From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Sunday 28 June 2009

Pengorbanan yang Tiada Duanya.

"He's understand that times are hard and money is short, but consider this little effort an act of investing in the future."

"He's trying to accomplish something big, not realizing that life is made up of little things."

Perkataan-perkataan di atas sekian lama bertahta di sebuah laman web sosial saya... :)





Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah
[al-Baqarah, 002:137-138]


Shibghah bermaksudnya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang bermaksud iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.

Terasa sempit dan sesak. Ujian-ujian yang aku lalui ini tidak sehebat mana di bandingkan dengan ujian-ujian yang Allah hadapkan untuk kekasihNya itu sendiri.

Cuma atas kelemahan aku sendirilah aku terkesan sangat dengan manusia-manusia ini sedangkan nabi sallallahu 'alaihi wasallam tetap tenang menghadapi ujian-ujian yang datang melanda dari segenap pelusuk terutama di awal-awal usaha dakwah Baginda Sallallahu'alaihi wasallam sehingga Baginda wafat.

Bukan sedikit daripada kita yang menggadai itu untuk dunia yang tidak bernilai ini.

Diberi nikmat kesenangan tetapi alpa. Sedih dan tersayat hati bilamana kau, yang aku akui sebagai saudara seagamaku, sewenang-wenangnya menggadai Subuhmu, Dzuhurmu, Asarmu, Maghribmu, Isyakmu malah Jumaatmu, demi semata-mata mengejar nikmatnya dunia. Meng'infak'kan gajimu kejalan-jalan maksiat. Yang bathil dan hak semua kau sapu. Demi semata-mata ingin merasa enaknya hidup dunia yang sementara waktu ini. (Oh! Allah moga Kau pelihara agama Islam yang aku anuti ini.) Kau - tidak bermaksud kepada seseorang tika ini.

"Alaa, kita bukannya ma'sum pun!!". Janganlah kerana gelaran bukan ma'sum kita mengambil kesempatan. Adakah dengan kita yang bukan ma'sum ini pertanda Allah melonggarkan hukum-hukum diterapkan kepada kita? Ingatlah sahabatku, saudaraku, kenalanku. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Apa yang telah difirmankanNya itu lah benar, itulah janjiNya.

Apa kita sudah mulai tidak mengenal ajaran dan cara hidup Nabi junjungan tercinta? Maka kecelakaan apakah yang paling besar andai kita kehilangan nikmat Islam dan iman ini wahai umat Muhammad SAW?

Nabi SAW pernah bersabda :
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan akhirat".

Adakah solid iman kita?? Adakah iman kita seperti Shibghah Allah??

Iman dan Islam inilah lesen kita ke syurga. Pengorbananlah caranya... Andai ini terabaikan. Apakah akan ada ehsanNya untuk kita yang zalim ini? Apa akan adakah jaminanNya?

Hari ini kita masih bernafas, sempat. Se'sempat' nafas yang di hela se'sempat' itu untuk mengucapkan rasa taubat dan syukur. Sedarlah sebelum terlambat!

Wallahulam

p/s: senyuman yang amat aku cemburuuuuuuuiii (huhuhuhu)

Thursday 25 June 2009

Kembali Kuasa Dinar Emas

” Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.


Pernah dahulu saya berjumpa dengan beberapa orang sahabat. Perjumpaan yang saja-saja sahaja aka melepak. Ntah pada waktu tersebut kami berbual tentang nak menginvestasikan kewangan di masa hadapan.

Suasana ketika itu agak tegang apabila ada dikalangan kami merasa resah melihat ekonomi sekarang ini. Sebagai anak muda yang masih belajar, yang belum memiliki apa-apa asset, yang belum memiliki simpanan wang, kehidupan keluarga yang sederhana dan sebagainya antara faktor keresahan memikirkan zaman hadapan kami.

Kami bersahabat pada mulanya membincangkan tentang kewangan kami yang kami simpan ini nanti akan dilaburkan ke mana. Ada yang menyuarakan agar buat perniagaan. Salah seorang sahabatku berkata, kita hendak berniaga apa?. Tapi sebelum nak mulakan perniagaan itu kita kena fikir tentang nilai harga, ... . Maksud dia, kalau suatu perniagaan itu dimulakan dengan harga RM200K sekali pun belum tentu ia berjaya digerak. Silap hari bulan RM200K macam RM50K je kut, siapa tahu. Kesemua ahli lembaga setuju (ceh, macam dalam mesyuarat syarikat pula).

Pandangan itu kami setuju dan akui akan kelemahan sistem yang diguna pakai sekarang untuk masa akan datang. Ntah bila boleh jalankan perniagaan, itu kami tidak tahu. Kami juga faham sikit-sikit tentang ekonomi bagaimana sebuah mata wang itu di kata susut, besat, kecil, nilai RM ditutup paras rendah/tinggi dan sebagainya.

Seorang dari kami lagi bersuara, dapat gaji je, kumpul duit, dah kumpul duit beli emas. Tentang nak beli rumah itu, hold kan dahulu. Sebut kumpul duit (wang kertas) banyak-banyak, dah cukup masa, duit yang kita kumpul itu tiada nilainya dah. Tak kah naya??

Betul apa yang dikatanya, kita dilihat, bahwa trend harga emas dunia 10 tahun terakhir adalah naik sekitar 400%, boleh kalian bayangkan kenaikan yang siginifikan dari emas, bahkan 1 tahun terakhir didapat angka 50%, mana ada bank dimanapun di seluruh dunia yang boleh memberikan kenaikan hingga 50% tiap tahunnya dari pelaburan kalian.

Kita ambil contoh, dengan menganggap saya sekarang memilik 10 dinar dimana masing-masing dinar saat ini berharga RM420.75 maka akan didapat total investasi saya sebesar RM4207.5, maka 10 tahun yang akan datang nilai dari 10 dinar saya adalah sebesar 400% dari sekarang atau sekitar RM16830 . Jika kalian menabung di bank RM4207.5 sekarang, maka 10 tahun yang akan datang wang kalian menjadi sangat tidak berharga kerana nilainya sudah sedemikian hancurnya ditekan oleh inflasi.

Apa yang saya ketahui dan seingat apa yang saya pelajari di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor semasa di darjah 6, saya ada pelajari sedikit tentang konsep dan standard sebuah mata wang Dinar Islam, mata wang Emas tulin. Setiap Dinar mempunyai ciri-ciri berikut, berat sebanyak 4.3 gram, diperbuat daripada Emas 22-karat dan berukur lilit 23 milimeter. Standard ini digunapakai sejak zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Nilai mata dinar tersebut di nilai pada kiraan semasa [June 25, 2009 RM 104.95 sumber: http://www.e-zakat.com.my/nisab2/index.asp]

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.


Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah SWT. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah SWT memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah SWT dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah SWT dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah SWT akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” [al Baqarah:279].

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

Oleh itu rugikah menggunakan wang Dinar Emas?? Ingatlah apa-apa yang terbaik yang Allah SWT turunkan kepada hamba-Nya adalah yang terbaik. Kita umat terakhir, umat terbaik. Bersyukurlah Allah memilih kita di zaman ini kerana Dia mahu beri kita peluang kepada kita agar menjadi yang terbaik. Hikmat terhadap hambaNya yang lahir selepas kewafatan Rasulullah adalah rahsia yang tersirat. Rasulullah ialah utusan yang terakhir adalah Rasul terbaik untuk sekali alam, kalau tidak Baginda tidak dipanggil kekasih Allah. Al-Quran dan As-Sunnah adalah yang terbaik untuk kita semua. Paling ringkas yang boleh saya bagi contoh terbaik ialah kayu sugi yang Baginda gunakan. Yang menggunakannya pasti percaya khasiatnya, bukan?? Maka rugikah kita jika kita tidak menggunakan yang terbaik dari Allah dan telah digunakan Rasulullah yang terbaik. Tepu dada tanya iman. Ayuh!! Tegak Khilafah, pembuka jalan petunjuk Illahi, dihujani keberkatan, dan dipayungi rahmaNya.

Sekian, Wallahulam..

Wednesday 24 June 2009

Zaman Apa Kita Berada??

Sesungguhnya Allah mengatur alam ini dengan suatu pengaturan yang rapi dan tersusun. Penciptaan alam ini ada mulanya dan ada akhirnya dengan cara dan masa yang telah ditentukan-Nya. Kita sebagai makhluk hendaknya menyadari tentang hakikat ini, dengan merenung hikmah dan pengajaran disebaliknya agar dapat bertindak tepat sesuai dengan kehendak Allah.

Oleh karena itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar menyedari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"
[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]


Hadits diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni :

1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan yang menggigit (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman fitnah (kerusakan) dan kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.


Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin


Zaman ini adalah zaman pemerintahan di bawah Rasulullah dan zaman pemerintahan di bawah khalifah 4 (Sayyidina Abu Bakar as Siddiq, Sayyidina Umar al Faruq, Sayyidina Utsman bin Affan, dan Sayyidina Ali). Dua zaman pertama ini mempunyai banyak kesamaan, dan dikenal juga sebagai Zaman Ummah Pertama.
Iman umat Islam ketika itu sangat kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu menggetarkan hati mereka. Cinta dan takutnya kepada Allah tergambar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka. Secara umum ciri-ciri zaman ummah pertama ini dapat diketahui sebagai berikut :

1. Ibadah mereka sangat banyak. Solat, puasa, zikri dan wirid susah ditandingi banyak dan khusyuknya.
2. Ukhuwah dan kasih sayang sangat padu, setiap orang mencintai saudaranya seperti mencintai saudara sendiri.
3. Jihad dan mati syahid menjadi idaman dan cita-cita. Mereka akan sangat merasa dukacita jika tidak diizinkan untuk pergi ke medan jihad.
4. Akhlak menjadi perhiasan diri, mereka mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka.
5. Masyarakat dan negara Islam dapat dibangun sehingga layak digelar sebagai negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.
6. Tamaddun dan pembangunan rohani mencapai zaman puncaknya.
7. Islam berhasil menaklukkan dua imperium besar dunia yang sedang berkuasa saat itu (kerajaan Romawi dan Persia) untuk kemudian memayungi ¾ dunia.


Zaman Pemerintah Yang Mengigit

Zaman berlaku setelah khalifah 4 (Khulafaurrasyidin), dan berakhir setelah jatuhnya kekhalifahan Turki Utsmani pada tahun 1924. Pada zaman ini pemerintahan Islam masih wujud, namun sangat sedikit pemimpin yang benar-benar berhasil. Di antara pemerintah yang benar-benar berhasil adalah:
· Sultan Muhammad al Fateh, yang berhasil mewujudkan janji Rasulullah untuk merebut kota Konstantinopel (sekarang Istanbul).
· Sultan Salahuddin al Ayyubi, yang berhasil menghentikan perang salib (crusader)


Zaman Fitnah atau Zaman Kerusakan

Zaman ini diawali dengan jatuhnya kekhalifahan Islam terakhir, yaitu kekhalifahan Turki Utsmani pada tahun 1924. Zaman ini masih berlaku sampai dengan ke hari ini. Zaman ini merupakan zaman kerusakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam jatuh kedalam jurang kehinaan yang berkepanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan angkara murka yang terjadi di dunia Islam, sehingga Allah biarkan merka. Hal ini sesuai dengan janji Allah bahwa Allah hanya akan menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa.

Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :
1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang
3. Ibadah sangat lemah, shalat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan diamalkan sama sekali.
4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.
5. Orang kaya sangat kikir dan pelit, manakala orang miskin tidak sabar dan hasad dengki.
6. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan mewabah dalam hati umat Islam.
7. Kriminalitas dan kemunkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bedanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.
8. Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci dan saling mengkafirkan sesama umat Islam.
9. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga harga diri.
10. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, pengobatan, pertanian, dan lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa bergantung pada sistem kufur dan paham-paham (isme) buatan manusia.
11. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.
12. Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti narkoba, homoseks, lesbian, dan lain-lain.

Namun kemungkaran yang sedang terjadi di zaman fitnah ini tidak melemahkan keyakinan dan semangat perjuangan segolongan manusoa yang tetap pendiriannya. Mereka bukan saja mampu mempertahankan identitas Islam di kalangan mereka, bahkan mereka gigih berjuang untuk memperbaiki masyarakat. Inilah golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu.

Rasulullah SAW bersabda : "Senantiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat"

Namun untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah kerusakan dan kegelapan zaman zaman fitnah ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Thoifah-thoifah islamiyah ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai macam fitnah dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa Islam akan kembali asing.

Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berhasil melakukannya yaitu dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia. Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat zaman terakhir yang akan dialami umat Islam sebelum hari kiamat, setelah sekian lama umat Islam mengalami zaman fitnah.


Zaman Khalifah Akhir Zaman Atau Zaman Ummah Kedua

Zaman Khalifah kedua ini adalah zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Zaman ini diawali dengan munculnya Imam Mahdi, kemudian disusul munculnya nabi Isa a.s yang akan mengalahkan Dajjal. Zaman ini berakhir ketika seluruh orang Islam di muka bumi diwafatkan, yang kemudian akan dilanjutkan dengan kiamat besar.

Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dan keemasannya seperti di zaman Rasulullah dan Khulafaurrasyidin. Islam dapat menguasai dunia dan kembali menjadi penguasa sejagat.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum hari kiamat datang pastilah Islam itu bangun kembali walaupun antara mulanya Islam bangun dan mulanya kiamat hanya sekedar masa memerah susu. Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan barulah dunia ini akan dibinasakan (kiamat) oleh Allah"

Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai kepada puncaknya apabila berpadunya ketinggian kerohanian umat Islam dengan kecanggihan teknologi di bawah dua pemimpin besar umat Islam yaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa.

Ciri-ciri zaman ini :
1. Islam dapat mencapai keagungannya kembali seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW 14 abad yang lalu.
2. Dunia seluruhnya akan kembali aman dan damai, keadilan akan kembali ditengakkan setelah sekian lama dipenuhi dengan huru-hara dan kezaliman.
3. Hati orang-orang miskin dan kaya dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah sehingga tidak seorangpun yang mau menerima sedekah.
4. Harta-harta yaang melimpah ruah akan dibagi-bagikan dengan adil dan merata.
5. Umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta-mencintai satu sama lain.
6. Aqidah, ibadah dan seluruh aspek kehidupan masyarakat Islam berjalan sepenuhnya di atas landasan syari'at Nabi Muhammad SAW.
7. Segala fitnah dan maksiat, riba, zina minuman keras dan lain-lain kekufuran berhasil diperangi dan dimusnahkan.
Related Posts with Thumbnails