From Qur'an || From Hadith

From Qur'an Surah Al-An'am (The Cattle) 6:164

Say: "Shall I seek a lord other than Allah, while He is the Lord of all things? No person earns any (sin) except against himself (only), and no bearer of burdens shall bear the burden of another. Then unto your Lord is your return, so He will tell you that wherein you have been differing."

None can bare the burden of another... meaning each of us are responsible for our own actions in this life. we better be sure that we are following the correct understanding of Islam, within the guidelines of the Qur'an and the Sunnah... cause on the day of judgment we will not be able to point fingers at any one else.. not even our sheikhs, imams or maulanas. May Allah (swt) give us the correct understanding of Islam and help us to abide by all aspects of it.

Monday 30 June 2008

Siapakah The Man From The East

Sumber: "Khilafah : A Global Call"

Assalamualaikum,
Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.

1. Akan muncul A New World Religion.

Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya: Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih)

Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini.

Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda Rasulullah SAW:
"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam."
(Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.

Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi."
(Hadis riwayat At Tabrani)

Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.
(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.

Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.

Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.

Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu.

Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.

Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia.

Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi.

Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi.

Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.

Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.

Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami.

Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.

4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.

Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil.

Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia.

Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.

Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi."
(Riwayat Ibnu Majah)

Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Sabda Nabi SAW, "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi."
(Riwayat At-Tabrani)

5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).

Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang.

Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti.

Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau.

Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah.

Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya.

Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja.

Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya.

Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.

Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."
(Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

KOMEN DAN PENDAPAT :

Mungkinkah Pemuda Bani Tamin dan The Man From The East telah muncul?

PANJI HITAM DARI TIMUR
Black Flag From The East
(24 Ogos 2007 : 11 Syaaban 1428)

Semua sudah ketentuan Ilahi,
Sebuah tamadun bangkit kembali,
Mengibar gagah sebuah panji,
Berjuang tekad menagih janji,

Telah dilafaz oleh Baginda,
Dalam hadis berabad lamanya,
Bagai kepingan besi waja,
Datangnya langsung tidak diduga,

Setiap detik seratus tahun,
Pasti datang seorang pembangun,
Meletak Islam di tempat teragung,
Silaturrahim hati terdorong,

Panji Hitam Dari Timurr,
Berkibar setelah Islam hancur,
Setelah iman mula gugur,
Taqwa tersemai hancur lebur,

Panji Hitam Dari Timur,
Dirintis oleh seorang pemuda,
Yang tetap sedia dan taat setia,
Pada Raden, Sultan dan bangsa,
Pada tanah air tercinta,

Panji Hitam Dari Timur,
Akan berkibar ke serata dunia,
Menghapus sistem ciptaan manusia,
Diganti dengan sistem Yang Esa,
Rahmat melimpah tidak terduga,

Panji Hitam Dari Timur,
Akan diserah kepada Al-Mahdi,
Penguasa timur dan barat sejati,
Pemimpin yang telah lama dinanti,
Nabi Isa kan muncul kembali,

Janji Tuhan pasti terjadi...
Janji Tuhan pasti terjadi...
Janji Tuhan pasti terjadi...

By : iswan (Klang)


PEMUDA BANI TAMIN

Dunia sedang berhadapan dengan alaf baru,
Tahun 2000 yang ditunggu-tunggu,
Setiap bangsa menunggu alaf itu,

Terutama Islan, Kristien, Yahudi, Buddha dan Hindu,

Zaman itu dikatakan zaman cemerlang, gemilang hidup senang dan harmoni,
Setiap bangsa atau agama menganggap masa itu bangsanyalah yang memimpin dunia,

Seorang tokoh dikalangan mereka punya kuasa membela mereka,
Ada juga orang yang berkata alaf itu pemimpin yang baik akan berkuasa,

Mereka tidak menetapkan orangnya,
Baik sesiapa atau dari mereka,

Tidak kurang juga dikalangan bukan Islam meramalkan ini giliran Islam,
Seorang tokoh bukan ahli politik tapi ahli agama meneraju dunia,
Mereka tidak prejudis bahkan sama2 menunggu dengan gembira,

Sebahagian kecil umat Islam memang percaya,
Seorang ulama akan berkuasa,
Membawa kasih sayang, keamanan, kemakmuran dan keharmonian,
Tapi malangnya ramai dikalangan umat Islam alaf yang aan datang mereka tidak mempedulikannya,

Mereka sibuk berjuang melalui politik,
Memacak bendera memeriahkan suasana,
Mereka yakin ditangan merekalah,
Akan berlaku perubahan itu,
Padahal kepada umat Islam ada panduan,

Nabi melalui sabdanya ada membawa berita,
Bahawa di awal kurun hijri yang ini,
Islam bangkit dari sebelah timur,
Yang dirintis oleh seorang mujadid,
Pemuda Bani Tamin gelarannya,

Selepas ini akan disambung oleh Imamul Mahadi buat menyempurnakan,
Sepatutnya diwaktu ini umat Islam telah mencari pemuda itu dan jamaahnya,

Ini bukan jamaah politik,
Tapi jamaah membawa pembaharuan yang sesuai dizamannya.

By : Qatrunnada


THE MAN FROM THE EAST

The Man From The East,
Tercetus dari ramalan manusia,
Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,
Mengegar setiap penjuru dunia,
Mengejut dunia yang sedang lena,

The Man From The East,
Munculnya dari sebelah Timur,
Pertembungan 3 lautan nan makmur,
Nama kan gah pastinya tersohor,
Mengubah dunia yang kelam dan kabur,

The Man From The East,
Serban biru imej dibawa,
Sunnah dari Nabi tercinta,
Membawa sistem ekonomi Yang Esa,
Mengubah seluruh sistem manusia,

The Man From The East,
Kemunculannya terus dinanti,
Oleh dunia sehari hari,
Bagi seorang pejuang sejati,
Inilah saat yang dinanti,

The Man From The East,
Mungkinkah beliau dari Malaysia,
Pemimpin agung yang dinanti dunia,
Mengegar seluruh alam semesta,
Moga dari golongan agama,

The Man From The East,
Dunia menanti kemunculanmu,
Bagi merubah yang bercelaru,
Di dunia kejam yang penuh seteru,
Kahabarkanlah kemunculanmu,
Agar dapat kami berjuang bersamamu.

By : iswan (Klang)

Profil Bendera Rasulullah / Bendera Islam

Telah dikuatkan dalam beberapa riwayat bagwa ada dua bendera dalam Islam. Yang pertaama disebut al-Liwa', sebagai tanda bagi pemimpin tentera kaum muslimin dan sebagai bendera negara Islam. Sedangakn bendera yang lain disebut ar-Royah, yang digunakan oleh tentera kaum Muslimin.

Bendera al-Liwa' Rasulullah SAW adalah sepotong kain putih dengan tulisan Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah di tengahnya. Bendera ar-Rayah Rasulullah SAW adalah kain wol hitam dengan tulisan Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah di tengahnya. Dengan demikian Liwa' adalah bendera putih dengan tulisan hitam sedangkan Royah adalah bendera hitam dengan tulisan putih.

Ibnu 'Abbas ra meriwayatkan bahwa bendera Riyah Rasulullah berwarna hitam dan Liwa' berwarna putih. Pada saat perang Mu'tah Rasulullah menyampaikan khutbahnya di Madinah. Rasulullah menceritakan apa yang terjadi di tengah kancah peperangan kepada kaum Muslimin. Beliau menceritakan bahwa pada saat itu Zaid terbunuh, lalu Ja'far mengambil bendera hitam (Royah) dari tangan Zaid, ketika Ja'far terbunuh, maka Abdullah bin Rawahah mengambil Royah.


Dari Ibnu Abbas ra "Royah-royah (panji) Rasul SAW berwarna hitam sedangkan benderanya (Liwa') berwarna putih" [HR Tirmizi]

Al-Lawi' (Bendera)


Ar-Royah (Panji)

Ayuh Remaja Islam...Tegakkan Khilafah Islam!!!

Ketika ini (menulis blog) semangat saya memperjuangkan agama sangat-sangat kuat. Oleh itu ingin berkongsi sedikit apa yang terlintas di pemikiran dan hati saya. Apa yang menyedihkan pada diri saya ialah kelemahan remaja Islam sendiri untuk bangkit dan berjemaah pada waktu subuh. Kekadang diri ini terasa sepi, yang hadir 2,3 remaja yang gagah bersolat subuh secara jemaah di masjid khususnya(ini pada skop solat sahaja). Tetapi bagaimana dengan Amal maa'ruf Nahi Mungkar. Untuk itu saya memperingatkan diri kalian dan diri saya. Moga kita tidak terus terjatuh, tidak berani bangun semula kerana cintakan dunia dan takutkan mati.
Allahu akbar...!!!



Seminar Krisis Kenaikan Minyak

Assalamualaikum wbt.

Pada jam 9.30 am saya telah hadiri satu seminar anjuran IKIN dengan Kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia bertempat di Puri Pujangga UKM. Seminar mengenai krisis kenaikan minyak.

Walaupun agak lewat saya hadir ke seminar itu dan disebabkan pertama kalinya saya berkenderaan sendiri ke sana seorang diri (tak arif jalan..ehehe). Alhamdulillah, kerana niat untuk perjuangkan agama Allah, perjalanan saya telah pun sampai...

Sesampai di situ. Saya disambut oleh 2 orang ahli panel HTM iaitu Norazman & Dr Zul. Untuk mengetahuan kalian, Norazaman merupakan musryib saya semasa saya di Johor dahulu. Kemudian saya masuk ke Dewan tersebut, penceramah pertama Prof Madya Dr Sharifudin b. Dato Muhammad Zain sedang menyampaikan ceramahnya. Beliau menerangkan realiti yang membawa kepada kenaikan harga minyak, memang menarik dan mendalam.

Semasa sesi jamuan, saya sempat berbual2 dengan beberapa tetamu yang hadir. Alhamdulillah mereka memberi respons yang sangat baik. Mereka setuju hanya setelah mendengar penjelasan tadi baru betul2 memahami realiti kenaikan harga minyak ini.

Penceramah kedua dari Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Hakim Othman, menjelaskan hukum Islam tentang pengaturan minyak. Beliau menumpukan khusus hukum bagi minyak sebagai milkiah ammah dengan dalil dan syarah yang jelas. Penjelasan dari Ustaz Hakim telah menajamkan lagi pemahaman saya.

Selapas sesi soal jawab, Hizbut Tahrir Malaysia memperkenal barisan saf kepimpinan tertinggi HTM. Selepas itu, Kempen Sejuta Tandatangan dilancarkan oleh Presiden bersama Ustaz Ahmad Mustafa, Setiausaha Agung Hizbut Tahrir Malaysia. Selepas doa penutup, suatu sidang media diadakan.



Di Koridor Dewan Puri Pujangga - Sebelum majlis bermula



Sesi jamuan makan


Saturday 28 June 2008

Pertemuan... Nasib baik aku call ko....

28 Jun 2008

Sebuah pertemuan yang amat berharga bagi aku ketika itu. Kalau tidak kerana takdir pertemuan hari ini, kemungkinan aku dan seorang dari sahabat aku ini tidak berjumpa untuk tempoh satu tahun. Sebab hari terakhir kitaorang jumpa masa hari raya. Itu pun sekejap ja.

Dipendekkan cerita, aku menelefon sahabat-sahabat aku, mamat, tet, rafiz, sean & amin. Ntah kenapa perasaan aku kat amin ketika menelefonnya lain dari yang lain. Tak seperti sahabat-sahabat lain semasa aku menelefon mereka.

Aku bertanya lagi...
"Ko sambung belajar lagi ka Amin??"
"Aku tak sambung ar wan tahun nie"

"huh?? Tak sambung??" dalam masa yang sama aku berfikir, adakah dia mendapat projek baru??.

Amin berkata lagi "Aku maybe nak kerja dulu ar kut. Tak pun uruskan projek"
"Oic..Abeh sekarang nie ko ada kat mana?? kat kampung or kl??"

Jawapannya dia berikan itu, seolah-olah dia menyembunyi sesuatu..

Aku terus bertanya lagi.. "Ka ko follow projek, bukan buat projek. Aku faham ngat, kalau ko dah cakap macam tue"

Amin berterus-terang.. "Sebenarnya, aku nak pegi India ar wan, aku ngn beberapa kenalan aku dan beberapa jemaah yang jadi satu romobongan aku pegi sana"
"Aku dah agak dah, dengan aku pun ko nak berahsia..segan-segan nak gtaw.."
"Bape lama ko g sana?? 40 hari?? Tak pun 4 bulan..Tul tak 4 bulan.."
.. Aku beri soalan aku yang jawab..
"Aah wan 4 bulan, 4 bulan sekejap ja wan. Kalau di bandingkan masa kita nie, 21 tahun.. Pe je yang dah kita buat"
Aku terdiam, sebab aku faham benar perangainya itu. Dia ke arah pendakwah. Suka merantau.

"Yup, memang kejap 4bulan tue. Nasib baik aku terasa nak call ko. Kalau tidak, alamatnya tak dapat lah kita berjumpa nanti. Silap hari bulan genap setahun kita baru jumpa lagi" Amin..diamkan diri..maybe dia nak dengar n bagi aku peluang untuk berceloteh..

"Ko pegi India 4 bulan.. Tiket bape henggit?? Visa bape posen?? Makan bape rat??"
"Tiket aku herga & visa dalam RM2060 untuk pergi balik. Perbelanjaan harian dalam seribu"
"HUh?? cukup ka seribu ringgit untuk 4 bulan"

"insya-Allah cukup..sebelum nie ada jemaah bawak rm 700 je.. Alhamdulillah semua cukup.." "Lagi pun aku bawak duit lebey. Dlm RM1300-1400"

Aku cuma mendengar aje ape dia cakapkan itu. Tataw nak tanya apa lagi dah..

Sebelum mengakhri perbualan, masa dan tempat penerbangan sempat aku tanya kan.. Penerbangan dalam kol 9.00 pm

*******************



Aku bertolak ke KLIA dalam kol 7 pm... Naek KLIA Transit kt Salak Tinggi. Perjalanan cuma 5 minit aje..agak laju ERL nie..

Setelah dijanji temukan..

Aku bersalaman dgn dia.. Sebab aku nampak dia dahulu. Semasa bersalaman, tetiba dia menarik aku lalu mendakap diri aku. Perasaan ketika tue tataw nak kata apa dah, aku nampak r matanya berair. Maybe dah lama sgt tak jumpa kut. Aku pun begitu gak.


Kami berkawan sejak form 1 lagi. Dari form 1 sampai form 4 kami satu kelas. Nasib dia baik, sebab dapat sekolah teknik batu pahat n dapat asrama sekali. Dulu aku ada dapat gak sekolah teknik, sekolah teknik kota tinggi tapi xdapat asrama. So aku kuburkan je niat aku untuk belajar kt sana.

Aku ingat lagi, dia pernah menyampaikan perasaan..
"Kalau boleh kita duduk satu sekolah" Nie masa form 4 n tgh tunggu panggilan dr sek teknik.
"Harap-harap, kita satu sekolah wan. Kalau kita dapat tempat lain2. Kita cuba mintak tempat yang sama macam permohonan kita dulu.. Tak kisah lah kita lain course"

Peristiwa tue masih lagi melekat dalam memori aku..

Masa dalam airport, sempat r juga kau berkenalan n bersalaman dengan jemaah-jemaah lain. Antara jemaah setia yang ikut kami merayau kt airport ialah Zamri.. Dia puji cara kami berkawan, "Bukan senang nak jumpa antum semua.. Ana punya tunang sendiri pun takdenya nak antar ana ke airport"

Aku diamkan sahaja, tataw nk ckp ape..


Pertemuan itu agak singkat.. Dapatlah juga solat berjemaah dengan dia. Teringat masa zaman sek2 dulu, kelas tambahan, solat jemaah sama2. Prep dgn dak2 lain kt rumah sewanya(sebelum disewakan org), sama-sama solat jemaah, kalau subuh tue, solat kat masjid.

Amin dengan Zamri masuk kedalam balai pelepasan. Sama-sama suruh doakan diantara satu sama lain.

Aku bereda dari situ. Sementara tunggu ERL dtg sela 1/2 jam. Aku pusing2 kat tingkat 5 & 3. Pastu pergi makan jap. Tengah2 makan, handphone aku berbunyi "Excused me, boss. You got one message"..Aku membukanya, tetera nama Amin kt screen handphoneku.

Text message received
From: En Amin
Read now?

Aku membukanya....

En Amin 28-06-2008 20:17
Trima ksh bnyk2 wan,you
are my best friend..Doakn
aq wan..


Aku membalas msg itu. Aku harap msg "ini" tidak terhenti disini sahaja. Tidak terhenti persahabatan.

Sahabat

Pertama kali. Aku panjat kesyukuran pada Allah SWT atas nikmat yang diberi. Nikmat persahabatan. Aku tak jemu berjumpa dengan korang. On time je aku datang kalau ada apa-apa. Orang-orang yang aku maksudkan ialah Muhamad Yazid aka Tet, Mohd Rafiz aka Rapis, Muhamaad Fauzi aka Legob dan Khairul Anwar aka Sean.

Terlalu besar nikmat persahabatan ini. Persefahaman lah yang membuatkan kita rapat, terus berjumpa setelah berpisah, tegur-menegur, bantu-membantu ketika dalam kesusahan.


Peristiwa menemani Sean pergi sambung belajar di UTM, Skudai. Adalah bermakna buat kita, hanya kita saja yang pergi kesana

Sekolah rendah??...hurmm

1994
-kelas aku satu hijau...dan2 satu hijau pdhal satu gigih..satu hijau sebab mse mase tue signboard kelas aku tak diubah lagi..
-blog apa aku tak igt..bgnn 4 tingkat..kelas aku kt tingkat bawah..sebelah makmal sains dan bilik kaunselor..ngadap kantin..dkt ngn pintu keluar blkg sek..
-nama cikgu, cikgu norjamaliah karno. ajar bahase english
-mase nie aku lelaki pendiam..uhuhu..betul tak tipu..
-yg duduk 1 group ngn aku,nadia, hafiz mohamad, ekin jepun,sofie murni,ain..
-zmn kegemilangan(yer lah tue), gmbr dgn sorg awek..nor'ain namanya..budak paling cun dlm kelas aku mase tue..dan dia satu meja ngn aku..klu ikut kan, dia lah 1st time aku bersalam ngn dak ppuan..ntah kenapa ek, tetiba aku teringat psl dia semasa aku tulis post nie..klu ikutkan, dia yg byk tlg aku, tiru kerja rumah, pnjm kaler pencil. dia pernah conteng(bkn conteng teruk2) buku latihan aku. biasalah kn klu latihan xde gmbr bkn bdk darjah satu lah namenya kn..dia kaler ape taw??..kaler ayam jantan warna ungu..xpsl2 cikgu pggl aku psl kaler ayam mcm tue sekali..ish2..ain..ain..tapi ain kejap je ngn dak kelas aku, satu penggal je..dia pindah jb..smp skg aku tataw hal dia..makin cun ka??..=p

1995
-aku msk kelas 2 gigih..
-bangunan lama zmn jepun dulu..mcm rumah pnjng..pengasingan kelas,guna tirai kayu..mcm rumah pnjng katakan..
-nama cikgu, cikgu noraezah ahmad..dia ajar bahasa melayu..
-tmpt duduk??..byk kali pindah tmpt n susu meja..yg aku igt mase duduk dua2..aku duduk ngn sharizal jumaat..pastu pecah bentuk group, 6 org..aku, najihatul(baru terjumpa dia kt fs), nadia, farha(dak tadika aku), sharizal jumaat,shazreen..


1996
-aku msk 3 tekun
-cikgu asiah othman
-

Tadika KEMAS...16 tahun yg lalu...

Nak cite mase aku tadika... pe yg boleh aku igt lg peristiwa 16 tahun dulu?..

mase aku tadika..aku ngn geng jiran(lrg sentosa) g tadika bersama, aku, mamat,amir, azizah & ani..dlm berlima aku yg paling tua, terasa mcm ketua lak mase tue..ehehe..semua dgr ckp aku..hahaha..kitaorg g tadika nek beca roda tiga arwah wak dol..best beb mase tue..passenger ngam2 utk kitorg..

masa dlm tadika..tadika tue dibahagikan 3 kelas..cikgu nab, cikgu mie, cikgu ...(terlupa nama dia lak)..aku dimasukkn dlm kelas cikgu mie...manakala amir ngn azizah dimasukan dlm kelas cikgu nab..mamat ngn ani lak, msk kelas cikgu dot3...hampeh korg, msk2 tadika dah dapat kapel, aku je sorg2 kt sini..cikgu tadika nie pun satu, nape dorg xnak msk kn kitaorg satu kelas..yg lagi haru nye, rumah seblah2 je..mcm mamat ngn ani, no 3&2..si amir ngn azizah, no 12&14..aku plak no4..(mcm dirancang lak)..

dak kelas cikgu mie yg aku igt smp skg, hafiz hashim; hafiz sanusi; kamal; nizam; farha, dak nie garang taw, pernah rotan si kamal, lembam tangan si kamal dibuatnya; zarith; haslinda; shah farid..tue je yg aku igt..uhuhu..

peristiwa yg xdpt aku lupakn..mase mkn tgh hari..lepas mkn tgh hari, bdk2 kena mkn sebiji pil(cegah cacing kerawit). aku mase tue tak suka ngt mkn pil..ikut angin aku..klu nk mkn2..klu xnk makan..alamatnya pil tue aku sorok bawah karpet.uhuhu..bukan aku sorg je taw yg wat benda alah tue, ramai gik yg benda yg sama..silap hr bulan,pembaca post nie mesti pernah buwat punya..ehehe

Friday 27 June 2008

Nizamul Islam - Qadha' dan Qadar

BAB 2: QADHA` DAN QADAR
oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani


Allah SWT berfirman dalam surat Ali Imran :



Juga firman-Nya dalam surat Al-A'raaf:



Firman-Nya yang lain dalam surat Al-Hadid:




Begitu pula firman-Nya dalam surat At-Taubah :




Sementara firman-Nya dalam surat Saba':




Dan firman-Nya dalam surat Al-An'aam :




Juga firman-Nya dalam surat An-Nisaa’ :




Ayat-ayat di atas, begitu pula ayat-ayat serupa lainnya, sering dipakai oleh banyak orang (ahli kalam) pada saat membahas qadha` dan qadar, dan dijadikan dalil yang memberi kesan seolah-olah manusia ''dipaksa'' untuk melakukan perbuatannya. Dan semua perbuatan itu sebenarnya dilakukan kerana ''dipaksa'' oleh adanya Iradah dan Masyiatullah. Terkesan pula bahawa Allah telah menciptakan manusia sekaligus perbuatannya. Mereka berusaha menguatkan pendapat ini dengan firman Allah SWT :




Disamping itu mereka juga mengambil dalil dari hadits-hadits, misalnya sabda Rasul SAW :

"Ruhul Kudus (Jibril) telah membisikkan ke dalam kalbuku: 'Tidak akan mati suatu jiwa sebelum dipenuhi rizki, ajal, dan apa saja yang ditakdirkan baginya".


Masalah qadha` dan qadar memang telah memainkan peranan penting dalam mazhab-mazhab Islam (firqah theologi terdahulu, pent.). Ahli Sunnah memiliki pendapat, yang pada intinya mengatakan bahawa manusia itu memiliki apa yang disebut dengan kasb ikhtiari di dalam perbuatan-perbuatannya (tatkala manusia hendak berbuat sesuatu, Allah menentukan/menciptakan amal perbuatan tersebut, pent.). Manusia dihisab atas dasar kasb ikhtiari ini. Sedangkan Mu'tazilah memiliki pendapat yang ringkasnya mengatakan bahawa manusia sendirilah yang menciptakan perbuatannya. Manusia dihisab berdasarkan perbuatannya. Sebab, ia sendirilah yang menciptakannya. Adapun Jabariyah memiliki pendapat tersendiri, yang ringkasnya bahawa Allah menciptakan manusia beserta perbuatannya. Ia "dipaksa" melakukan perbuatannya dan tidak bebas memilih. Ibaratnya seperti bulu yang diterbangkan angin kemana saja.



Apabila kita meneliti masalah qadha` dan qadar ini, akan kita dapati bahawa ketelitian pembahasannya menuntut kita untuk mengetahui terlebih dahulu dasar pembahasan masalah ini. Ternyata, dasarnya bukan menyangkut perbuatan manusia, dilihat dari apakah diciptakan Allah atau oleh dirinya sendiri. Juga tidak menyangkut Ilmu Allah, dilihat dari kenyataan bahawa Allah SWT mengetahui apa yang akan dilakukan oleh hamba-Nya, yang Ilmu-Nya itu meliputi segala perbuatan hamba. Tidak ada hubungannya dengan Iradah Allah, yang Iradah-Nya dikatakan berkaitan erat dengan perbuatan hamba, sehingga perbuatan itu harus terjadi kerana adanya Iradah tadi. Juga tidak berhubungan dengan status perbuatan hamba yang sudah tertulis dalam Lauhul Mahfudz, sehingga tidak boleh tidak ia harus melakukannya sesuai dengan apa yang tertulis di dalamnya.



Memang benar, semua perkara tadi bukan menjadi dasar pembahasan qadha’ dan qadar. Sebab, semuanya tidak ada hubungannya dengan pembahasan ini dilihat dari segi pahala dan seksa. Perkara tersebut hanya berhubungan dengan 'penciptaan', Ilmu (Allah) yang meliputi segala sesuatu, Iradah-Nya yang berkaitan dengan segala kemungkinan-kemungkinan, dan hubungannya dengan Lauhul Mahfudz yang mencakup segala sesuatu. Semua ini merupakan pembahasan lain, yang terpisah dari topik pahala dan seksa atas perbuatan manusia. Dengan kata lain, tidak ada hubungannya dengan pertanyaan-pertanyaan:



'Apakah manusia itu dipaksa melakukan perbuatan baik dan buruk, ataukah ia diberi kebebasan memilih?' Juga, dengan pertanyaan : ‘Apakah manusia diberi pilihan melakukan suatu pekerjaan atau meninggalkannya, atau sama sekali tidak diberi hak untuk memilih (ikhtiyar)?'



Apabila kita mengamati seluruh perbuatan manusia, akan kita jumpai bahawa manusia itu hidup di dalam dua daerah. Daerah pertama adalah ''daerah yang mampu ia kuasai''. Daerah ini berada di bawah kekuasaan manusia dan di dalam ruang lingkup semua perbuatan yang timbul semata-mata kerana pilihannya sendiri.



Sedangkan daerah kedua adalah ''daerah yang menguasainya'' iaitu daerah yang manusia berada di bawah kekuasaannya. Pada daerah ini terjadi perbuatan dimana manusia tidak memiliki pengaruh sedikitpun, baik perbuatan itu berasal dari dirinya atau yang menimpanya.



Perbuatan manusia yang terjadi pada daerah yang kedua ini, tidak ada pengaruh mahupun urusan sedikitpun dengan manusia atas kejadiannya. Kejadian-kejadian di daerah ini dapat dibagi menjadi dua. Pertama, kejadiannya ditentukan oleh nizhamul wujud (Sunnatullah). Kedua, kejadiannya tidak ditentukan oleh nizhamul wujud, namun tetap berada di luar kekuasaan manusia, dan ia tidak akan mampu menghindarinya, namun tidak terikat dengan nizhamul wujud.



Mengenai kejadian yang ditentukan oleh nizhamul wujud, hal ini telah memaksa manusia untuk tunduk kepadanya. Manusia harus berjalan sesuai dengan ketentuannya, sebab manusia berjalan bersama alam semesta dan kehidupan, sesuai dengan mekanisme tertentu yang tidak kuasa dilanggarnya. Bahkan semua kejadian yang ada pada bagian ini muncul tanpa kehendaknya. Di sini manusia terpaksa diatur dan tidak bebas memilih. Misalnya, manusia datang dan meninggalkan dunia ini bukan kerana kemauannya. Ia tidak dapat terbang di udara, tidak boleh berjalan di atas air hanya dengan tubuhnya, tidak dapat menciptakan warna biji matanya, bentuk kepala dan tubuhnya. Semua itu diciptakan Allah SWT, tanpa ada pengaruh ataupun hubungannya sedikitpun dengan manusia. Allahlah yang menciptakan nizhamul wujud yang berfungsi sebagai pengatur alam ini. Alam pun diperintahkan untuk berjalan sesuai dengan peraturan yang telah ditentukan-Nya tanpa kuasa untuk melanggarnya.



Akan halnya kejadian yang tidak ditentukan oleh nizhamul wujud namun tetap berada di luar kekuasaan manusia, adalah kejadian atau perbuatan yang berasal dari manusia atau yang menimpanya dengan terpaksa, yang sama sekali tidak memiliki kemampuan untuk menolak. Misalnya, seseorang terjatuh dari atas tembok lalu menimpa orang lain hingga mati. Atau, orang yang menembak burung tetapi secara tidak sengaja mengenai seseorang hingga mati. Atau, kecelakaan pesawat, kereta api, atau mobil, kerana kerusakan mendadak yang tidak boleh dihindari, sehingga menyebabkan tewasnya para penumpang, dan sebagainya. Semua kejadian yang berasal dari manusia atau yang menimpanya ini, walaupun di luar kemampuannya dan tidak terikat dengan nizhamul wujud, tetapi tetap terjadi tanpa kehendak manusia dan berada di luar kekuasaannya. Oleh kerana itu dapat kita golongkan ke dalam daerah kedua, yakni daerah yang menguasai manusia.



Segala kejadian yang terjadi pada daerah yang menguasai manusia inilah yang dinamakan qadha` (keputusan Allah). Sebab Allahlah yang memutuskannya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak dimintai pertanggungjawaban atas kejadian ini, betapapun besar manfa'at atau kerugiannya. Walaupun disukai atau dibenci oleh manusia. Juga, meskipun kejadian tersebut mengandung kebaikan dan keburukan menurut tafsiran manusia --sekalipun hanya Allah yang mengetahui hakikat baik dan buruknya kejadian itu. Sebab, manusia tidak ikut pengaruh dalam kejadian tersebut, serta tidak tahu-menahu tentang hakikat dan asal-muasal kejadiannya. Bahkan ia sama sekali tidak memiliki kemampuan untuk menolak atau mendatangkannya. Manusia hanya diwajibkan untuk beriman akan adanya qadha`, dan bahawasanya qadha` itu hanya berasal dari Allah SWT.



Sedangkan qadar[i], huraiannya dapat disemak sebagai berikut. Bahawasanya semua perbuatan, baik yang berada di daerah yang menguasai manusia ataupun di daerah yang dikuasai manusia, semuanya terjadi dari benda menimpa benda, baik benda itu berupa unsur alam semesta, manusia, mahupun kehidupan. Allah SWT telah menciptakan khasiat (sifat dan ciri khas) tertentu pada benda-benda ini. Misalnya, api diciptakan berkhasiat membakar. Sedangkan pada kayu terdapat khasiat terbakar. Pada pisau terdapat khasiat memotong dan demikian seterusnya. Allah SWT telah menjadikan khasiat-khasiat bersifat baku sesuai dengan nizhamul wujud yang tidak boleh dilanggar lagi. Apabila suatu waktu terbukti khasiat ini melanggar nizhamul wujud, maka itu kerana Allah SWT telah menarik khasiatnya. Tetapi hal ini adalah sesuatu yang berada di luar kebiasaan dan hanya terjadi bagi para Nabi yang menjadi mukjizat bagi mereka. Seperti halnya pada benda-benda yang telah diciptakan khasiat-khasiatnya, maka pada diri manusia telah diciptakan pula berbagai gharizah (naluri) serta keperluan jasmani. Pada naluri (keinginan) dan keperluan jasmani ini juga telah ditetapkan khasiat-khasiat seperti halnya pada benda-benda. Misalnya, pada gharizah mempertahankan dan melestarikan keturunan (gharizatun nau') telah diciptakan suatu khasiat iaitu dorongan seksual. Dalam keperluan jasmani diciptakan pula khasiat-khasiat seperti lapar, haus, dan sebagainya. Semua khasiat ini dijadikan Allah SWT bersifat baku sesuai dengan sunnatul wujud (peraturan alam yang ditetapkan Allah).



Seluruh khasiat yang diciptakan Allah SWT, baik yang terdapat pada benda mahupun naluri serta keperluan jasmani manusia, dinamakan qadar (ketetapan). Sebab, Allahlah yang menciptakan benda, naluri, serta keperluan jasmani; kemudian menetapkan khasiat-khasiat tertentu di dalamnya. Khasiat-khasiat ini tidak datang dengan sendirinya dari unsur-unsur tersebut. Dan manusia sama sekali tidak memiliki pengaruh apapun. Oleh kerana itu, manusia wajib mengimani bahawa yang menetapkan khasiat-khasiat di dalam unsur-unsur tersebut hanyalah Allah SWT.



Khasiat-khasiat ini memiliki qabiliyah (potensi) untuk digunakan manusia dalam bentuk amal kebaikan apabila sesuai dengan perintah Allah. Boleh juga digunakan untuk berbuat kejahatan apabila melanggar perintah Allah dan larangan-Nya. Baik itu dilakukannya dengan menggunakan khasiat-khasiat yang ada pada benda, atau dengan memenuhi dorongan naluri (keinginan) dan keperluan jasmaninya. Perbuatannya itu menjadi baik apabila sesuai dengan perintah Allah dan larangan-Nya, dan sebaliknya menjadi jahat apabila melanggar perintah dan larangan-Nya.



Dengan demikian, semua peristiwa yang terjadi pada daerah yang menguasai manusia itu datangnya dari Allah, apakah itu baik ataupun buruk. Juga, khasiat pada benda-benda, naluri (keinginan) serta keperluan jasmani datangnya dari Allah, baik hal itu akan menghasilkan kebaikan ataupun keburukan. Oleh kerana itu, wajib bagi seorang muslim untuk beriman kepada qadha`, baik dan buruknya dari Allah SWT. Dengan kata lain, ia wajib meyakini bahawa semua kejadian yang berada di luar kekuasaannya datangnya dari Allah SWT. Wajib pula bagi seorang muslim untuk beriman kepada qadar, baik dan buruknya dari Allah SWT, baik khasiat-khasiat tersebut akan menghasilkan kebaikan ataupun keburukan. Manusia sebagai makhluk tidak mempunyai pengaruh apapun dalam hal ini. Ia tidak punya pengaruh dalam masalah ajal, rizki, dan dirinya. Semua itu dari Allah SWT. Sama halnya dengan kecenderungan seksualnya yang terdapat pada gharizatun nau'. Atau kecenderungan memiliki sesuatu yang terdapat pada naluri (keinginan) mempertahankan diri (gharizatul baqa'). Atau rasa lapar dan haus yang ada pada keperluan jasmaninya. Semua itu datangnya dari Allah SWT.



Penjelasan di atas tadi adalah pembahasan yang berkaitan dengan kejadian-kejadian pada daerah yang menguasai manusia dan pada khasiat-khasiat seluruh benda yang ada. Adapun daerah yang dikuasai oleh manusia, adalah daerah dimana manusia berjalan secara sukarela di atas nizham (peraturan) yang dipilihnya, apakah itu syariat Allah ataupun syariat-syariat lainnya. Dalam daerah ini, terjadi peristiwa dan perbuatan yang berasal dari manusia atau menimpanya kerana kehendaknya sendiri. Misalnya ia berjalan, makan, minum, dan bepergian, bila saja sesuka hatinya dan bila saja boleh ditinggalkannya. Ia membakar dengan api dan memotong dengan pisau, sesuai dengan kehendaknya. Begitu pula ia memuaskan keinginan seksualnya, keinginan memiliki barang, atau keinginan memenuhi perutnya sesuai dengan keinginannya. Ia boleh melakukannya atau tidak melakukannya dengan sukarela. Oleh kerana itu, terhadap semua perbuatan yang dilakukan di daerah ini, manusia akan ditanya dan diminta pertanggungjawaban.



Meskipun khasiat-khasiat yang ada pada benda mati, naluri, serta keperluan jasmani yang telah ditaqdirkan oleh Allah dan dijadikannya bersifat baku, mempunyai efek/pengaruh yang menghasilkan suatu perbuatan, akan tetapi bukan khasiat-khasiat ini yang melakukan perbuatan, melainkan manusialah yang melakukannya pada saat ia menggunakan khasiat-khasiat itu. Sebagai contoh, dorongan seksual yang ada pada gharizatun-nau', memang mempunyai potensi kebaikan atau keburukan. Begitu pula rasa lapar yang ada pada keperluan jasmani, juga mempunyai potensi kebaikan atau keburukan. Akan tetapi yang melakukan perbuatan baik atau buruk adalah manusianya itu sendiri, bukan naluri (keinginan) atau keperluan jasmaninya. Sebab, Allah SWT telah menciptakan akal bagi manusia. Dan di dalam tabiat akal diciptakan kemampuan memahami serta mempertimbangkan. Oleh kerana itu, Allah telah menunjukkan kepada manusia jalan yang baik dan yang buruk, sebagaimana firman-Nya:




Maka, Allah jadikan di dalam naluri dan keperluan jasmani itu kemampuan untuk menimbang-nimbang, mana perbuatan yang maksiat dan mana perbuatan yang baik (taqwa), sebagaimana firman-Nya:




Jadi, apabila manusia memuaskan dorongan naluri dan keperluan jasmaninya sesuai dengan perintah Allah dan larangan-Nya, berarti ia telah melakukan kebaikan dan berjalan pada jalan taqwa. Namun bila manusia memenuhi dorongan naluri dan keperluan jasmaninya seraya berpaling dari perintah Allah dan larangan-Nya, berarti ia telah melakukan perbuatan buruk dan berjalan di atas jalan kemaksiatan. Dalam dua keadaan tadi, manusialah yang menghasilkan perbuatan. Tidak peduli, apakah perbuatan itu baik ataupun buruk, dan tanpa melihat lagi apakah perbuatan itu berasal dari dirinya atau yang menimpanya. Dia sendirilah yang memenuhi keperluannya sesuai dengan perintah Allah dan larangan-Nya, sehingga ia termasuk telah berbuat baik. Dia sendiri pula yang memenuhi keperluannya dengan menentang perintah Allah dan larangan-Nya, sehingga ia digolongkan telah berbuat buruk. Atas dasar inilah manusia diminta pertanggungjawabannya terhadap semua perbuatan yang terjadi pada daerah yang ia kuasai. Lalu diberi pahala atau diseksa, tergantung perbuatannya. Sebab, ia melakukannya secara sukarela tanpa ada paksaan sedikitpun.



Walaupun khasiat naluri dan keperluan jasmani itu berasal dari Allah, serta potensinya untuk melakukan perbuatan baik atau buruk yang juga berasal dari Allah, namun Allah tidak menciptakan khasiat-khasiat itu dalam bentuk yang dapat memaksa manusia untuk melakukan suatu perbuatan, baik perbuatan itu diredhai Allah atau dimurkai-Nya, dan atau berupa perbuatan jahat ataupun baik. Khasiat membakar yang terdapat pada api, misalnya, tidak diciptakan untuk memaksa manusia melakukan pembakaran --baik yang diredhai Allah atau dibenci-Nya--, melainkan dijadikan Allah agar boleh berfungsi apabila digunakan oleh manusia dalam bentuk yang tepat. Demikian juga, pada saat Allah menciptakan manusia berikut naluri dan keperluan jasmaninya, seraya diciptakan-Nya pula akal yang sanggup membeza-bezakan, maka diberikan-Nya pula kepada manusia kebebasan memilih untuk melakukan perbuatan, atau meninggalkannya tanpa pernah dipaksa. Allah tidak pernah menciptakan khasiat-khasiat benda, naluri, atau keperluan jasmani sebagai sesuatu yang dapat memaksa manusia untuk melakukan suatu perbuatan atau meninggalkannya. Oleh kerana itu, manusia bebas melakukan suatu perbuatan ataupun meninggalkannya dengan menggunakan akalnya --yang memang mampu untuk membeza-bezakan dan telah dijadikan sebagai sandaran (manath) pembebanan kewajiban syariat.



Berdasarkan hal ini, Allah menyediakan pahala bagi perbuatan baik manusia, kerana akalnya telah memilih menjalani perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sedangkan untuk perbuatan buruk, manusia telah disediakan seksa, oleh kerana akalnya telah memilih untuk melanggar perintah Allah dan larangan-Nya, iaitu saat manusia memenuhi tuntutan naluri serta keperluan jasmaninya bukan dengan cara yang telah diperintahkan Allah. Jadi, balasan terhadap perbuatan semacam ini merupakan balasan yang haq serta adil, kerana manusia bebas memilih tanpa ada paksaan apapun. Dalam masalah ini tidak ada urusannya dengan qadha` dan qadar. Tetapi masalahnya adalah tindakan si hamba sendiri dalam melakukan suatu perbuatan secara sukarela. Oleh kerana itu, manusia bertanggung jawab penuh atas perbuatannya, sebagaimana firman Allah:




Adapun mengenai Ilmu Allah, sesungguhnya tidaklah ilmu-Nya memaksa manusia untuk melakukan suatu perbuatan. Sebab, Allah telah mengetahui sebelumnya bahawa manusia akan melakukan perbuatannya secara sukarela. Perbuatannya itu tidak didasarkan pada Ilmu Allah, melainkan telah menjadi Ilmu Allah yang azali, bahawasanya manusia akan melakukan perbuatan tersebut.



Mengenai adanya tulisan di dalam Lauhul Mahfudz, tidak lain merupakan perlambang tentang betapa Maha Luasnya Ilmu Allah yang meliputi segala sesuatu.



Demikian pula halnya dengan Iradah Allah, yang tidak memaksa manusia untuk melakukan suatu perbuatan. Sebab, yang dimaksud dengan Iradah Allah adalah "tidak akan terjadi sesuatu apapun di malakut (alam kekuasaan)-Nya kecuali dengan kehendak-Nya". Dengan kata lain, tidak ada sesuatu di alam ciptaan-Nya ini yang terjadi berlawanan dengan kehendak-Nya. Jadi, apabila manusia melakukan suatu perbuatan tanpa dicegah Allah, tanpa dipaksa, dan ia dibiarkan melakukan secara sukarela, maka pada hakikatnya perbuatan manusia tersebut berdasarkan Iradah Allah, bukan berlawanan dengan kehendak-Nya. Perbuatan tersebut dilakukan oleh manusia secara sukarela berdasarkan pilihannya. Sedangkan Iradah Allah tidak memaksanya untuk berbuat seperti itu.



Demikianlah penjelasan tentang qadha` dan qadar. Masalah inilah yang dapat mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan bila ia sedar bahawa Allah senantiasa mengawasinya serta akan meminta tanggung jawabnya. Juga, manusia akan sedar bahawa Allah SWT telah memberikan kepadanya kebebasan memilih untuk melakukan suatu perbuatan ataupun meninggalkannya. Apabila manusia tidak pandai-pandai menggunakan hak pilihnya itu, tentulah ia akan terperosok ke dalam jahanam dengan mendapatkan seksa yang pedih. Seorang mukmin sejati yang memahami hakikat qadha` dan qadar, hakikat nikmat akal dan nikmat hak pilih yang telah dikaruniakan Allah, akan kita dapati bahawa orang tersebut akan waspada dan takut kepada Allah SWT. Ia akan selalu berusaha melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, kerana takut ditimpa azab Allah serta merindukan jannah-Nya. Bahkan Ia akan menginginkan apa yang lebih besar dari itu, yang tidak lain adalah keredhaan Allah SWT.



[i] Qadar yang dibahas oleh mutakallimin adalah reaksi dari naluri perbuatan manusia, atau sifat yang dimiliki makhluk lain, seperti tumbuhan dan haiwan-pent.).



Nizamul Islam - Jalan Menuju Iman

BAB 1: JALAN MENUJU IMAN
oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani




Bangkitnya manusia tergantung pada pemikirannya tentang hidup
1), alam semesta, dan manusia, serta hubungan ketiganya dengan Zat yang ada sebelum alam kehidupan dan alam yang ada sesudah kehidupan dunia. Oleh kerana itu, harus ada perubahan yang mendasar dan menyeluruh terhadap pemikiran manusia dewasa ini, untuk kemudian diganti dengan pemikiran lain agar ia mampu bangkit. Sebab, pemikiranlah yang membentuk mafahim
2) terhadap segala sesuatu serta yang memperkuatnya. Selain itu, manusia selalu mengatur tingkah lakunya di dalam kehidupan ini sesuai dengan mafahim-nya terhadap kehidupan. Sebagai contoh, mafahim seseorang terhadap orang yang dicintainya akan membentuk perilaku terhadap orang tersebut, yang nyata-nyata berlawanan terhadap orang lain yang dibencinya, dimana ia memiliki mafahim kebencian terhadapnya. Begitu juga akan berbeza terhadap orang yang sama sekali tidak dikenalnya, dimana ia tidak memiliki mafhum apapun terhadap orang tersebut. Demikianlah, tingkah laku manusia selalu berkaitan erat dengan mafahim yang dimilikinya.

Maka dari itu, apabila kita hendak mengubah tingkah laku manusia yang rendah menjadi luhur, tidak ada jalan lain kecuali harus mengubah mafhum-nya terlebih dahulu. Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :


Satu-satunya jalan untuk mengubah mafahim seseorang adalah dengan mewujudkan suatu pemikiran tentang kehidupan dunia sehingga dapat terwujud mafahim yang benar akan kehidupan tersebut pada dirinya. Namun, pemikiran seperti ini tidak akan melekat erat dan memberikan hasil yang bererti, kecuali jika terbentuk dalam dirinya pemikiran tentang alam semesta, manusia, dan hidup; tentang Zat yang ada sebelum kehidupan dunia dan alam yang ada sesudahnya; disamping juga keterkaitan kehidupan dunia dengan Zat yang ada sebelumnya dan alam yang ada sesudahnya. Semua itu dapat dicapai dengan memberikan kepada manusia pemikiran menyeluruh dan sempurna tentang apa yang ada di balik ketiga unsur utama tadi. Sebab, pemikiran menyeluruh dan sempurna seperti ini merupakan landasan berfikir (al-qa’idatul fikriyah) yang dapat melahirkan seluruh pemikiran cabang tentang kehidupan dunia. Memberikan pemikiran yang menyeluruh mengenai ketiga unsur tadi merupakan pemecahan al-uqdatul kubra

3) Pada diri manusia. Apabila al-uqdatul kubra ini diurai, maka terurailah berbagai permasalahan lainnya, kerana seluruh masalah kehidupan pada dasarnya merupakan cabang dari al-uqdatul kubra tadi. Namun demikian, pemecahan tersebut tidak akan membawa kita kepada kebangkitan yang benar, kecuali apabila pemecahan itu sendiri adalah benar, iaitu pemecahan yang sesuai dengan fitrah manusia, memuaskan akal, dan memberikan ketenangan hati.

Pemecahan yang benar itu tidak akan dapat ditempuh kecuali dengan al-fikrul mustanir --iaitu pemikiran yang sangat dalam, yang mencakup hakikat segala sesuatu, termasuk semua hal yang berhubungan dengannya-- tentang alam semesta, manusia, dan hidup. Bagi mereka yang menghendaki kebangkitan dan menginginkan kehidupannya berada pada jalan yang mulia, mahu tidak mahu terlebih dahulu harus memecahkan al-uqdatul kubra ini dengan benar. Caranya, melalui al-fikrul mustanir tadi. Pemecahan inilah yang menghasilkan aqidah, sekaligus menjadi landasan berfikir yang melahirkan pemikiran-pemikiran cabang tentang perilaku manusia di dunia ini serta peraturan-peraturannya.

Islam telah menangani al-uqdatul kubra ini, serta telah dipecahkan untuk manusia dengan cara yang sesuai dengan fitrah, memuaskan akal, dan memberikan ketenangan jiwa. Ditetapkannya pula bahawa untuk memeluk agama Islam tergantung sepenuhnya pada pengakuan terhadap pemecahan ini, iaitu pengakuan yang betul-betul muncul dari akal. Oleh sebab itu, Islam dibangun di atas satu dasar, iaitu aqidah. Aqidah ini menjelaskan bahawa di balik alam semesta, manusia, dan hidup, terdapat Pencipta (Al-Khaliq) yang telah meciptakan ketiganya, serta telah meciptakan segala sesuatu yang lainnya. Dialah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahawasanya Pencipta telah menciptakan segala sesuatu dari tidak ada menjadi ada. Ia bersifat wajibul wujud, wajib adanya, sebab kalau tidak demikian, bererti Ia tidak mampu menjadi Khaliq. Ia bukanlah makhluk, kerana sifat-Nya sebagai Pencipta memastikan bahawa diri-Nya bukan makhluk. Dipastikan pula bahawa Ia mutlak adanya, kerana segala sesuatu menyandarkan wujud atau kewujudannya kepada diri-Nya; sementara Ia tidak bersandar kepada apapun.

Bukti bahawa segala sesuatu mempastikan adanya Pencipta yang menciptakannya dapat diterangkan sebagai berikut: bahawa segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh akal terbahagi dalam tiga unsur, iaitu manusia, alam semesta, dan hidup. Ketiga unsur ini bersifat terbatas, lemah, serba kurang, dan saling memerlukan satu dengan yang lain. Misalnya manusia. Manusia terbatas sifatnya, kerana ia tumbuh dan berkembang sampai pada batas tertentu yang tidak dapat dilampuinya lagi. Jadi, amat jelas bahawa manusia bersifat terbatas. Begitu pula halnya dengan hidup, bersifat terbatas, kerana penampakannya bersifat individual. Apa yang kita saksikan selalu menunjukkan bahawa hidup ini berakhir pada satu individu sahaja. Dengan demikian, jelas bahawa hidup itu bersifat terbatas. Alam semesta pun demikian, memiliki sifat terbatas. Sebab, alam semesta merupakan kumpulan dari benda-benda angkasa, yang setiap bendanya memiliki keterbatasan. Sementara kumpulan segala sesuatu yang terbatas, tentu terbatas pula sifatnya. Jadi, alam semesta pun bersifat terbatas. Dengan demikian jelaslah bagi kita bahawa manusia, hidup, dan alam semesta, ketiganya bersifat terbatas.

Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh ''sesuatu yang lain''. ''Sesuatu yang lain'' inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.

Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan. Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain. Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud. Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sesungguhnya siapa saja yang mempunyai akal akan mampu membuktikan --hanya dengan adanya benda-benda yang dapat diindera-- bahawa di balik benda-benda itu pasti terdapat Pencipta yang telah menciptakannya. Sebab, kenyataan menunjukkan bahawa semua benda itu bersifat serba kurang, sangat lemah, dan saling memerlukan. Ini saja sudah menunjukkan bahawa segala sesuatu yang ada hanyalah makhluk. Jadi untuk membuktikan adanya Al-Khaliq Yang Maha Pengatur, sebenarnya cukup hanya dengan mengarahkan perhatian manusia terhadap benda-benda yang ada di alam semesta, fenomena hidup, dan diri manusia sendiri. Dengan mengamati salah satu planet yang ada di alam semesta, atau dengan merenungi fenomena hidup, atau meneliti salah satu bahagian dari diri manusia, akan kita dapati bukti nyata dan meyakinkan akan adanya(wujudnya) Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Di dalam Al-Quran, kita jumpai ajakan untuk mengarahkan perhatian manusia terhadap benda-benda yang ada, seraya mengajak untuk turut mengamati dan memfokuskan perhatian terhadap benda-benda tersebut serta segala sesuatu yang ada di sekelilingnya, atau yang berhubungan dengannya, dalam rangka pembuktian adanya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan mengamati benda-benda tadi, bagaimana satu dengan yang lainnya saling memerlukan, akan memberikan suatu pemahaman yang meyakinkan dan pasti tentang keberadaan Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur. Al-Quran telah membeberkan ratusan ayat yang berhubungan dengan perkara ini, antara lain firman-firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :









Banyak lagi ayat-ayat yang serupa, yang mengajak manusia untuk memperhatikan benda-benda alam dengan saksama, dan melmperhatikan apa yang ada di sekelilingnya mahupun yang berhubungan dengan keberadaan dirinya. Ajakan itu untuk dijadikan petunjuk akan adanya Pencipta yang Maha Pengatur, sehingga dengan demikian imannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadi iman yang mantap, yang berakar pada akal dan bukti yang nyata.

Memang benar, bahawa iman kepada adanya Pencipta Yang Maha Pengatur merupakan hal yang fitri pada setiap manusia. Hanya saja, iman yang fitri ini muncul dari perasaan yang berasal dari hati nurani. Cara seperti ini bila dibiarkan begitu saja, tanpa dikaitkan dengan akal, sangatlah berisiko akibatnya serta tidak dapat dipertahankan lama. Pada kenyataannya, perasaan tersebut sering menambah-nambah apa yang diimani, dengan sesuatu yang tidak ada hakikatnya. Bahkan ada yang mengkhayalkannya dengan sifat-sifat tertentu yang dianggap lumrah terhadap apa yang ia imani. Tanpa sedar, cara tersebut malah menjerumuskannya ke arah kekufuran dan kesesatan. Penyembahan berhala, khurafat (cerita bohong) dan ajaran kebatinan, tidak lain akibat kesalahan perasaan hati ini. Kerana itulah, Islam tidak membiarkan perasaan hati sebagai satu-satunya jalan menuju iman. Ini dimaksudkan agar seseorang tidak menambah-nambah sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat ketuhanan; atau memberinya kesempatan untuk mengkhayalkan penjelmaan-Nya dalam bentuk benda; atau beranggapan bahawa untuk mendekatkan diri kepada-Nya dapat ditempuh melalui penyembahan benda-benda, sehingga menjurus ke arah kekufuran, syirik, khurafat, dan imajinasi yang keliru yang sentiasa ditolak oleh iman yang lurus. Oleh kerana itu, Islam menegaskan agar selalu menggunakan akal disamping adanya perasaan hati. Islam mewajibkan atas setiap umatnya untuk menggunakan akal dalam beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, melarang taqlid (menuruti) dalam masalah aqidah. Untuk itu, Islam telah menjadikan akal sebagai timbangan dalam beriman kepada Allah, sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala :


Dengan demikian setiap muslim wajib menjadikan imannya betul-betul muncul dari proses berfikir, selalu meneliti dan memperhatikan serta sentiasa bertahkim (merujuk) kepada akalnya secara mutlak dalam beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ajakan untuk memperhatikan alam semesta dengan saksama, dalam rangka mencari sunatullah serta untuk memperoleh petunjuk untuk beriman terhadap Penciptanya, telah disebut ratusan kali oleh Al-Quran dalam berbagai surah yang berbeza. Semuanya ditujukan kepada potensi akal manusia untuk diajak berfikir dan merenung, sehingga imannya betul-betul muncul dari akal dan bukti yang nyata. Disamping untuk memperingatkannya agar tidak mengambil jalan yang telah ditempuh oleh nenek moyangnya, tanpa meneliti dan menguji kembali sejauh mana kebenarannya.

Inilah iman yang diserukan oleh Islam. Iman seperti ini bukanlah seperti yang dikatakan orang sebagai imannya orang-orang lemah, melainkan iman yang berlandaskan pemikiran yang cemerlang dan meyakinkan, yang sentiasa mengamati (alam sekitarnya), berfikir dan berfikir, kemudian melalui pengamatan dan perenungannya akan sampai kepada keyakinan tentang adanya Allah Yang Maha Kuasa.

Oleh sebab itu, wajib atas manusia menggunakan akalnya dalam mencapai iman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, namun tidak mungkin ia menjangkau apa yang ada di luar batas kemampuan indera dan akalnya. Sebab akal manusia terbatas. Kekuatannya terbatas sekalipun meningkat dan bertambah, hingga batas yang tidak dapat dilampauinya lagi; terbatas pula jangkauannya. Melihat kenyataan ini, maka perlu diingat bahawa akal tidak mampu memahami Zat Allah dan hakikat-Nya. Sebab, Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di luar ketiga unsur pokok alami (alam semesta, manusia, dan hidup) di atas. Sedangkan akal manusia tidak mampu memahami apa yang ada di luar jangkauannya. Kenyataannya, ia tidak akan mampu memahami Zat Allah. Perlu ditekankan, tak perlu kita katakan, "Bagaimana mungkin orang (dapat) beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sedang akalnya sendiri tidak mampu memahami Zat Allah ?", kerana pada hakikatnya iman itu adalah percaya terhadap wujud (keberadaan) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sementara wujud-Nya dapat diketahui melalui makhluk-makhluk-Nya, yang meliputi alam semesta, manusia, dan hidup. Tiga unsur ini berada dalam batas jangkauan akal manusia. Dengan memahami ketiga perkara itu, orang dapat memahami adanya Pencipta, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh kerana itu, iman terhadap adanya Allah dapat dicapai melalui akal dan berada dalam jangkauan akal.

Lain halnya dengan usaha manusia untuk memahami hakikat Zat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tergolong dalam perkara mustahil untuk dicapai. Sebab, Zat Allah berada di luar unsur alam semesta, manusia, dan hidup. Dengan kata lain berada di luar jangkauan kemampuan akal. Akal tidak mungkin memahami hakikat apa yang ada di luar cakupan kemampuannya, kerana perannya amat terbatas. Malah seharusnya keterbatasannya itu malah menjadi faktor penguat iman, bukan sebaliknya menjadi penyebab keragu-raguan dan kebimbangan.

Sesungguhnya, apabila iman kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah dicapai melalui proses berfikir, maka kesedaran kita terhadap kewujudan Allah akan menjadi sempurna. Apabila perasaan hati kita (yang timbul dari wijdan, pent.) mengisyaratkan adanya Allah, kemudian dikaitkan dengan akal, tentu perasaan tersebut akan mencapai suatu tingkat yang meyakinkan. Lebih dari itu akan memberikan pemahaman yang sempurna serta perasaan yang meyakinkan terhadap sifat-sifat ketuhanan. Dengan sendirinya, cara tersebut akan meyakinkan kita bahawa manusia tidak sanggup memahami hakikat Zat Allah, bahkan sebaliknya hal ini malah akan memperkuat iman kita kepada-Nya. Disamping keyakinan seperti ini, kita juga wajib berserah diri terhadap seluruh perkara yang dikhabarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang berbagai hal yang tidak sanggup dicerna atau yang tidak dapat dicapai oleh akal. Ini disebabkan kerana lemahnya akal manusia yang memiliki ukuran-ukuran nisbi, yang serba terbatas kemampuannya untuk memahami apa yang ada di luar jangkauan akalnya. Padahal untuk memahami hal seperti ini, diperlukan ukuran-ukuran yang tidak nisbi dan tidak terbatas, yang malah tidak dimiliki dan tidak akan pernah dimiliki manusia.

Adapun bukti keperluan manusia terhadap para Rasul, dapat kita lihat dari kenyataan bahawa manusia adalah makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bahawa beragama adalah sesuatu yang fitri pada diri manusia, kerana termasuk salah satu naluri yang ada pada manusia. Dalam fitrahnya, manusia sentiasa mensucikan Penciptanya. Aktiviti ini biasa dinamakan ibadah, yang berfungsi sebagai tali penghubung antara manusia dengan Penciptanya. Apabila hubungan ini dibiarkan begitu saja tanpa peraturan, tentu akan menimbulkan kekacauan ibadah, bahkan dapat menyebabkan terjadinya penyembahan kepada selain Pencipta yang sebenarnya. Jadi harus ada peraturan tertentu, yang mengatur hubungan ini dengan suatu peraturan yang benar. Peraturan ini tidak boleh datang dari manusia. Sebab, manusia tidak mampu memahami hakikat Al-Khaliq (maksudnya tentang perbuatan, apakah perbuatan itu diterima atau ditolak, pent.) sehingga dapat meletakkan peraturan antara dirinya dengan Pencipta. Maka peraturan tersebut harus datang dari Al-Khaliq. Dan kerana peraturan ini mesti sampai ke tangan manusia, tidak boleh tidak, perlu ada para Rasul yang menyampaikan agama Allah ini kepada umat manusia.

Bukti lain akan keperluan manusia terhadap para Rasul adalah bahawa pemuasan manusia akan tuntutan gharizah (naluri) serta keperluan-keperluan jasmani, adalah suatu kemestian yang sangat diperlukan. Pemuasan seperti ini apabila dibiarkan berjalan tanpa peraturan akan menjurus ke arah pemuasan yang salah dan menyimpang, yang pada gilirannya akan menyebabkan kesengsaraan umat manusia. Maka dari itu, harus ada peraturan yang mengatur setiap naluri dan keperluan jasmani ini. Hanya saja peraturan ini tidak boleh datang dari pihak manusia. Sebab, pemahaman manusia dalam mengatur naluri dan keperluan jasmani selalu berpeluang terjadinya perbezaan, perselisihan, pertentangan, dan terpengaruh lingkungan tempat tinggalnya. Apabila manusia dibiarkan membuat peraturannya sendiri, pasti peraturan tersebut memungkinkan terjadinya perbezaan, perselisihan, dan pertentangan, yang malah akan menjerumuskannya ke dalam kesengsaraan. Oleh kerana itu peraturan tersebut harus datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui para Rasul.

Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapati tiga kemungkinan. Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab. Kedua, karangan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ketiga, berasal dari Allah Subhanahu wa Ta’ala saja. Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa mahupun gayanya.

Kemungkinan pertama yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah mencabar mereka untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :


Di dalam ayat lain :


Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, oleh kerana ada cabaran dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab cabaran itu. Kemungkinan kedua yang mengatakan bahawa Al-Quran itu karangan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang Arab juga. Bagaimana bijak-cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila Muhammad --yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab-- tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Muhammad. Tambah pula, banyaknya hadis sahih yang berasal dari Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam --yang sebahagian malah diriwayatkan melalui cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadis dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadis. Namun, ternyata keduanya tetap berbeza dari segi gaya sasteranya. Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Kerana semua itu merupakan bahagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh kerana memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadis, bererti Al-Quran itu bukan perkataan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbezaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab --orang-orang yang paling arif gaya dan sastera bahasa arab-- pernah menuduh bahawa Al-Quran itu perkataan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu disadur Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya :


Jika telah terbukti bahawa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.

Dan oleh kerana Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang membawa Al-Quran --yang merupakan firman dan syari'at Allah, serta tidak ada yang membawa syariat-Nya melainkan para Nabi dan Rasul-- maka berdasarkan akal dapat diyakini secara pasti bahawa Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam itu adalah seorang Nabi dan Rasul. Inilah dalil aqli tentang iman kepada Allah, kerasulan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan bahawa Al-Quran itu merupakan firman Allah.

Jadi iman kepada Allah itu dapat dicapai melalui akal, dan memang harus demikian. Iman kepada Allah akan menjadi dasar kuat bagi kita untuk beriman terhadap perkara-perkara ghaib dan segala hal yang dikhabarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika kita telah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang memiliki sifat-sifat ketuhanan itu, maka wajib pula bagi kita untuk beriman terhadap apa saja yang dikhabarkan oleh-Nya. Baik hal itu dapat dijangkau oleh akal mahupun tidak, kerana semuanya dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dari sini kita wajib beriman kepada Hari Kebangkitan dan Pengumpulan di Padang Mahsyar, Syurga dan Neraka, hisab serta siksa. Juga beriman akan adanya malaikat, jin, dan syaitan, serta apa saja yang telah diterangkan Al-Quran dan hadis qath'i. Iman seperti ini, walaupun diperoleh dengan jalan 'mengutip' (naql) dan 'mendengar' (sama'), tetapi hakikatnya merupakan iman yang aqli juga. Sebab dasarnya telah dibuktikan oleh akal. Jadi aqidah seorang muslim itu harus bersandar kepada akal atau pada sesuatu yang telah terbukti kebenaran dasarnya oleh akal. Seorang muslim wajib meyakini (menjadikannya sebagai aqidah) segala sesuatu yang telah terbukti dengan akal atau yang datang dari sumber berita yang yakin dan pasti (qath'i), iaitu apa saja yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan hadis qath'i iaitu hadis mutawatir. Apa saja yang tidak terbukti oleh kedua jalan tadi, iaitu akal serta nas Al-Quran dan hadis mutawatir, haram baginya untuk mengimaninya (menjadikannya sebagai aqidah). Aqidah tidak boleh diambil kecuali melalui jalan yang pasti.

Berdasarkan penjelasan ini, maka kita wajib beriman kepada apa yang ada sebelum kehidupan dunia, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala; dan kepada kehidupan setelah dunia, iaitu Hari Akhirat. Bila sudah diketahui bahawa penciptaan dan perintah-perintah Allah merupakan pokok pangkal adanya kehidupan dunia, sedangkan perhitungan amal perbuatan manusia atas apa yang ia kerjakan di dunia merupakan mata rantai dengan kehidupan setelah dunia, maka kehidupan dunia ini harus dihubungkan dengan apa yang ada dengan sebelum dan sesudah dunia. Disamping itu, hal ehwal manusia harus terikat dengan hubungan ini. Oleh kerana itu, manusia wajib berjalan dalam kehidupan ini sesuai dengan peraturan Allah dan wajib meyakini bahawa ia akan di-hisab di hari Kiamat nanti atas segala perbuatan yang dilakukannya di dunia.

Dengan demikian terbentuklah al-fikru al-mustanir tentang apa yang ada di balik alam semesta, fenomena hidup, dan manusia. Telah terbentuk pula al-fikru al-mustanir tentang apa yang ada dengan sebelum dan sesudah kehidupan dunia. Dan bahawasannya kehidupan tersebut memiliki hubungan antara apa yang ada dengan sebelum dan sesudahnya. Berdasarkan hal ini terurailah al-uqdatu al-kubra secara sempurna dengan aqidah Islamiyah.

Apabila manusia berhasil memecahkan perkara ini, maka ia dapat beralih memikirkan kehidupan dunia serta mewujudkan mafahim yang benar dan produktif tentang kehidupan ini. Pemecahan inilah yang menjadi dasar bagi berdirinya suatu mabda (ideologi) yang dijadikan sebagai jalan menuju kebangkitan. Pemecahan itu pula yang menjadi dasar bagi berdirinya hadharah iaitu suatu peradaban yang bertitik tolak dari mabda tadi. Disamping menjadi dasar yang melahirkan peraturan-peraturan, dan sebagai dasar berdirinya Negara Islam. Dengan demikian, dasar bagi berdirinya Islam --baik secara fikrah (idea dasar) mahupun thariqah (metod pelaksanaan bagi fikrah)-- adalah aqidah Islam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :


Apabila semua ini telah terbukti, sedangkan iman kepada-Nya adalah suatu kemestian, tentulah wajib bagi setiap muslim untuk beriman kepada syariat Islam secara keseluruhan. Kerana seluruh syariat ini telah tercantum dalam Al-Quran dan dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Apabila tidak beriman, tentu ia kafir. Oleh kerana itu penolakan seseorang terhadap hukum-hukum syara' secara keseluruhan, atau hukum-hukum qath'i secara rinci, dapat menyebabkan kekafiran, baik hukum-hukum itu berkaitan dengan ibadat, muamalah, ‘uqubat (sanksi), ataupun math'umat (yang berkaitan dengan makanan/minuman). Jadi kufur terhadap ayat :

"Dirikanlah solat", sama saja kufur terhadap ayat :






Perlu diketahui bahawa iman terhadap syar'iat Islam tidak cukup dilandaskan pada akal semata, tetapi harus disertai sikap penyerahan total dan penerimaan secara mutlak terhadap segala yang datang dari sisi-Nya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :


Nota:
1) Hidup adalah fenomena yang terdapat dalam makhluk hidup, seperti tumbuh, berkembang, bereproduksi, bernafas, bergerak, dsb.
2) Mafahim jamak dari mahfum adalah idea-idea yang dibenarkan dan diyakini oleh manusia setelah menjangkau dan memahami fakta-faktanya (pent.)
3) Dalam bahasa Arab uqdah ertinya simpul dan kubra ertinya paling besar. Yang dimaksud uqdatul qubra di sini adalah pemikiran tentang asal usul manusia, alam semesta dan hidup yang menjadi masalah terbesar dan mendasar yang harus dipecahkan. (Pent.)
Related Posts with Thumbnails