahasiswa.?. Indonesia pernah mencatat sejarah bagaimana Suharto digulingkan dengan suara mahasiswa.!" [Bacaan penuh: http://attakiri.blogspot.com/2009/08/sampai-bila-mahasiswa-hendak.html]

Selepas membaca post beliau. Saya terus ke komen pos, banyak juga komen disitu(maknanya saya sudah tertinggal). Ada satu komen yang tiada nama telah menarik minat saya untuk saya beritahu kepadanya di komen tersebut. Si tiada nama aka Anonymous said berkata,

******
Salam,

kenape yer,

Mahasiswa muslim melayu begitu bersemangat untuk bende2 seperti ini tapi malangnya tidak bersemangat untuk belajar ketika dalam kuliah? Kenape tidak bersemangat untuk menaikkan pointer masing2 yer?

mmgla pointer tu bukan segale2nye tapi cuba bayangkan kalau semue mahasiswa muslim mampu mencapai pointer yang baik, selepas itu dapat pekerjaan yang baik, lpstu melibatkan diri dalam bidang politik dan mendapat izin daripada Allah untuk memimpin negara ini bukanke lebih baik? bukan setakat ISA, semue bende alah yang x baik, semuenye dapat dihapuskan.

Tidaklah tujuan diri ini untuk mempertikaikan tindakan mahasiswa yang terlibat cumenye kenape mesti dengan tindakan perhimpunan + rusuhan selepas itu? Jika ditangkap dan dibuang universiti, bukanke merugikan bangsa dan agama. Kenape tidak memperlengkapkan diri dahulu sebelum melakukan semue ini?

sekadar persoalan yang timbul di kepala ini. Maaf dipinta jika ada yang x bersetuju.
*********

kenyataan beliau membuat saya terpanggil untuk menulis terus di komen tersebut. (Di edit semula bagi membetulkan tatabahasa dan ejaan)

******


Salam...ano (yg menyebut tingkatkan pointer)

Kita sebagai pelajar yang bakal memimpin negara ini, seharusnya mengetahui realiti kehidupan di luar sana. Apakah saudara/i memperhatikan kehidupan masyarakat hanya di kaca television sahaja??

Saudara/i ano

Saya berbicara sebagai hambaNya yang mahukan kebenaran. Saya pecinta kebenaran!! Orang yang mahu kebenaran dan ketenangan agak berbeza sikit perbuatannya. orang cari kebenaran-mereka akan pasti dan cuba pertahankan segalanya untuk Islam. Orang cari ketenangan - mereka tak nak diganggu, asalkan nasi periuk aku tak dikacau sudah.

Saudara/i ano

Perkara utama kita adalah hidup dan mati.Itu jelas sekali bukan??. Perkara utama itu adalah perkara yang membuat bangsa atau orang tersebut rela memperjuangkannya dengan penuh semangat, tanpa keraguan,alasan,atau perdebatan.

Islam menjelaskan bahwa perkara utama serta standard hidup dan mati dalam menyelesaikan persoalan tersebut adalah wajib!! Sehubungan itu, kaum Muslim tidak memiliki pilihan dalam menentukan perkara utamanya. Apa yang Islam dianggap sebagai perkara utama, maka harus diterima sebagai perkara utama oleh kaum Muslim.

Demikian pula, mereka tidak memiliki pilihan untuk menentukan standard dalam menghadapi persoalan itu, kerana ketika Islam menentukan bahwa suatu persoalan adalah perkara utama, Islam juga telah menetapkan standard yang harus dijadikan ukuran!! Adanya ancaman terhadap Islam dan ancaman terhadap penentang kaum Muslim dalam dunia kapitalis selaku Muslim(topeng muslim), dalam hal ini adalah lumrah. Setiap gerakan yang ada dalam kehidupan ini berpontensi mendapat ancaman terhadap penentangnya, khususnya gerakan yang berupaya memperbaiki keadaan, dan lebih khusus lagi gerakan lantang..

ISA itu haram disisi Islam. Apakah kita memperlecehkan usaha-usaha orang 'kebenaran' menentang ISA? Mungkin anda tidak nampak di mana haramnya ISA.

Kita tengok pada pendidikan. Pinjaman PTPTN. Dulu kecoh pasal faedah PTPTN tinggi!!. Ada yang protes. (jika anda peminjam PTPTN) anda merasakan lega, PTPTN mengurangkan faedah charge kepada 1% dari 3% sebelum ini. Tapi bagi yang lain tidak setuju!! Mereka mengatakan faedah itu haram!! faedah itu adalah riba'!! Samalah juga keadaan khamar dan arak adalah haram..

Sepintas yang perlu saudara/i ketahui, janganlah kerana penting seruan pointer tinggi-kerja senang dapat dan sebagainya. Dakwah kita kemudian kan..

Nabi pernah bersabda. "Jihad akan terus berlangsung sejak Allah mengutuskanku hingga generasi terakhir dari umatku memerangi Dajjal. Jihad tidak akan berhenti kerana kezaliman penguasa zalim ataupun kerana keadilan penguasa yang adil"

Sabdanya lagi; "Jihad akan tetap ada, (baik) bersama penguasa yang adil ataupun zalim"

Dengan itu, kaum Muslim senantiasa maju terus pantang mundur dalam memperjuangkan perkara utamanya. Mereka tidak pernah ragu menjadikan perkara itu sebagai persoalan hidup dan mati"

Fikir-fikirkanlah...
Pemerintah tidak menerapkan hukum Allah. Daie berjuang di jalan Allah, kemudian ditangkap dan dihumban ke ISA.
ISA menzalimi manusia, mencampakkan hukum jenayat Islam.
Riba di bank?? Bila kah?? Anda mampu membayar bulanannya kerana pendapatan anda besar.. Tapi mampukah anda membeli syurga Allah?? Rasulullah SAW melaknat bagi orang-orang yang bersyarikat di dalamnya. Sepertimana di dalam hadith ini:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah shallahu ‘alahi wasallam bersabda, “Allah melaknat orang yang memakan (pemakai) riba, orang yang memberi riba, dua orang saksi dan pencatat (dalam transaksi riba), mereka sama saja”.(HR. Muslim dan Ahmad)

Oleh itu siapakah lagi yang mampu beri jaminan terhadap kita??adakah pointer tinggi, dapat kerja bagus??tak kena kick universiti??tak ditarik biasiswa??

atau

Allah tidak memandang kita?? Menarik redhaNya kepada anda...


yang mana satu kemahuan anda??


Wallahulam
******

Harap apa yang saya tulis itu terkait dengan apa anonymous kata dan realiti keadaan sekarang. Perbetulkan jika ada penyelewengan...Selepas itu, datang seorang hamba Allah menyataka bahawa dia sokong ISA. Saya tidak dia di pihak mana dan apakah gerakkannya.. Berikut ialah jawapannya..

*******
aku sokong ISA.tetapi perlaksanaanya harus di ubah supaya tidak menjadi kepentingan memana badan politik.

cuba kalau tak ada ISA.datang ulama syiah iran ke malaysia bertujuan menyuburkan fahaman syiah.dan bila ditangkap dan dibicarakan di hadapan umum,maka kemungkinan negara iran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan malaysia.jadi secara tak langsung malaysia kerugian dari segi hubungan dua hala.

dan sama juga dengan komunis.russia dan china mungkin akan putuskan hubungan diplomatik dengan malaysia.sebab dah salah dan membawa mudarat maka perlu di isa kan.kalau tak buat salah,buat apa nak risau pasal ISA.

kejam?pasal tangkap tanpa dibicarakan?kalau dah mencabar supaya semua agama perlu di samakan ataupun menuntut supaya setiap anak yang lahir tak boleh ajar Islam sehingga 18 tahun maka adakah perlu dibicarakan secara umum?adakah itu tidak salah?apabila dibicarakan maka ia bertujuan untuk menentukan sama ada bersalah ataupun tidak.konsepnya lain dengan ISA yang secara terus tangkap kerana bersalah.sekiranya dibicarakan maka malaysia akan mendapat tekanan antarabangsa supaya kes itu akan menang.hal ini kerana badan PBB di bawah resolusi hak asasi manusia telah bersetuju mendukung bahawa semua agama itu adalah sama.ianya terpulang kepada individu untuk menganut agama apa pun.dan begitu juga pendirian badan dunia human right watch.keadaan di Malaysia masih lagi terkawal kerana sistem perlembagaan negara yang menyatakan bahawa Islam agama rasmi.

jadi untuk mengelakkan keadaan sedemikian sebab itu ISA diwujudkan.tetapi apa yang perlu di perbaiki ialah perlaksanaannya yang perlu bebas dari sebarang anasir politik.cuba kalau orang yang menuntut supaya semua agama disamaratakan,maka semangat jihad di kalangan muslim akan bangkit tak kira dari parti apa pun dan mungkin berlaku kejadian seperti kes natrah terdahulu.kemungkinan gerai bukan muslim yang tidak terlibat akan turut sama dirosakkan kerana sentimen tersebut.tidak kah ianya merugikan negara di masa hadapan?kerana para pelabur asing akan menarik keluar pelaburannya didalam malaysia dan malaysia akan menjadi negara bankrup.

lalu sekiranya malaysia bankrup,kemungkinan akan terdengar pula suara sumbang yang menyalahkan pihak kerajaan sebab tak reti tadbir..

rancang kehidupan kita elok-elok supaya kita dapat buat sesuatu dalam kehidupan kita demi untuk kesejahteraan.

"kalau mahu pintar,belajar.kalau mahu hasil,usaha"
*******

Related Posts with Thumbnails